Wednesday, October 7, 2009

Rumah Kami

Halaman rumah ... tangga tu nak gi ke beranda
Tangga menuju ke tingkat atas... ada 3 bilik & bilik air
ditingkat atas... atas tangga tu 4 gadis pingitan sedang berposing
Bwh tu plk Nan & Hanafiah berada di kaunter bar mengadap ke
dapur
Ni lah gambar luar rumah kami... sebelah tu garaj kereta jiran sebelah
couple NZ ada sorang anak... mengadap plk rumah sepasang warga tua
NZ... jiran kami ramah...terpaksalah aku speaking sikit2...lepas ni
memang kena ambik kelas English...

Hari ini penyewa lama rumah kami dtg clear brg (sbb dia dapat notice if tak clear kena denda NZ 1000 dollar)... so byk le brg2 dia bg kami... antaranya mainan budak2, tv, kabinet2, jaket2, microwave... sampai tak larat nak ngangkut... Alhamdulillah... sekejap je Allah balas...sbb sebelum datang ke NZ dulu, semua brg2 kami yang kat kuarters, kami let go kat ramai org (harapnya gitulah), so moral of the story JGN KEDEKUT...HE HE SENDRI ANGKAT BAKUL .. :))

Rumah Kami... Glamorgan Drive

Pemandangan antara rumah dgn sekolah
Anak2 bermain di taman sekolah
Najwa & Arif main kejar2 dgn budak2 NZ

Petang Isnin, kami selamat tiba di rumah baru kami di alamat 2/160, Glamorgan Drive, Torbay, North Shore, Auckland... Boleh search guna google map (nampak atap rumah kami)... rumah 2 tingkat, ada 3 bilik & 1 bilik air, ada beranda, porch kereta, taman... jiran kami org NZ... suami isteri, dua2 cikgu & ada sorang anak umur dalam 1 tahun... Alhamdulillah barang2 dlm rumah semua kawan2 yg bagi katil, 1 tilam double, 2 tilam single, selimut tebal dalam 10 helai, set sofa jiran mat salleh tu bagi...TV 2 biji kami beli kt kedai second hand cuma harga 20 dollar saja satu... gambar terang.... Heater, ada 3 biji semua org bagi... Alhamdulillah. Ramai kawan2 dtg melawat & membantu kami mengemas brg... petang Isnin, Hanafiah & family lepas tu Azwan & family termasuk parent dia yg baru dtg dr Malaysia... Selasa, Asiah & family...lps tu Biha & family, Rabu pulak gi berjln dgn Biha... malam makan kt rumah kami dgn family Biha & Hanafiah...
Belum ambik lagi gambar rumah nanti ler... saya upload

Petang selasa kami ke Sekolah Najwa & Arif di Glamorgan School yg letaknya cuma dalam 50m dgn rumah kami (cuma kena naik bukit je sikit) mcm rumah aku kt kg dgn rumah Mak Su... Seronok tengok Najwa & Arif main kejar2 dgn anak2 mat salleh... macam dah lama kenal.


Sunday, October 4, 2009

Makan Makan

Min bermain di luar rumah Azlina
Makan Pizza di rumah Azlina
Majlis Birthday Puteri (Pelajar under graduate)

Hari Ahad kami di bawa Hanafiah mencari sedikit barang keperluan... lepas tu pergi ke party Hari Jadi Puteri then petang tu pulak pergi makan rumah Azlina.... Malam dapat chatting dengan ngan Pok, Ma, Dina & ngan K.Das kejap.... hilang rindu... miss you all

Rumah Pertama Kami Singgah




Kami terus di bawa ke rumah Abg Suhaimi dan isterinya Asiah. Actually Asiah tu sama belajar ngan Nan masa UIA dulu... Dia pernah datang rumah Nan dan pernah tengok Che panjat pokok duku 10 tahun dulu kat Gedong. Dunia ni kecik je kan... at last jumpa semula dia kt bumi Auckland ni... ramai jugak yg berkumpul menyambut kami n merangkap sekali pertemuan Hari Raya... Banyak makanan yng dihidang soto, nasi dan kuih- muih... Anak2 bukan main mesra dgn kawan2 barunya... macam dah kenal lama... bezanya cuma bahasa... diaorg faham BM cuma lebih selesa speaking NZ... terkejut jugak bila tengok diaorg main tiba2 Arif kata ..."move, move I want to jump" Wah kejap je dah boleh speaking... Hubungan diaorg sangat rapat macam adik- beradik... Cuma aku masih bertukar- tukar nama... yg ingat cuma Asiah n adiknya Dina...



Welcome to Auckland




Dalam jam 11.30 waktu NZ @ 7.30 waktu Malaysia, aku n family selamat sampai di bumi Auckland. Penat gak angkut 5 beg besar n 6 beg kecik. Alhamdulillah semua brg yg aku bawak lepas masuk kecuali serunding ayam yg k. Dah bagi kena campak dlm tong sampah... First sampai kami dapat rasakan udara sangat sejuk... bila datang angin fuh... kalau nak banding dengan Cameron 10 kali ganda lebih sejuk kot... Now cuaca bawah 10 darjah (dlm 6 n 7). Dalam sejam menunggu Hanafiah n Niha dtg menjemput dengan kereta kami... first time naik Honda Oddessey milik kami... best tp Hanafiah yg drive... kt sini anak2 tak boleh duduk atas riba... mesti duduk tempat masing2 dan mesti pakai tali pinggang... nasib le Wafa n Min tak meragam dia duduk je diam2 dalam sarang diaorang...


Tiba di KLIA

Tepat jam 4.15pm, kami bertolak dari Airport KT ke KLIA, anak2 bukan main jakun sebab first time dapat naik flight... semua excited... tengoklah kejakunan diaorg tu...

Kami tiba di KLIA dalam pukul 5.00, Rozak, K.Farah n Azraei dah tunggu di sana... sempatlah makan2 kat Mc D utk kali terakhir kot dalam masa setahun dua ni... lepas tu gi solat n bersiap sedia untuk menaiki flight ke Auckland... Berat betul terpaksa angkut 6 beg... nasiblah kakak n abg dah besar boleh le tolong2 kitaorg... org2 yg tengok mcm pelik je... mesti org kata ramai betul anak... tapi yg bestnya kitaorg didahulukan utk masuk ke flight ... yealah ramai anak... dalam flight tu rasanya kitaorg je kot yg melayu... lain2 semua mat salleh n ada la chinese sikit2...
Dalam flight pulak Wafa buat hal... meraung2 tak nak tido... duk sebut "nak tido rumah tokki... nak tido rumah tokki...' sedih pulak aku rasa... may be tak selesa kot... terpaksala papa dia dukung ronda2 dalam flight tu... glamour la semua org pusing nak kenal dia...yg paling sporting Yasminlah coz mula2 masuk dah tido, sampai di Auckland baru bangun... kakak pulak duk sebelah Mat Salleh, macho je n Abang pulak sibuk duk main game...



Saturday, October 3, 2009

Perjalanan dari Terengganu ke Auckland




Selepas solat Jumaat kami semua ke Airpost Terengganu.
Ramai sanak saudara yang datang untuk mengucapkan Selamat Tinggal.
Ma, Pok, adik- adik, Abg Long & family, Mak Su & family, Che', Kak Tie, Gie, Simah, Za, dan ramai sangat...
Saat paling sedih bila nak bersalaman dengan semua orang esp Pok, Ma, Dina, Che, K.Dah, Abg long dan semua yang rapat dengan aku...
Bye...