Thursday, November 5, 2009

Perjumpaan...bunga api...sate

Hari ni satu pertemuan diadakan sempena tak tahulah sempena apa...ikut perancangan asal nak datang main bunga api je rumah Nihra...tah macammana jadi besar-besaran pulak...

Mengikut sejarah, masa 5 Nov 1605 dulu berlaku kebakaran besar di parlimen England (rujuk internet, search : firewar England 1605)..so orang kat sini sambutlah dengan membakar mercun dan bunga api..pusat membeli belahpun dibenarkan menjual dalam masa 2,3 hari sahaja (lesen dibenarkan masa tu je)...kami pun beli lah sikit untuk mengembirakan hati anak- anak esp anak lelaki tunggal kami tu... 

Pertemuan bermula pukul 6.00 petang (semua lbh kurang 10 family hadir)...first acara membakar sate dan makan- makan...lepas tu solat maghrib berjemaah (lelaki di rumah Hanafiah dan perempuan di rumah Nihra)...lepas tu tengok show bunga api yang di pasang berhampiran stadium..then giliran kita main bunga api pulak...sambung makan lagi & bahagikan sate yg lebih2 ikut rumah...then balik dan tidur sebab esok anak- anak nak ke sekolah.

Apa- apa pun terima kasih banyak- banyak kepada Nihra sekeluarga yang banyak sponsor untuk pertemuan hari ini...hanya Allah saja yang dapat membalasnya...

Nilah bunga api yang kami beli..15 dollar jugak..hai anak punya pasal

macam- macam ada sate, nasi himpit, karipap, mee hoon, sandwich, kerepek, maruku, buah2an dan macam- macam lagi

Tengok tu..anak- anaklah yang paling happy...mak budak pun tak ketinggalan..bila lagi nak bincang pasal petua, gossip artis, bla, bla...Acara membakar sate bermula

Tibalah masa yang tunggu...bermain bunga api sambil menyaksikan pertunjukkan bunga api

Wednesday, November 4, 2009

Jom Satay North shore

Hari ini segerombolan rakan2 datang memproses sate kat rumah kami...sebenarnya sate ni di taja sepenuhnya oleh keluarga Nihra...rumah kami ni cuma dijadikan tempat memproses saja..sebab diaorg semua duduk apartment...cuma rumah ni je yang sesuai sebab agak besar dan ada laman...kami pun tumpang gembira jugak..yea lah meriahlah jugak rumah kami ni...

Sedang menghiris ayam (10 kilo) lamb (2 kilo) dan daging...ni kami nak perkenalkan rakan2 kami kanan sekali tu Zakhir (suami Biha), tengah Hanafiah (suami Nida, PhD Teknologi Pen), kiri sekali Nihra (suami Azlina, PhD IT)

Sambil proses sate...sempat jugak belajar cara2 membuat pizza dengan Nihra (Nihra ni bekas manager Pizza Hut)...haaa tengok tu bukan main ramai lagi murid2nya...lepas kami balik M'sia nanti boleh le buka francias pizza...Sekarang masa untuk mencucuk sate...kanan sekali Bejau (isteri Lornie, guru, skrg cuti tanpa gaji), tengah Biha (PhD Engineering), Kiri sekali Jun (PhD IT)Ni lah orang kuat kami...tukang buat perencah...berdiri tu Azlina (PhD Statistik), Kanan Nida (cikgu SMK Pandan) dan kiri Biha (PhD Engineering)

Tuesday, November 3, 2009

Cyber Cafe yang sentiasa sibuk

Semenjak ada 2 komputer yang boleh guna internet ni, panjang betul queue penggunanya...nak update blog pun kena tunggu giliran...hai tengoklah tu..risau jugak dengan mata budak- budak ni..yealah mak & ayah tak pakai cermin mata..takut gak kena pakai cermin mata nanti...Sedang beroovoo dengan ayah Long di kampungTekunnya...papa cari bahan PhD ke atau chatting..atau cari barang dalam trade me?????

Monitor LCD ni beli baru..yang dapat percuma tu pulang balik kat tuannya, sebab teruk sgt kualitinya..tak apalah melabur $120..demi mata anak2Budak dua orang ni tak berapa pandai komputer...so, apa lagi orang sibuk dengan komputer, diaorg pun sibuk bergaduhPenat bergaduh...jom isi minyak dulu...tambah tenaga, lepas ni boleh bergaduh lagi



Sunday, November 1, 2009

Jom Berkebun

Semalam di pasar Browns Bay kami membeli banyak anak pokok...strawberry 4 pokok (dapatlah seorang satu), celery dan chili... so, hari ni dapatlah kami berkebun di sekeliling rumah...lihatlah aksi-aksi kami...khas untuk tatapan orang2 yang kami sayangi..terutamanya tokki, tokma dan mak de

Aksi pertama...Najwa, Arif, Yasmin dan Wafa bersama pokok2 strawberry masing- masing

Bermulalah proses penanaman yang dilakukan oleh papa...mama pengarah jeInilah pokok-pokok yang kami tanam...moga panjang umur hingga 3 tahun...lepas tu tak apalah nak matipun...

STRAWBERRY

DAUN KESUMDAUN CELERY 

TAK TAHU NAMA APA (ALA- ALA SAWI BESAR)

CHILI MERAH


Bersantai...berkelah...bershopping

Itulah kerja kami di hujung minggu...al maklumlah pasangan2 yg sering ditinggalkan oleh suami @ isteri yg buat phD ni hujung minggulah untuk releasekan tension diaorg...masa nilah nak meeratkan lagi tali silaturrahim dan ukhuwwah sesama kita...

Petang sabtu...bermain tennis di Massey uni bersama dengan keluarga Biha

Pagi Ahad...lepas membeli belah di pasar Browns Bay...lepak jap makan2 di teri pantai..Jun bawak roti sardin, Azlina bawak kuih bakar, Biha bawak apam...kami tukang makan

Hai Arif ...ingat kat sapa tu...ingat kat Tokki ke!...ke Syasya...Haziq tolong kirim salam kat Syasya yea

Petang Ahad...budak2 pulun bermain pasir di Long Bay

Haaa!!! kali ni kami pulak yang sponsor makanan...roti dengan jem jea...jadilahHai Min...sempat posing...rindu kat Mok De ke!

Selamat Pulang Ke Malaysia

Hari Sabtu Nan dan hanafiah menghantar Syed Saufi & family pulang ke Malaysia...diaorg dari Chrischurth transit kejap kat Auckland sebelum berlepas ke KLIA...kami baik jugak dengan Syed sekeluarga ni...sebelum datang ke sini dulu kami banyak berguru dengan dia ...actually Syed belum tamat sepenuhnya lagi phD...masih ada dalam 10% belum siap...tapi isterinya dah kena kerja sebab dah 3 tahun setengah cuti tanpa gaji (isteri dia lecturer UMP jugak)...tak tahulah nasib aku nanti..habis ke Nan dalam masa 3 tahun sebab kebanyakkan orang buat phD 4 tahun...harap- harapnya habislah sebab tak sanggup aku nak duduk sini lama- lama

Selamat pulang...ada peluang & kesempatan bertemu lagi

Hai suamiku...happy nampak...ingat phD..3 tahun saya nak balik...tak nak tambah cuti lagi


Garage Sale

Pada hujung minggu kat sini selalunya ada Garage Sale...Biasanya kalau ada orang nak pindah atau nak lupuskan brg2...diaorg akan buka garaj dan jual barang2 dengan harga yang murah..Kali ini kami ke garage sale di Tabika Yasmin...actually bukan tadika ni nak pindah cuma diaorg jual barang2 untuk dijadikan tabung sekolah...ramai makcik- makcik ni datang untuk memberi sumbangan pada sekolah Yasmin...Chik Biha, Chik Jun, Chik Azlina..."TQ makcik2 semua" kata Yasmin 

Rombongan pertama berjalan kaki ke Tabika 

Cadar ni murah jea..cuma 2 dollar

Ewah chik Jun...lawa tu, beli jangan tak beli...sokonglah tadika Min