Showing posts with label Hamilton. Show all posts
Showing posts with label Hamilton. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Coretan perjalanan Trg ke NZ

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu kami tiba di bumi Hamilton ni...perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 hari...

Al kisahnya...

Lebih krg jam 7.30 pagi (4 Dec)...lepas makan nasi lemak special dari ma, kami berlepas dari rumah ke Airport K.Trg (dekat je dlm 15 minit je)....lebih kurang pkl 11 pagi, kami tiba di KLIA...kami sepatutnya bertolak ke Brunei pukul 5.30 ptg...tapi tunggu punya tunggu, penerbangan ditangguhkan ke pukul 7 ptg sbb flight Royal Brunei ada masalah....tunggu lagi...penerbangan ditangguhkan lagi ke esok hari (pukul 10 pagi)

Jadi kami semua (dalam 80 org) terpaksa check out balik then naik bas yang disediakan utk ke Hotel Blue Wave di Shah Alam...jadi malam tu kami bermalam di Shah Alam...esoknya penerbangan ditangguhkan lagi ke pukul 5 ptg...jadi duduklah kami lagi kat Shah Alam tu sampai tengahari...
Alhamdulillah, ada jugak hikmahnya sbb dapat saya bertemu dgn Abg & anak2 saudara (kebetulan diaorg tinggal di Shah Alam, jadi sempatlah diaorg menjengok kami)...

Lebih krg pukul 5 ptg (5 Dec) kami bertolak ke Brunei, labih krg 2 jam transit di Brunei, kami bertolak pulak ke Auckland...kami tiba lebih krg pkl 12 tgh (6 Dec)...

Tu dia...2 hari perjalanan yg amat memenatkan...Alhamdulillah kami disambut oleh suami Jun (kwn suami kat UMP)...lepas makan nasi ayam kat rumah dia, kami bertolak pula ke rumah Hanafiah & Nida...bermalam di Auckland & 7 Dec (10 mlm)...barulah kami tiba di bumi Hamilton...

Terima kasih pada semua rakan2 di Auckland, Albany & Hamilton atas sambutan kalian...jasa kalian tetap di kenang...jom layan gambar2 yg sempat dirakam...

Bergambar bersama keluarga di Airport K.Trg
Abg, Pok Mat, Tokki & Loqman
Transit di hotel Blue Wave, Shah Alam...bersama abg, kakak ipar & anak2 saudara
Tiba di Airport Auckland...kebetulan satu flight dgn Nik (kwn masa sama2 buat master dulu)
Halaman rumah June di Auckland...
Tiba di rumah Nida...tuan rumah sibuk melayan tetamu (kat belakang tu tuan rumah)
Anak2 memang tak tahu letih...tetap ceria bila lama tak bertemu
Selamat sampai di rumah kami di Hamilton...

Wednesday, June 30, 2010

Our First Winter

Alhamdulillah kini genaplah 4 pusingan musim kami di sini...masa kami datang dulu musim spring/bunga (Sept - Nov), lepas tu summer/panas (Dec-Feb), lepas tu autumn/gugur (Mac-Mei)...dan kini tibalah musim winter/sejuk (Jun-Aug)...

Bercerita tentang winter di tempat kami ni, Hamilton, NZ...bagi kami teramatlah sejuknya (bagi org yang dah biasa mungkin tak sejuk sgt kot)...suhu sebelah siang antara 8-12 darjah dan pada waktu mlm suhu turun sekali ganda iaitu antara 4-6 darjah...malah kadang2 sampai 0 ataupun negatif...mula2 tu tension jugak...tapi bak kata org "alah bisa tegal biasa"...dengan alat2 pemanas yang cukup...gas heater, blower, electric heater, selimut bulu, duvet dan macam2 lagi...Alhamdulillah kami masih boleh survive...cuma batuk2 sikit...

Musim winter ni yang tensionnya selain daripada sejuk, kain bajulah...banyak betul yg tak kering...kalau kering pun rasa sejuk je...nak lipat pun tak sampai hati...so caranya, bila dah agak2 kering kami pergi kedai dobi, masukkan duit syiling $1...dapatlah kami keringkan kain dalam 3 bakul (mesin tu besar...dpt muat dlm 3 bakul kain)....

Selain daripada tu musim skrg siang sgt pendek...pkl 5 dah masuk maghrib...kalau puasa syoklah...tak sempat rasa penat...kejap je dah buka...

Apa2 pun walau sejuk macammana pun kami tetap kena lalui...sebab nak lari ke mana pun tetap sejuk (kecuali balik M'sia)...he he...semua tu pengalaman sepanjang hidup diperantauan ni....

Frost pada kereta...kalau frost ni biasanya suhu dlm 0- 4 darjah

Time macam ni bila bercakap mesti keluar asap...
daun2 semua dah gugur...tu petanda datangnya winter
Aktiviti panaskan badan di hujung minggu
Tempat favourite...tempat ni warm sebab sebelah kakak duduk tu ada gas heater...jadi kami tutup semua pintu, bukak heater kuat2...then dapatlah menonton sambil makan2...
Ni jalan2 kat sunday market...intai2 stok baju winter yg secondhand :-)
Abang & kakak bersedia ke sekolah...entah berapa helai diaorg pakai baju...tapi rasanya kalau abg tu sampai 5 helai...

Sunday, May 16, 2010

Jalan2 Taitua Arboretum

Semalam kami sekeluarga berpeluang jalan2 ke Taitua Arberatum...tempat ni tak jauh dengan rumah kami...dalam 20 minit je perjalanan...

Taitua Arberatum ni...kalau kat tempat kita macam Taman Negara atau Taman Frim kat Kepong tu kut...luasnya dalam 20 hectar...ada trek berjalan kaki (dlm 1 jam perjalanan)...terdapat pelbagai jenis pokok & tumbuhan di sini...kalau musim Autumn ni memang sangat cantik sebab pokok2nya terdapat pelbagai jenis warna daun...hijau, coklat, kuning, merah dll....ditambah pulak dengan daun yg jatuh berguguran...wow! sangat romantik...

Selain daripada itu terdapat juga tasik, jambatan2 kecil, ternakan seperi lembu, itik & ayam...terdapt juga kemudahan seperti tempat berteduh, tandas, car park dan sebagainya...

Layan gambar2 di bawah...
Me
Bergambar bersama lembu2...teringat pulak lembu Pok Leh kat kampungku
Kepenatan...rehat jap
Laporrr...tengah tunggu bekalan dihidang
Serba Pink...Min & payung kesayangannya
My hubby...pencinta alam sekitar
Ni lah treknya...penatnya dukung si bongsu
Macam hutan khatulistiwa pulak
Stoller pinjam...untuk sorong segala bekalan
Daun2 berguguran...cantik
My family
Pelbagai jenis hidangan sedia untuk dijamah
Kaum ibu

Tuesday, April 27, 2010

Dikelilingi warga Malaysia

Dah hampir sebulan kami meninggalkan bumi Auckland...Alhamdulillah kami dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan iklim di bumi Waikato ni...dan Alhamdulillah juga kerana rumah kami di Edinburgh Road ni terletak berhampiran dengan rumah orang2 Malaysia kat sini...oleh kerana laman rumah kami agak luas & dilengkapi dengan set buaian, trampoline, bola dan lain2...maka petang2 rumah kami jadi port untuk anak2 kat sini bermain...jadi tak payahlah kami keluar ke mana2 waktu petang dan dalam masa yang sama bolehlah saya melayan blog, FB dll tanpa gangguan daripada anak2

Anak2 riang bermain...ada yang main trampoline, bola sepak, bola jaring & PS
Mengaji tidak dilupakan...mereka mengaji bergilir2...minggu ni rumah saya & minggu depan rumah jiran & begitulah seterusnya...rasa macam duduk kat kampung pulak...after maghrib kami akan berjalan kaki menghantar anak mengaji...tapi yang tak tahannya sejukkk

Sunday, April 25, 2010

Indahnya Autumn

Alhamdulillah kami diberi kesempatan oleh Allah untuk menyaksikan keindahan musim Autumn di bumi New Zealand ini...kata orang kalau di North Island pemandangan Autumn tidak begitu cantik...kalau nak lihat cantik lagi kenalah ke South Island...

Suhu sekarang pun sangat nyaman...tidak terlalu panas dan tidak jugak terlalu sejuk...just nice...suhu dalam sekitar 15 - 20 darjah...kalau kat Malaysia macam duduk kat bilik yang ada "air cond"

Sekarang ni kelihatan daun2 berguguran di sana sini (bukan semua daun...cuma daun2 tertentu je...kalau tak silap daun maple)...bila daun ni dah habis kat pokok... tu petanda masuklah musim winter...musim winter kat sini di sekitar bulan Jun nanti...kata orang sangat sejuk...so sekarang ni just tunggu dan lihat je lah

Pemandangan di musim Autumn
Pintu masuk Knighton Normal School
Ni lah bas kat Bandar Hamilton niDaun berguguran di sana siniAbang di tasik University WaikatoDi taman berhampiran rumah