Alhamdulillah kini genaplah 4 pusingan musim kami di sini...masa kami datang dulu musim spring/bunga (Sept - Nov), lepas tu summer/panas (Dec-Feb), lepas tu autumn/gugur (Mac-Mei)...dan kini tibalah musim winter/sejuk (Jun-Aug)...
Bercerita tentang winter di tempat kami ni, Hamilton, NZ...bagi kami teramatlah sejuknya (bagi org yang dah biasa mungkin tak sejuk sgt kot)...suhu sebelah siang antara 8-12 darjah dan pada waktu mlm suhu turun sekali ganda iaitu antara 4-6 darjah...malah kadang2 sampai 0 ataupun negatif...mula2 tu tension jugak...tapi bak kata org "alah bisa tegal biasa"...dengan alat2 pemanas yang cukup...gas heater, blower, electric heater, selimut bulu, duvet dan macam2 lagi...Alhamdulillah kami masih boleh survive...cuma batuk2 sikit...
Musim winter ni yang tensionnya selain daripada sejuk, kain bajulah...banyak betul yg tak kering...kalau kering pun rasa sejuk je...nak lipat pun tak sampai hati...so caranya, bila dah agak2 kering kami pergi kedai dobi, masukkan duit syiling $1...dapatlah kami keringkan kain dalam 3 bakul (mesin tu besar...dpt muat dlm 3 bakul kain)....
Selain daripada tu musim skrg siang sgt pendek...pkl 5 dah masuk maghrib...kalau puasa syoklah...tak sempat rasa penat...kejap je dah buka...
Apa2 pun walau sejuk macammana pun kami tetap kena lalui...sebab nak lari ke mana pun tetap sejuk (kecuali balik M'sia)...he he...semua tu pengalaman sepanjang hidup diperantauan ni....
Frost pada kereta...kalau frost ni biasanya suhu dlm 0- 4 darjah
Time macam ni bila bercakap mesti keluar asap...
daun2 semua dah gugur...tu petanda datangnya winter
Aktiviti panaskan badan di hujung minggu
Tempat favourite...tempat ni warm sebab sebelah kakak duduk tu ada gas heater...jadi kami tutup semua pintu, bukak heater kuat2...then dapatlah menonton sambil makan2...
Ni jalan2 kat sunday market...intai2 stok baju winter yg secondhand :-)
Abang & kakak bersedia ke sekolah...entah berapa helai diaorg pakai baju...tapi rasanya kalau abg tu sampai 5 helai...
Kalau kat M'sia orang sibuk tak tahan panas,tapi ditempat asna sebaliknya.
ReplyDeleteSalam Cikgu Asna,
ReplyDeleteBestnya sejuk... kita di sini panas terik sokmo..huhuhu
salam akak.. agak2 best tak nana kena berbulan puasa kat sana nanti (yeayyy, buka cepat) teringat pulak zaman berpuasa kecik2 dulu.. sob sob.. insyaAllah mid of August nana sampailah ke NZ. harap2 semuanya berjalan lancar. akak ada nak kirim apa2 dari malaysia ke? :)
ReplyDeleteTo K.Zaitun & Ibu Sayang...kalau diberi pilihan sy suka panas lagi dr sejuk...sbb bila dah terlalu sejuk satu benda pun tak boleh buat
ReplyDeleteTo Nana....Nana nak dtg NZ ke?...contactlah akak...InsyaAllah Ogos tu akak ada lagi...akak blk M'sia 6 Sept