"Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"...itulah bait2 ungkapan yg sesuai utk diungkapkan buat kami sekeluarga...
Byk cabaran yg dihadapi oleh suami dalam meniti dunia phDnya...kami dtg ke Auckland bulan okt thn 2009, slps itu, 6 bulan kemudian, kami terpaksa berpindah ke Hamilton kerana mengikut supervisornya berpindah...selepas itu tak sampai sethn dugaan datang lagi...sehingga tak mampu tertanggung oleh kami esp my hubby menyebabkan dia mengambil keputusan utk menyambung pengajiannya di tanahair...
"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"...itulah sahaja yg mampu kami ungkapkan...sungguh berat rasanya hati utk meninggalkan bumi Hamilton, lbh2 lagi rakan2 tersayang...hubungan kami sgt akrab sbb merekalah rakan, sahabat & saudara...tapi apakan daya...
begitu juga dgn persekolahan anak2..terkilan juga bila mengenangkan persekolahan mereka yang baru seminggu bermula...Yasmin baru seminggu di Knighton Normal School, Najwa pulak baru dilantik sebagai mediator (pengawas), Arif dgn soccernya & Wafa pulak baru dpt panggilan dari Hillcrest Kindigarten yg gilirannya utk mendaftar masuk dah sampai...seronok bila tgk anak2 dah dpt sleng NZ & bergaul dgn pelbagai bangsa & keturunan...tp apakan daya...
"Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan"...kami redha dgn ketentuan Ilahi...sebelum membuat keputusan utk balik, kami banyak memohon petunjuk dariNya yang Esa...
"Tempat jatuh lagikan dikenang"...kami akan tetap merindui rumah No.3 Edinburgh Road...rumah yg sering menjadi persinggahan rakan2 & anak2 yg pulang dari Knighton Normal School, rakan2, baik di Northshore juga di Hamilton, udara yang segar, nyaman & subur di bumi NZ, pengalaman hidup di negara 4 musim, keramahan orang2 kiwi dan segalanya yang ada di bumi NZ...
"Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi"...InsyaAllah...
"Akhirnya NZ kami tinggalkan"....:-(
Kontena yang membawa kereta dan serba sedikit barangan rumah
tasik uni yang pasti kami rindui
tak terdaya nak melihat rumah ni buat kali terakhir...banyak kenangan suka & duka kami tersimpan di sini...
Terima kasih kepada Cikgu Jamli kerana sudi menghantar kami sekeluarga dari Hamilton ke Auckland
Signboard yg kami pasti rindui
City of sail...entah bila lagi akan bertemu
Dua sahabat...Arif selalu mengigau panggil nama Faiz...kuat betul ingatannya pada Faiz
Keluarga Nida yg banyak memberi nasihat, sokongan dan dorongan pada kami...namun terkilan sebab tidak dapat berjumpa di saat akhir
kanak2 mungkin tidak memahami erti perpisahan...entah bilalah kalian akan berjumpa
ramai rakan2 yang menghantar baik dari Hamilton, Northshore & Auckland...kebetulan kami pulang 4 family serentak
InsyaAllah kita akan bertemu lagi
rakan2 di Northshore...bergambar sebelum berangkat ke Airport
sahabat baru di Hamilton...hanya sempat sebulan bertemu
perjalanan selama 10 jam...tiba jam 8 mlm di KLIA...transit di Shah Alam semalaman...keesokkan harinya bertolak ke K.Trg jam 2.30 ptg...
tiba di KLIA...bersama keluarga Zuwati
Alhamdulillah, selamat tiba...wajah yang kepenatan yang amat sangat
akhirnya.....pastikan tidak putus asa...
ReplyDeletesalam..kak asna...InsyaAllah..kak..pasti ada hikmah yg besar dan baik menanti akk selepas ni..peganglah pada kata2NYA...Allah tidak akn menguji hambaNYA melainkan Allah sayang pada akk dan Allah tahu yang hmabaNYA ni dapat menempuhnya dgn baik..
ReplyDeleteYang penting akk sekeluarga tidak akan mudah berputus asa dalam perjuangan ini..InsyaAllah..
As-salam Kak Asna..
ReplyDeleteSedih pula saya baca n3 Kak Asna ni... semalam kami ke Hamilton, tp tak singgah mana2 pun.. saya cakap ngan Cik Piah "Kalau Kak Asna ada mesti Ida dah singgah".. sedih sangat masa tu, masih terbayang akak ada di Hamilton..
Akak jaga diri ye.. doakan kami dan terima kasih atas hadiah yg diberi.. Insya Allah kalau umur panjang kita jumpa lagi... dan bolehlah kita plan ke Langkawi..hehe :)
Assalamualaikum asna,
ReplyDeleteSelamat meneruskan perjuangan yang seterusnya. Moga Nan akan mendapat PhD dgn jayanya. Doakan juga kami disini
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat menjalani kehidupan baru di tanahair pula, semuga semuanya berjalan lancar.
terima kasih semua...InsyaAllah sama2lah kita berdoa kehadratNya yg Esa semoga Dia mempermudahkan perjalan hidup kita baik di dunia mahupun di akhirat
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.