Sunday, March 28, 2010

Tuai padi antara masak

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Tinggal 2 hari lagi kami akan menghuni di Glamorgan Drive ni...rasa berat nak tinggalkan orang2 di sini...terutamanya kawan2, persekolahan anak2, jiran2 , persekitaran di sini terutamanya pantai Long Bay, pasar Browns Bay & padang Albany Primary...

Walaupun baru 6 bulan kami mengenali antara satu sama lain tapi keakraban kami macam dah berpuluh tahun kami kenal...yea lah duduk di negara orang ni...merekalah kawan, teman dan saudara...kami tak de orang lain di sini...

Kami mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih, syukran jazilan buat semua rakan2 di sini Hanafiah & Nida sekeluarga, Zack & Biha, Syukur & June, Abg Azhar & Ila, Lornie & Bejau, Nihra & Azlina, Azwan & Liza, Abg Mie & Asiah, Ajeep & Dina, Abg Hisham & K.Lela, Iza, Aishah, Ayu, Shaza dan semua yang banyak membantu kami sekeluarga...tanpa kalian siapalah kami...

Halalkan makan & minum kami...maafkan jika ada yang terguris...kami pasti merindui kenangan ketika sama2 menghuni di bumi North Shore...doakan agar kami dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Hamilton...

Tinggal kenangan...rumah kami di Glamorgan Drive
Shawn...anak jiran yang sentiasa bermain di rumah kami...kami pasti merinduimu
Mizah, Azie, Anis, Zafran, Zahim...dll...semua dah macam anak sendiri...mereka amat rapat dengan Kakak, Abang, Min & Adik
Saat yang paling seronok...bila dapat menikmati pelbagai hidangan bersama2Padang Albany Primary...kini tinggal kenangan
Kami pasti merindu kalian
Selamat Datang...inilah rumah kami di Hamilton...Hamilton...Land of Hope...InsyaAllah

Monday, March 22, 2010

Farewell Party

Alhamdulillah hari Ahad lepas kami berjaya mengadakan majlis perpisahan kami dengan rakan2 di North Shore ni...Majlis yang agak ringkas...tapi cukuplah untuk semua tetamu...kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir...rasanya ni lah kali terakhir kot kami dapat berkumpul secara beramai2 dengan keluarga North Shore ni

Cuma tinggal seminggu lebih saja lagi kami di sini...sekarang saya sangat sibuk mempacking barang2 dapur, buku2, pakaian dan sebagainya...Walaupun baru 6 bulan kami di sini...banyak jugak barang2 yang kami dah beli...biasanya barang2 ni kami beli kat pasar Browns Bay...harga baju, permainan, peralatan dapur sangat murah...antara 50 sen hingga 2 dollar je

Menu utama...ayam & mussel bakar...kaum lelaki sedang membakar ayam, kaum ibu order je dari dalam
Lain2 nasi goreng cina, mee hoon goreng, roti & mushroom soup serta bermacam2 kuih muih...pengat pisang, puding jagung, puding koktail, karipap
Beginilah kemeriahan di rumah kami

Monday, March 15, 2010

Malang menimpa heroku

Petang Jumaat lepas di padang Albany Primary anak tunggal lelaki kami...Abg Arif ditimpa kemalangan akibat kecuaian kami sendiri...Arif terjatuh ketika sedang bermain skateboard & kebetulan masa tu dia tidak memakai helmet...waktu tu kami baru sampai kat padang...tiba2 terdengar Arif menjerit dengan kuat...bila tengok je muka dia aku rasa nak pitam...banyak betul luka & berdarah...kami betul2 panik, kebetulan masa tu klinik dah nak tutup & kami pulak tidak membawa pasport...

Kami cuma membeli apa2 ubat yg patut & semalam kami bawa Abg Arif ke klinik...fuh mahal jugak kos perubatan kat sini...jumpa doktor saja $50 & ubat pulak $20 & masuk lain2 kat $30 ...so total semua sekali dalam $100 / RM 240...tak apalah duit boleh dicari tapi luka di muka Arif ?...alahai kesian betul anak mama...harapnya cepat sembuh

Sebenarnya ni bukan kali pertama Arif cedera macam ni...waktu dia umur setahun pernah terjatuh dalam longkang kat Sri Damansara...ada lagi parut kat dahi...lepas tu masa dia umur 3 thn pulak pernah terlanggar dinding kuarters waktu naik basikal...kena 3 jahitan kat kepala, waktu dia umur 5 thn pulak terjatuh basikal waktu nak pergi sembahyang Jumaat...habis terkopek kening...kena 3 jahitan...selang 2 minggu lepas tu terkena pulak kayu golf...masa tu dia nak ambil bola tapi sepupu dia tengah pukul bola golf...kena lagi 3 jahitan atas kepala...

Itulah dia Abang Arif...sangat lasak...hanya orang2 yang kenal dia tahulah perangai dia camne...tapi Abang Arif sangat manja dengan mama...harap kejadian ni banyak memberi pengajaran kepada arif agar lebih berhati2 lepas ni...

Ni lah dia heroku Arif Ashraf...nak tengok blog dia sila klik di sini
Ubat2 Arif...antibiotik, ubat utk mata, ubat utk dalam mulut, antiseptik, vitamin A, minyak gamat, kapas2...semua ada Mama & Auntie Nida sedang merawat ArifWajah Arif pada hari pertama accident tu
Abang Arif pada hari ke 2...waktu ni kami pergi apple picking
Arif pada hari ke 5...dah banyak improvement

Thursday, March 11, 2010

Rumah diserbu Orang Putih

Al kisahnya kami akan keluar dari rumah sewa kami di Glamorgan Drive ni pada 2 April ni...maka agent pun iklankan lah rumah sewa kami ni kat Trade Me (pengiklanan secara online)...kalau nak tengok iklan rumah kami tu sila ..klik di sini...

Petang Rabu lepas agent telefon beritahu rumah kami akan dibuka untuk dilawati bagi sesiapa yang berminat nak sewa rumah ni...maka apalagi pada hari Khamis seharianlah kami duk mengemas rumah seperti mesin rumput & bersih halaman rumah, basuh bilik air, dapur, dinding, sawang, karpet, garaj dll

Tepat pada masa yang dijanjikan (hari Khamis, 4.30 ptg)...maka berduyun- duyunlah rombongan yang semuanya Orang Putih datang melihat rumah kami ni...habis dibukanya almari, bilik tidur, bilik air, dapur...Nan pulak terpaksa duduk kat pintu & cakap kat Orang Putih tu supaya buka kasut...tapi cakap dalam bahasa yang paling lembutlah...rasanya lebih daripada daripada 10 family jugak yang datang ...

Bagi sesiapa yang berminat mereka terus bercakap dengan agent tu & agent interviewlah lebih kurang...lepas tu mereka kena isi borang dan agent akan pilihlah siapa yang paling layak...

ni antara gambar- gambar yang sempat kami rakam...

Mereka yang datang & pergi

Agent yang baju pink tu tengah interview bagi sesiapa yang berminat...

Monday, March 8, 2010

Packing untuk kali ke 10

Tak sampai sebulan lagi kami akan berpindah ke Hamilton/ Waikato...pada minggu ini bermulalah kerja packing mempacking...sebenarnya kerja packing2 untuk pindah ni memang dah tak asing bagi kami sebab kali ini merupakan kali ke 10 kami berpindah...kata orang tua kalau kerap berpindah nanti papa...entahlah...tapi kami berpindah ni kerana terpaksa...ni sinopsis kisah pindah randah kami

1) Flat di Pantai Dalam, KL
2) Apartment di Pantai Indah, Pantai Dalam, KL
3) Apartment yang sama cuma pindah ke floor lain sebab tuan rumah nak masuk rumah sblm tu
4) Flat Sri Cempaka, Sri Damansara, KL
5) Flat yang sama cuma berpindah ke rmh yg lain sebab sewa lebih murah
6) Perumahan Sri Mahkota Aman, Kuantan
7) Perumahan yang sama cuma sekali lagi terpaksa berpindah sebab tuan rumah nak masuk rmh tu
8) Kuarters SMK Lepar, Pekan
9) Glamorgan Drive, North Shore, Auckland
10) Hamilton...InsyaAllah

Dalam banyak2 kisah pindah randah yg paling mencabar sekali ialah perpindahan dari Kuarters SMK Lepar ke Auckland...sebab kami terpaksa memulakan hidup kami dengan kawan2, cuaca, persekolahan anak2, bahasa dan segala2nya yang serba baru dan asing bagi kami...tapi Alhamdulillah setelah hampir 6 bulan kami di sini kami dah mula boleh adapt dengan suasana kehidupan di sini...

Berkenaan dengan anak2 pula nampaknya mereka dah mula biasa dengan persekolahan di sini...kalau masa mula datang dulu puas bertolak nak suruh masuk dalam kelas...hari2 kena pujuk nak suruh pergi sekolah...sekarang ni sakit perut dan demam pun tak nak ponteng...

Harapnya perpindahan kali ini merupakan perpindahan yang terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia...

Barang2 yang sudah siap dipacking
Proses perpidahan dari Kuarters ke kampung...semua2 barang kami bawa balik kampung
Tempat tinggal kami untuk kali ke 8, 9 dan 10
Kuarters
Glamorgan Drive
Hamilton

Tuesday, March 2, 2010

Jalan2 bandar Auckland

Minggu lepas kami berkesempatan pusing2 di sekitar Bandar Auckland…sebenarnya bukan sengaja nak pusing2 tapi kami tersesat…dua tiga kali pusing jalan yang sama..walaupun dah menggunakan tom tom (baru beli)…tapi sesat jugak sebab confuse dengan arahan tom tom tu…

Tujuan kami ke Bandar Auckland sebenarnya nak menghadiri majlis harijadi Adilia yang diadakan di berhampiran dengan Taman Rose Parnell…disebabkan asyik tersesat je bila kami sampai majlis hari jadi tu dah habis…tak sempat nak tengok kek birthday Adilia…tengok kak blog mummy Adilia je lah…klik di sini…

Birthday Adilia...yang pakai baju merah tu adik ipar Cikgu Dagang & baby tu anak saudara Cikgu Dagang (untuk maklumat Pok sebab Cikgu Dagang tu anak sepupu Pok)

Bandar Auckland ni dikenali juga dengan nama City of Sail sebab bila masuk je ke Bandar Auckland ni banyak kapal2 layar berlabuh berhampiran dengan bandar…tak tahu nak cerita lebih2 sebab tak de maklumat…anyway boleh klik di sini..

City Of Sail

Pada pandangan saya…bandar Auckland ni tak lah sebesar & sesibuk Kuala Lumpur…setakat yang kami lihat bandarnya tenang je & tak banyak traffic jem…tak tahulah pulak macammana kalau time orang pulang dari kerja…

Pemandangan di bandar Auckland...kalau tak silap ni namanya Queens Road

Sky City

Pemandangan di bandar Auckland

Sebenarnya ramai pelajar undergrade Malaysia yang tinggal kat Bandar Auckland ni…mereka belajar di University of Auckland…ada yang tajaan Mara, Petronas, Kementerian dll…sepanjang kami berada di Bandar Auckland ni kami ada bertembung dengan ramai jugak student dari Malaysia...

Itulah serba sedikit cerita tentang Bandar Auckland…nak cerita lebih2 tak tahu sebab kami jarang ke Bandar Auckland ni…takut sesat!!!!