Tuesday, November 17, 2009

Hadiah dari papa buat Arif

Papa harap Arif akan menjadi pemain bolasepak yang hebat. Papa sedih juga tidak dapat beli kasut di No One Shoes hari sabtu lepas kerana harganya yang amat mahal, hampir 30 Dollar. Jumlah tu besar juga. Papa tahu Arif berkecil hati. Papa juga terkilan tidak mampu membeli terus dari No One Shoes tu.

Hari ni Papa jumpa satu yang berharga hanya 4 Dollar. Papa harap Arif akan sukakan kasut bola ini. Lepas ni, bolehlah kita sepak sepak bola di pdang sekolah Glamorgan pada waktu petang selepas sekolah. New Zealand All white team juga berjaya bermain di pusingan akhir Piala Dunia pada tahun hadapan, pasti Uncle Paul suka tengok kasut bola baru Arif. "..Nanti Arif belikan papa satu ye, hu hu.. habis papa nak main pakai apa.."

Ramai rupanya orang Melayu

Sejak sebulan setengah di sini, tak ramai orang Melayu yang aku jumpa...kalau ada pun cuma kami- kami ni lah 2, 3 kerat...tapi pada hari Ahad lepas aku berpeluang bertemu dengan ramai orang Melayu atau dengan lebih tepatnya rakyat Malaysia...

Kami bertemu sempena Perlawanan Futsal dan Bola Jaring anjuran MAPSA..MAPSA ialah singkatan kepada Malaysia-Auckland Postgraduate Student Association...perlawanan ni dibahagikan kepada 3 pasukan (North Shore, Auckland City dan Mount)...pembahagian kumpulan mengikut kawasan tempat tinggal...yang paling sedikit kamilah...cuma ada dalam 10 family je..so, no wonderlah kami dapat tempat tercorot...sebenarnya perlawanan tu tak penting sangat...yang penting kami dapat saling mengenali antara satu sama lain, beramah mesra dan saling bertanya khabar...yea lah hidup jauh diperantauan...suka sangat bila dapat berjumpa...yang seronoknya aku dapat jumpa orang Terengganu (senior aku waktu kat AIUM dulu)..Nan pulak dapat jumpa orang Losong...Ganu Kitelah katakan...

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang MAPSA klik di sini

Terlupa sekejap berada di New Zealand...rasa macam berada di Malaysia jeKaum wanita setia menjadi penyokong

Ewah! seronoknye Papa dapat jumpa orang Losong (tempat Keropok Lekor)Ni lah dia para bapa bertungkus lumus untuk meraih kemenangan...

Abang bukan main seronok jumpa kawan- kawan

Letih...rehat kejap...Min & Wafa dan mula mengantuk



Sunday, November 15, 2009

Good Luck SPM 2009

Ruangan ni aku tujukan khas untuk adik bongsuku Izzudin (Pok Izu), anak saudaraku Fazirol Razman (Abg Yo), dan anak2 didikku di SMK Lepar (Kelas 5Amanah, 5Bijaksana, 5MPV, 5SN1, 5SN2 dan 5SN3)...Selamat Menghadapi SPM 2009...

Nasihatku buat mereka:

1) Gunalah masa yang masih ada ini dengan sebaik yang mungkin, sentiasalah menelaah pelajaran dan bertanya jika masih ada yang tak faham.

2) Jangan lupa sembahyang hajat tiap- tiap malam dan berdoa agar dipermudahkan dan dapat mengingat semua yang telah dipelajari.

3) Jangan lupa pohon keredhaan ibu bapa dan guru2.

4) Bawa semua peralatan peperiksaan spt kalkulator, set geometry dan apa2 yang berkaitan

5) Jaga pemakanan..jangan makan yang bukan2

6) Jaga kesihatan

satu lagi yang penting....

JANGAN MENIRU ...tulah orang suruh baca malas mulalah sibuk nak tiru orang...(tu ayat yang selalu aku sebut waktu jaga periksa kat SMK Lepar)...

okeylah GOOD LUCK ...semoga kejayaan milik anda semua...kami hanya tumpang gembira di atas kejayaan anda semua

Good Luck Pok Izu & Abang Yo...semoga mendapat kejayaan yang cemerlang

sebahagian daripada anak didikku di SMK Lepar..

Sebahagian dari pelajar2 5 Sains...lepas ni ke mana kah haluan kalian yea..semoga berjaya ke Menara gading


Kedai Favourite Kami

Ni lah Kedai yang paling kerap kami pergi...dalam seminggu sampai 2, 3 kali berkunjung ke sini...kalau tak datang macam teringat je...jarak antara kedai ni ke rumah kami tak delah jauh sangat (dalam 4 @ 5 km je...ni lah kedainya

Tofu Shop...Tofu Shop banyak kat sini..tapi yang kami selalu pergi Tofu Shop Albany ni..kat dalam kedai ni semua barang- barang yang diimport dari Asia termasuklah negara Malaysia yang tercinta

Ni lah barang- barang yang kami beli hari ni...kelapa parut, santan, budu, kacang buncis, cili api, petai, ikan kering, makanan ringan snekku, gambir...hari ni masak ikan singgang cicah budu dengan petai...favourite NanNi satu lagi kedai yang kami suka pergi ...Fruit World..kami cari buah reject je...esp pisang sebab senang nak buat jemput & kek pisang..kedai ni sebelah je dengan Tofu ShopCaya tak?..buah2 dalam bakul ni termasuk bakul sekali cuma $2.50 je...pisang tu banyak lagi cuma dah termakan sikit sebelum gambar ni diambil

Parnell Rose Garden

Hari ini kami sempat melakukan kunjungan singkat ke Parnell Rose Garden di bandar Auckland...tujuan kami ke sini sebenarnya untuk makan tengahari setelah penat bersukan anjuran MAPSA...tapi disebabkan hujan renyai2...terpaksalah dibatalkan saja hajat nak makan di sini...kami berkelah di rumah Abang Hisyam & Kak Lela...disebabkan geram tengok bunga rose yang berkembang mekar dan bewarna warni tu...kami sempat jugak turun dan bergambar...tapi sayangnya masa gambar ni dirakamkan Min dan Wafa tidur...so, tak dapatlah nak berposing dengan diaorang...

Bila tengok bunga rose ni, aku terus teringatkan Kak Dah...Kak Dah mesti suka...Teringat masa cuti sekolah bulan 12 tahun lepas...waktu kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland..Rose kat sini bewarna- warni (merah, peace, purple, kuning, pink putih dll)...baunya pulak...fuh!! harum semerbak

Saturday, November 14, 2009

Hantu Strawberry

Bermacam- macam jenis hantu yang ada...anak- anak kami sekarang semua jadi hantu strawberry...pantang tengok strawberry mesti suruh beli esp Yasmin dengan Wafa lah...nak kata murah tak de lah murah sangat...satu bekas besar tu dekat 3 dollar...cuma buah strawberry kat sini besar dan manis ...kata orang lepas Krismas ni baru harga strawberry murah...so, tungguuuuu.........

Aksi anak- anak kesayangan kami..

Anugerah Pertama Abang Arif

Alhamdulillah setelah 5 minggu belajar di Glamorgan School Arif telah berjaya menerima "Special Effort Award For Always Working hard and Writting Descriptive Recount About Your Weekends"...Walau pun anugerah tu tak lah sebesar mana tapi at least dapatlah menaikkan semangat dia nak ke sekolah...Kalau seminggu dan dua minggu pertama persekolahan asyik merungut je tak nak pergi sekolah...sekarang dah tak dengar dah ayat tu...Sekarang bolehlah dengar sikit2 cakap Mat Salleh...esp waktu dia cerita tentang perkara yang berlaku kat sekolah..contohnya "Mama tadi Mrs Monday said Arif first time you come here you don't know anything...now you can write anything that you want to write"...kalau dulu satu benda pun tak reti nak cakap

Lain pulak dengan Najwa...dia dari kat Malaysia lagi memang suka show up sikit..esp bila depan orang...so, tak de masalah sangat...cuma kadang2 kawan2 dia suka ejek dia punya accent (slang)...contoh bila sebut what, kalau seven orang sini sebut sivin, ten (tin), yes (yis), best (bist)...menangislah jugak bila kena ejek...bila dia sedih kami akan bawa ke rumah Nida...sebab Nida dan anak2 dia pandai sikit bagi kaunseling. 

Ni lah sijil yang Abang Arif terima...Najwa kata terkejut dengar Headmaster panggil nama Arif Abdullah Adnan masa dalam dewan

Gambar Abang Arif dalam kelas

Kesibukan Glamorgan School waktu pulang dari sekolah (pukul 3.00 petang) Ni lah topi ciptaan Najwa sempena Fancy Hat Day