Wednesday, July 7, 2010

Catatan perjalanan...Huka Fall, Ruapehu& Trout Centre

Alhamdulillah minggu lepas (Jumaat-Ahad) kami berjaya menikmati satu percutian yg amat menakjub & menerujakan...Seramai 6 family yg turut serta dalam percutian ni iaitu my family, Lornie & Bejau (bertindak sebagai ketua rombongan), Hanafiah & Nida, Syukur & June, Zack & Biha dan Abg Mie & Asiah.
Kaum bapa...Lornie, Abg Mie, Hanafiah, Zack, Syukur & my hubby
Kaum ibu...June, Me, Nida, Bejau, Biha & Asiah
Catatan perjalanan...Huka Fall, Mount Ruapehu, Taupo & Trout Centre....

Kami bertolak dalam pukul 11 pagi & bertemu dgn rakan2 dari Auckland di Cambridge...Dalam 2 jam perjalanan kami singgah di Huka Fall...emmm apa yg menariknya di Huka Fall yea?..pada saya yg menariknya ialah keunikan air terjunnya & pemandangannya yg sangat cantik...tgklah gambar2 ni...
Selepas singgah makan tengahari di Tasik Taupo...kami menyambung semula perjalanan ke Turangi dan menginap di sana...Rumah yang kami duduk tu agak besar (ada lima bilik)...kami duduk seramai 5 family...suasana sangat meriah...terasa macam balik kampung bila time hari raya...berkumpul beramai2, masak2, makan2, borak2 & kebetulan ada bola FIFA...dapat bersorak & tengok bola beramai2...
Keesokkan harinya pagi2 lagi kami bertolak ke Mount Ruapehu...tak sampai satu jam perjalanan kami dah nampak Mount Ruapehu di depan mata...takjubnya melihat kemuncak gunung yg dilitupi salji...Alhamdulillah tak lama lepas tu kami dapat menyaksikan salji di depan mata...walaupun terasa amat sejuk tapi dek kerana teruja first time jumpa salji...lupa rasa sejuk tu...dan gambar2 nilah sebagai bukti seronoknya first time tengok salji...Syukur padaMu ya Allah kerana diberi peluang dan kesempatan menyaksikan keindahan ciptaanMu...

Anak2 riang bersiap sedia untuk bermain salji di Mount Ruapehu
Semakin hampir dengan Mount Ruapehu
Alhamdulillah...first time melihat salji...
anak2 riang bermain hingga lupa rasa sejuk
Keesokkan harinya kami bertolak balik dan sebelum tu kami sempat singgah di Trout Centre...pusat ternakan ikan trout..saya tak pernah rasa ikan trout tu...tapi kata org sangat popular di sini...kalau kat Pahang tu rasanya sepopular ikan patinlah kot...
Okeylah itulah catatan perjalan selama 3 hari 2 malam sempena cuti sekolah kat NZ ni (cuti 2 minggu)...Alhamdulillah selain daripada dapat menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi...percutian ini jugak dapat mengeratkan silaturrahim antara kami dgn rakan2 di Auckland...

3 comments:

  1. Salam Asna,

    Seronoknya dpt main-main salji, tak ada buat snow man ke??. Anak dara Asna pun semakin jelita.

    ReplyDelete