Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat bermain
Memang betullah kata bidalan Melayu ni...walaupun dah hampir 2 bulan kami meninggalkan bumi North Shore...namun ingatan bersama rakan2 di sana tetap tersemat kukuh & dek kerana ingatan itu jugaklah menyebabkan minggu lepas buat kali keduanya kami ke sana lagi...dan macam biasanya rumah Hanafiah & Nida lah jadi hotel tempat kami sekeluarga menginap (bayaran percuma siap dengan pakej makan lagi)....terima kasih banyak2lah buat Nida, Hanafiah dan anak2...
Kebetulan masa kami pergi tu...June buat majlis makan2...jadi dapatlah kami berjumpa dengan semua keluarga North Shore...terubat segala rindu dendam...he he...lama lekat kat rumah June...dari tengahari sampai ke malam...lepas tu sambung pulak kat rumah Nida, tengahari esoknya ke rumah Zack, petang pulak rumah Nihra...banyak betul cerita...rasa macam tak mahu pulang...balik Hamilton... rupa2nya org2 kat sini pergi berpicnic kat Taitua Arboretum...alahai miss pulak program ni...tak apalah next timelah
Apa pun kami puas hati sebab sempat ke Sunday Market Browns Bay...dapat beli banyak baju untuk stok musim sejuk ni (cuma 50 sen sehelai)....
Barang2 antik kat pasar Browns Bay
Macam2 ada...buah2an, mainan, pakaian, beg, kasut, pinggan mangkuk...semua murah2...majoriti bawah 2 dollar
Zahin tengah rambang mata...nak pilih mana satu ni
Seronoknya duduk kat laman rumah June ni...boleh tangkap rama2
Ramai betul jemputan June kali ni...kenduri besar... 2 hari 2 malam
Papa & the geng
Salam Asna,
ReplyDeletePasar tu serupa pasar malam kat Terengganu ke??
psstt....sedap nampak satay tuh!! seliur.
Salam
ReplyDeleteLain...pasar ni jual brg2 second hand...brg2 yg diaorg dah tak nak pakai...ada jgk brg belum guna..murah2 je...50 sen pun ada..sesuailah dgn kami yg tak berkemampuan ni...makanan tak byk sgt...kalau adapun tak halal...
Satay tu mmg best...tapi kena mkn cepat2 sbb lambat sikit rasa mcm satay kat peti ais
Salam
ReplyDeleteKalau kat sini kak Zai selalu pergi carboot Shah Alam, barang murah dan banyak pilihan.
Masa Kak Zai pergi rumah anak kat Portmouth,UK ada juga pasar pagi jual macam2, sayur dan buah2an fresh sesangat.