Saturday, January 30, 2010

Shakespeare lagi

Minggu lepas kami sekali lagi ke Shakepeare... rombongan kali ni tak ramai sangat dan kami pergipun sekejap sahaja sebab cuaca tak berapa mengizinkan...

Seronoknya anak2 bila jumpa air  sambil kutip kerang...lepas main air makan2 pulak
Tempat wajib bergambar...kawasan fotoframe...eh! terlebih sorang anak...
Terpegun tengok kecantikan sang merak...
Apakah yang sedang difikirkan...semua tengah termenung jauh...rindukan tanahair tercinta yea!

Riadah Petang

Biasanya bila Papa balik je dari Universiti (dalam pukul 6.00 petang)...anak2 akan tanya petang ni nak pergi mana?...biasanya destinasi kami ialah di Padang Albany Primary School...ni lah dia aktiviti kami...

Kaum bapa bermain bola sepak...team North Shore Tiger...sedang giat berlatih sebab nak balas balik...dulu dapat tempat tercorot...
Kaum ibu bermain basketball...nak main bola jaring tak cukup teamHaa ni mainan yang paling mencabar...naik skateboard sambil turun bukit...dah ramai yang tercedera
Kat sini jugak ada 4 playground...ni antara mainan yang paling diminatiNi pemantau kanak2 yang paling setia...Chik June & Chik Syukur...haa barulah tak bergaduh
Tadi dah buang lemak...ni masa untuk masukkan semula lemak...makan2 sambil borak2 dan tanya khabar esp resepi Kadang2 berkumpul kat padang Glamorgan School (dekat rumah kami)

Sunday, January 24, 2010

Keropok Albany

Dah lama aku teringin nak makan keropok lekor...esp keropok lekor kat tepi Pantai Tok Jembal (kedai Pok Long)...alahai sedapnya...ditambah dengan sos pencicahnya...emmm tertelan air liur...

Ingatkan aku sorang je yang teringin nak makan keropok...rupa2nya ramai lagi yang kempunan nak makan...maka tepat pada waktu yang dijanjikan...kami pun mulalah membuat operasi yang kami namakan...Keropok Lekor Albany...

Ni dia ketua operasi...Pn June..." Haa tengok ni...macam nilah cara nak keluarkan isi ikan...tulang & kepala tu korang jangan buang yea...aku nak buat ikan kering"Ni pulak proses mengeluarkan isi ikan...tengoklah para pekerja...kecil besar tua muda...semua ada
Ni rupa isi ikan yang dah siap blender + tepung ubi + tepung sagu + garam
Sekarang proses menguli...gelek...gelek...macam2 rupa yang jadi...Keropok lekor yang dah siap uli...macam Keropok Losong pulak..Keropok yang dah siap goreng...tunggu masa untuk dimakan...Fuh! ni lagi mengancam...keropok dan pencicah ala Terengganu...cara nak buatnya...masukkan air asam jawa + gula melaka + garam + cuka + sos cili + air...masak sampai jadi pekat...sodap....Wah! ni lagi mengancamNow tiba masa yang ditunggu- tunggu...jom serbu!!!
Alhamdulillah...merasa juga keropok lekor...terima kasih pada En Syukur yang sudi jadi penaja ikan...kami doakan semoga hasil tangkapan En Syukur akan bertambah2 lagi...boleh buat keropok lagi...

Saturday, January 23, 2010

Semoga aman di sana...

Hari ini dalam masa satu jam aku menerima 2 berita kematian...Innalillahi wainnailai rajiun...

Mula- mula Azlina beritahu aku tentang kematian/ kemangkatan Sultan Johor...tak lama selepas itu adik iparku...Gee telefon untuk memberitahu tentang kematian kakak iparku (kakak suamiku yang sulong)....

Semasa aku menulis blog ini...talkin tengah dibacakan untuk pengkebumian arwah kakak iparku, K.Yoh (Nan dapat tahu melalui telefon)...Sebenarnya K.Yoh dah lama sakit...sakit 3 serangkai...jantung, kencing manis & buah pinggang...malah waktu kami nak berangkat ke sini dia pun dah semakin uzur...waktu kami bersalaman dulupun dia dah beritahu mungkin tak sempat jumpa lagi lepas ni...

Sewaktu kami masih kat Malaysia dulu kami kerap juga melawat K.Yoh...Sebenarnya K.Yoh ni amat berbangga dengan suami aku...lagipun dia tak ada anak...jadi dia amat banggalah bila ada adik lelaki yang berjaya...Dia amat gembira bila kami datang melawat sampai suami diapun menyindir " bila datang adik dia terus sihat & senyum memanjang"...Tiga hari lepas suami aku sempat berbual dengan dia melalui telefon...masa tu dia masih boleh berbual- bual, malah sempat berkirim salam dengan aku...

Kini yang tinggal hanyalah kenangan...apakan daya kami...hanya doa yang dapat kami kirimkan dari kejauhan ini...semoga rohnya tenang dan damai di sana...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin...

Gambar waktu kami melawat Kak Yoh dua tiga hari sebelum kami berangkat ke sini...Tak sangka rupanya inilah kali terakhir kami dapat bertemu dengan arwah...(arwah yang memakai tudung hitam)

Gambar semasa majlis doa selamat sebelum kami berangkat ke siniSetiap yang hidup pasti akan mati...cuma masanya saja yang kita tak tahu...kita cuma perlu sentiasa bersedia...jangan lupa serta alpa...hidup ini hanya sementara...tiada yang kekal abadi...

Tuesday, January 19, 2010

Meraikan pengantin

Kalau kat Malaysia bila tiba je cuti sekolah maka banyaklah undangan untuk ke majlis perkahwinan...ayah aku suka tulis semua undangan tu kat whiteboard...nampaklah sederet undangan serta tarikh majlis2 tersebut...

Minggu lepas...dua orang kaum kerabat kami kat Albany ni selamat naik ke jinjang pelamin...bagi meraikan 2 pasang pengantin baru ni, kamipun mengadakan sedikit majlis pot luck yang bertempat kat mana lagi kalau bukan tempat favourite kami iaitu Long Bay...

Selepas berkelah kat Long Bay...kami amat berbesar hati sebab 2 pasang pengantin baru ni sudi singgah di teratak buruk kami ni...

Ni lah dia pasangan pengantin baru ni...nyanyi sikit...selamat pengantin baru...selamat berbahagia...selamat ke anak cucu...selamat sejahtera

1) Abang Azhar dan Ila...Abang Azhar ni pensyarah kat Universiti Massey dan berasal dari Besut..dan Ila pulak berasal dari Kuala Terengganu...bestnya...bertambahlah warga Ganu Kite...lepas ni bolehlah kita buat keropok lekor sama2 yea Ila...2) Aisyah dan suami...Aishah ni orang baru kat sini...kira warga North Shore yang paling bongsulah...lepas ni nampaknya Aishah terpaksalah berjauhan dengan suami sebab suaminya kerja kat Arab Saudi...Selamat penganti baru dari kami sekeluarga....

Wednesday, January 13, 2010

Jalan2 dan Makan2 Palmy

Masih lagi cerita tentang lawatan kami ke Palmeston North minggu lepas (Sabtu - Isnin)

JALAN2 PALMY

Sebelum tiba di Palmy...kami bayangkan Palmy ni cuma sebuah bandar kecil dan tak banyak rumah...rupa2nya andaian kami salah...masuk je bandar Palmy terkejut kami tengok Mitre 10 yang besar, Pak n Save, Countdown, Warehouse dan macam2 lagi...kat sini jugak ada Muslim Centre untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat...aku rasa kalau kat Malaysia...lebih kurang macam bandar Kuantan atau mungkin kecil sedikit... sepanjang berada kat sana kami bermalam di rumah Ziad & Ila (kawan Nan kat UMP)...antara tempat yang kami lawati....

1) Main Campus Universiti Massey...Uni Massey ada 3...Palmy adalah Main Campus & ada 2 lagi cawangan iaitu di Albany (tempat Nan belajar sekarang) dan di Wellington

2) Wind Farm...terletak di kawasan berbukit...terdapat banyak kincir angin yang digunakan untuk janakuasa lektrik...Kami dapat lihat kincir angin ni dari dekat...kebetulan waktu kami pergi angin agak kuat...so, dapat dengar kipas berpusing...kalau nak tahu tentang wind farm klik di sini

Al kisahnya...waktu kami kat wind farm...terserempak dengan family mat salleh...suami isteri, anak & menantu...ingatkan menantu dia tu Filipine..rupa2nya orang Melayu (Segambut, KL)...dia baru dua minggu datang Palmy sebab ikut suami...tengah homesick lagi...katanya ni first time dia jumpa orang Melayu...dia tak tahu pun ada jugak Melayu kat sini...Alhamdulillah jumpa dengan Ziad (kebetulan Ziad orang lama kat Palmy ni)...so lepas ni kalau ada apa2 perjumpaan orang Malaysia, Ziad akan jemput dia...Alhamdulillah3) Victoria Esplanade Park...Sebuah taman yang agak besar...ada taman rose, keretapi kecil, giant slide, trampoline, flying fox...pasukan hoki Malaysia pernah berlawan hoki kat taman ni

4 ) Pusing2 bandar Palmy...Bandar Palmy agak besar...lengkap semua pusat beli belah...ada mitre 10, Pak n Save, Warehouse, Countdown, Hospice dan lain2

MAKAN2 PALMY

Sewaktu berada di Palmy...kami bertemu ramai student PhD dari Malaysia...Alhamdulillah kami dilayan dengan begitu baik sekali...lihatlah cerita dan gambar2 berikut :

Sabtu...makan malam di rumah En Zabidi & Shamsinar (Zabidi adalah junior aku masa kat Nilam Puri, UM)...kami di jamu dengan bermacam lauk pauk...sweet sour ikan snapper, gulai daging, udang masak petai, ayam, hot dog bakar, puding roti dan pelbagai kek...kebetulan pulak hari tu majlis hari jadi anak2 diaAhad...makan pagi di rumah En Zaidi & Hazza (kawan Nita)...menunya mee goreng, pizza dan roti sup cendawan...lepas tu berjalan kaki ke rumah En Khairul & K.Yatie...ambil najwa sebab dia sleep over kat sini...sarapan lagi buat kali kedua...MakanTengahari kat rumah Ziad & Ila...Ziad Masak Snapper masak stim, Ikan Merah masak lemak, sambal bilis dan sayur bayam...

Minum Petang di rumah En Izzat & Linda...makan Yong Tau Fu & Mee Bandung (teringat kat pasar malam kat Malaysia)

Makan Malam pulak di rumah En Saifuddin & Nina...kami dihidang dengan ayam bakar, salad, ayam butter dan puding caramel

Isnin...waktu bertolak balik Ziad & Ila bekalkan kami dengan nasi dan lauk pauk & Nina pulak bekalkan kami dengan Roti Sandwich dan Pan Cake

Begitulan meriahnya jalan2 dan makan2 sepanjang kami berada di Palmerston North...Terima kasih kepada semua warga Palmy kerana memberi layanan yang begitu istimewa sepanjang kami berada di sana...jasa kalian tetap dikenang...