Monday, January 4, 2010

Bebas dari kesejukan

Kedatangan Disember ni buat kami agak gembira...gembira kerana kami kini bebas dari kesejukan...tak perlu pakai baju 2, 3 lapis macam dulu...cukup dengan sehelai baju...tak perlu lagi heater, blower, selimut tebal, setokin dan jaket...Alhamdulillah...

Masa kami mula2 datang dulu (02 Okt) musim spring, suhu antara 13- 18 darjah...sekarang tibalah musim summer (Dec - Feb)...suhu agak panas, antara 22 - 26 darjah...Suhunya lebih kurang macam Malaysia...cuma anginnya agak sejuk...walaupun matahari panas terik (lebih panas dari Malaysia)...tapi rasa lebih sejuk (sebab anginnya sejuk)...

Musim summer ni jugak siangnya sangat panjang...lebih kurang 15 jam...pukul 6 pagi dah naik matahari, manakala dekat pukul 9 mlm baru tenggelam matahari...

Untuk memanfaatkan siang yang panjang...maka panjanglah jugak langkah kami...inilah antara tempat2 yang kami kunjungi dalam 2 minggu lepas

1) Jalan2 lihat kesesakan pasaraya semasa Boxing Day (26 Dec)...

2) Strawberry picking bersama keluarga MAPSA...lebih kurang dalam 20 - 30 orang family3) Berkelah dan mandi laut bersama keluarga MAPSA di Long Bay4) Strawberry picking bersama keluarga North Shore

5) Melawat Muzium Auckland...sekarang free untuk warga North Shore...

No comments:

Post a Comment