Wednesday, April 13, 2011

Sampai jugak korang kat Malaysia

Pejam celik pejam celik dah hampir dua bulan kami pulang ke tanahair...Alhamdulillah segala urusan dah hampir siap...tinggal dalam 10 % lagi yg belum...lepas ni bolehlah cik hubby bagi tumpuan semula pada kerja2 PhDnya yg dah lama terbengkalai & InsyaAllah sy akan kembali bertugas dalam dunia perguruan sy...(Skrg masih menunggu kekosongan sekolah2 di Kuantan)

Alhamdulillah pd 16 Feb lepas, kontena selamat sampai kat Pelabuhan Kuantan, kami sewa lori utk angkut barang2 dr kontena tu (barang saja, kereta tak boleh ambil lagi)...semua barang2 lepas, maksudnya tak kena cukai sebab kebanyakkannya semua barang2 yang dah terpakai...byk jugak barang2 yang kami bawak balik antaranya trampoline, set buaian, traller bike, 7 basikal, 2 scooter, tv 2 biji, kabinet tv, tilam 3 biji, base tilam, set2 pinggan mangkuk corelle & pyrex (kat sana murah), set periuk,lampu, breadmaker, mesin basuh, set sofa, komputer 3 biji...fuh semua angkut...pendek kata penuhlah satu rumah...alang2 dah bawak balik kontena...apalagi sumbatlah selagi muat...

Alhamdulillah minggu lepas kereta Honda Oddessey selamat menukar namanya daripada EGT 997 kepada CCU 4111 (dah jadi warga Malaysia dah :-)

Ok sebelum bercerita dgn lebih lanjut ttg proses nak keluarkan kereta, sy nak ceritakan dululah perasaan kami bila mula2 tgk brg2 kami dr NZ tu esp kereta...mula2 rasa mcm tak percaya, suami usap2 kereta kami tu then cakap...sampai jugak ko kat M’sia yea...hu hu...rasa macam ternampak2 lagi kereta tu parking kat rumah kami di Hamilton dulu...then terus terbayang2 naik kereta tu esp bila time nak pergi rumah Nida di Auckland, time nak hantar Yasmin ke sekolah, pergi ke pak n save...aduh payah betul nak lupakan kenangan manis di bumi NZ...tidur malam pun asyik termimpi2kan NZ lagi...harap2nya kami dapatlah ke sana lagi suatu hari nanti...

nak tahu proses nak bawak balik kereta dari oversea???? TUNGGUUUUU!!!! next entry yea...sbb tak sempat ni...

Masa ni baru balik dari pemeriksaan puspakom...belum pergi buat surat beranak lagi...

Set buaian pun selamat sampai...petang2 rumah kami jadi tumpuan anak2 jiran...sebab dah jadi macam taman permainan
depan rumah
Kakak & trampoline...tapi kena awas sebab dekat sangat dgn siling

Monday, February 21, 2011

Berpisah jua akhirnya...

"Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"...itulah bait2 ungkapan yg sesuai utk diungkapkan buat kami sekeluarga...

Byk cabaran yg dihadapi oleh suami dalam meniti dunia phDnya...kami dtg ke Auckland bulan okt thn 2009, slps itu, 6 bulan kemudian, kami terpaksa berpindah ke Hamilton kerana mengikut supervisornya berpindah...selepas itu tak sampai sethn dugaan datang lagi...sehingga tak mampu tertanggung oleh kami esp my hubby menyebabkan dia mengambil keputusan utk menyambung pengajiannya di tanahair...

"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"...itulah sahaja yg mampu kami ungkapkan...sungguh berat rasanya hati utk meninggalkan bumi Hamilton, lbh2 lagi rakan2 tersayang...hubungan kami sgt akrab sbb merekalah rakan, sahabat & saudara...tapi apakan daya...

begitu juga dgn persekolahan anak2..terkilan juga bila mengenangkan persekolahan mereka yang baru seminggu bermula...Yasmin baru seminggu di Knighton Normal School, Najwa pulak baru dilantik sebagai mediator (pengawas), Arif dgn soccernya & Wafa pulak baru dpt panggilan dari Hillcrest Kindigarten yg gilirannya utk mendaftar masuk dah sampai...seronok bila tgk anak2 dah dpt sleng NZ & bergaul dgn pelbagai bangsa & keturunan...tp apakan daya...

"Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan"...kami redha dgn ketentuan Ilahi...sebelum membuat keputusan utk balik, kami banyak memohon petunjuk dariNya yang Esa...

"Tempat jatuh lagikan dikenang"...kami akan tetap merindui rumah No.3 Edinburgh Road...rumah yg sering menjadi persinggahan rakan2 & anak2 yg pulang dari Knighton Normal School, rakan2, baik di Northshore juga di Hamilton, udara yang segar, nyaman & subur di bumi NZ, pengalaman hidup di negara 4 musim, keramahan orang2 kiwi dan segalanya yang ada di bumi NZ...

"Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi"...InsyaAllah...

"Akhirnya NZ kami tinggalkan"....:-(

Kontena yang membawa kereta dan serba sedikit barangan rumah
tasik uni yang pasti kami rindui
tak terdaya nak melihat rumah ni buat kali terakhir...banyak kenangan suka & duka kami tersimpan di sini...
Terima kasih kepada Cikgu Jamli kerana sudi menghantar kami sekeluarga dari Hamilton ke Auckland
Signboard yg kami pasti rindui
City of sail...entah bila lagi akan bertemu
Dua sahabat...Arif selalu mengigau panggil nama Faiz...kuat betul ingatannya pada Faiz
Keluarga Nida yg banyak memberi nasihat, sokongan dan dorongan pada kami...namun terkilan sebab tidak dapat berjumpa di saat akhir
kanak2 mungkin tidak memahami erti perpisahan...entah bilalah kalian akan berjumpa
ramai rakan2 yang menghantar baik dari Hamilton, Northshore & Auckland...kebetulan kami pulang 4 family serentak
InsyaAllah kita akan bertemu lagi
rakan2 di Northshore...bergambar sebelum berangkat ke Airport
sebelum masuk ke balai berlepas
sahabat baru di Hamilton...hanya sempat sebulan bertemu
perjalanan selama 10 jam...tiba jam 8 mlm di KLIA...transit di Shah Alam semalaman...keesokkan harinya bertolak ke K.Trg jam 2.30 ptg...
tiba di KLIA...bersama keluarga Zuwati
Alhamdulillah, selamat tiba...wajah yang kepenatan yang amat sangat

Saturday, February 12, 2011

Persekolahan anak2 bermula semula

Lama benar sy tinggalkan blog ni...sy betul2 busy sekarang kerana InsyaAllah dalam minggu depan (19 Februari) kami semua akan pulang ke tanahair for good...suami akan menyambung kerja2 phDnya di Malaysia pulak...jadi sy mungkin akan memendekkan tempoh cuti tanpa gaji sy dari 3 thn ke sethn setengah sahaja...

Ok berbalik pada tajuk entry kali ni...Alhamdulillah minggu lepas sesi persekolah di sini bermula semula...w/p masa tak panjang tp anak2 tetap bersekolah macam biasa...Cuma sy tak beli semua buku, just beli buku yang diperlukan untuk minggu ni dan minggu depan sahaja...

Alhamdulillah, kali ni bertambah sorang lagi anak yg bersekolah kat Knighton Normal School ni...now cuma tinggal si bongsu je kat rumah...senang kalau nak pergi beli barang J

Persekolahan di sini bermula bila kanak2 sambut birthday yg ke 5, Birthday Yasmin bln Disember lps (kebetulan masa tu sekolah tgh cuti panjang) jadi sebab tu lah dia terpaksa tunggu hingga bln Februari ni...kat sini 5 thn year 0, 6 thn year 1 & seterusnya hingga year 6...lps tu diaorg akan masuk ke Intermediate School then High School...

Hari pertama di sekolah Yasmin agak meragam...tak bagi sy balik...jadi sempatlah sy memerhati sesi persekolahan kat sini...yang menariknya kelas Yasmin cuma ada 8 org murid saja (4 lelaki & 4 perempuan), w/p baru hari pertama persekolahan meja, tempat letak beg semua dah lengkap dengan nama murid...cikgunya nampak well prepared...ada slide show lengkap dgn sistem bunyi dll...Alhamdulillah tak sampai 1 jam sy dah boleh tinggal Yasmin...

Hari kedua persekolahan sy agak teruja tengok Yasmin dapat baca buku yg simple seperti "I am running", I am eating" dll...sebenarnya dia bukan boleh baca word by word, dia cuma konsep hafal perkataan tu berdasarkan gambar...konsepnya dia memorieskan perkataan demi perkataan...Selain drp belajar, kelas renang juga merupakan pelajaran wajib...setiap 2 kali seminggu dia perlu bawa baju renang...tu lah yg menariknya...

Sayang betul nak tinggalkan Knighton Normal School ni...apa lagi bila tengok Yasmin dah boleh mula membaca (dgn sleng NZ lagi)...cakap pun dah mula bercampur Melayu + English... tapi nak buat camne...tuntutan PhD suami lebih penting dari segalanya...Semoga Allah permudahkan segala urusan PhD my hubby, Amin...

Hari pertama persekolahan...masa ni mood tak berapa ceria

sesi melawat sekolah..
Min meragam tak nak masuk kelas...mama tengah pening fikir camne nak tinggal dia
Curi2 ambik gambar Min dalam kelas
sesi persekolahan berakhir
berjalan balik ke rumah
jarak sekolah dgn rumah kami dlm 100m je...jadi time balik sekolah rumah kami jadi tempat parking parent esp malaysian....kadang2 kalau parent diaorg lambat, mereka transit dulu kat rumah kami
hari pertama persekolahan...alhamdulilllah semua ok..tapi minggu ini juga merupakan minggu terakhir persekolahan mereka di sini...sedih pulak rasanya

Thursday, January 13, 2011

karenah anak2 masa cuti summer

Sekarang kanak2 sekolah di New Zealand ni sedang bercuti panjang...dr pertengahan bulan November hari tu hingga ke penghujung bulan Januari nanti...pening jugak melayan karenah budak2 ni...tapi Alhamdulillah jugak sbb rumah kami ni berdekatan dengan 3 rumah Melayu yang lain...jadi anak2 kami selalu ada kawan...yang saya respectnya walaupun diaorg ni bermain sesama Melayu tp mereka jarang gunakan bahasa Melayu...mungkin diaorg lebih selesa guna English sbb tu bahasa diaorg kat sekolah...

Diaorg ni baru dalam setahun datang NZ tp cepat betul dapat cakap...siap dgn sleng sekali...sy ni belajar English sejak tahun 1981 lagi, sampai skrg pun tak berapa reti nak cakap...hu hu...mungkin suasana persekitaran diaorg, kwn2 sekolah, rakan sebaya, cikgu2, tv & buku2 membantu dioarg jadi cepat...

bercerita balik tentang aktiviti2 cuti sekolah...Alhamdulillah cuti panjang kat NZ ni jatuh di musim summer jadi byklah aktiviti luar rumah yg boleh dibuat...contoh main tag (kejar2), main hide & seek (sorok2), main air, feed the duck, berbasikal, menonton movie kanak2 (pinjam kat library), main water ballon dan macam2 lagi (mainan yg free je, selamat duit :-)

main2 jgk, tapi bila mlm saya wajibkan diaorg buat skrg2nya 1 pg buku sukatan Malaysia (berat bawak dr M'sia) esp subjek Maths, BM & Sains...mengaji pun wajib...

Musim summer ni cuaca boleh tahan jugak panasnya (dlm 26-28 darjah)...siang pulak panjang...dalam 15 jam...pkl 6 pg dah keluar matahari & pkl 9 mlm baru matahari tenggelam...

ok jom layan gambar2 kat bawah

aktiviti main air...nasib air kat sini free je...so tak kisahlah nak main lama mana pun...tapi bila naik rumah semua jadi hitam legam...

Tolong papa mesin rumput...disebabkan berebut, jadi kena tolak sama2...
Tasik kat Uni Waikato...tak jauh dari rumah kami
roti2 yg dah expired tu @ lebihan makanan kat rumah biasanya kami simpan utk itik2 ni...kesian betul itik2 ni kelaparan betul
aktiviti berbasikal...bike trailler tu kami beli kat trade me...hajat nak bawak balik M'sia...bawak pusing2 sekitar Mahkota Aman nanti

Wednesday, January 5, 2011

Red Wood & Blue Lake

masih sambungan dari entry yg sblm ini...selain daripada ke Wai-O-Tapu & Skyline di Rotorua, pada hari yang sama jugak kami sempat singgah di Blue Lake & Red Wood...kat Blue Lake tu kami singgah makan dan solat then Red Wood saja singgah utk mengambil gambar...emmm sejak beli kamera baru ni dah jadi rajin plk nak mengambil gambar...

Alhamdulillah hari tu saja kami dapat melihat 4 tempat yg amat berbeza dr bekasan gunung berapi ke tasik, lps tu pulak ke hutan simpan dan last sekali mendaki bukit...Alhamdulillah...w/p banyak jugak dollar yang melayang tp hati puas...hu hu

* perkembangan terbaru ttg abg Zie...doktor tak jadi operate sbb risiko pembedahan otak tu terlalu tinggi...lagipun doktor nampak pendarahan tu dah agak kecut...semlm Abg Zie dah keluar dari hospital dan mungkin lps ni akan mencari alternatif lain macam perubatan tradisional, air tawar dll...terima kasihlah pada semua yg sudi mendoakan...

Blue Lake...Top 10 Holiday Park...yea ke?...cam tak de apa2 je
Budak2 tak sabar nak terjun, mak budak tak sabar nak makan, ayah budak tak sabar nak solat...Alhamdulillah
sapa yang tengah berlari tu?
Anak2 ....masa ni masih sopan...lepas tu habis basah lenjun
ni lah hutan "kayu merah"
boleh ke panjat tu
amboi...
macam raksasa pulak
mama & anak2
tambah papa pulak...ni lah family kami