Alhamdulillah...esok kami (warga Islam di NZ) akan mula berpuasa (lewat sehari berbanding dgn Malaysia)...syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan pada tahun ini...
Bercakap tentang ramadhan....memang tahun ini amat berbeza dgn ramadhan pada tahun2 yg lepas...sepinya ramadhan diperantauan ni...tambahan pula suami bekerja malam ni...tak ada suasana langsung..
Teringat pulak masa berpuasa kat kuarters guru dulu (6 thn tinggal di sana)...kami semua guru2 & warga aspura dan aspuri sama2 solat berjemaah di kantin sekolah...anak2 pulak riang bermain di gelanggang sepak takraw sebelah kantin...waktu sahur pulak tak payah nak pakai alarm...cukuplah dgn bunyi kelentung kelentang tray kat dewan makan...sahur pulak kami jarang masak...just order je kat kedai hijau lepas solat terawih...sebelum berbuka pulak...round2 kampung sambil cari kuih muih & air tebu...seronoknya...
Sekarang ni nak makan apa semua kena buat sendiri...air tebu???...mana nak cari :-)
Apa2 pun semoga kedatangan ramadhan tahun ni memberi kerahmatan & keberkatan dariNya yang Esa...tak kiralah di mana kita berada....InsyaAllah
Kuarters Guru...6 tahun kami menghuni di sini...rumah bawah tu rumah kami
Kat belakang Wafa tu kantin sekolah...kat sinilah kami solat terawih...
Kuarters Guru...semuanya masih terpahat kukuh dalam ingatan
alahi kesian kita kan..kita serupa..rindunya msia..
ReplyDeletetunggu weekend K.Asna bila ada hok bergilir2 ajok berbuka puasa. Baru raso meriah sikit. Kdg2 Nur dulu bertukar2 lauk jugok dgn yg duduk dekat2.
ReplyDeleteanggaplah pengalaman asna...pengalaman yg tk semua org dpt merasainya....
ReplyDeleteSalam Asna,
ReplyDeleteSelamat berpuasa untuk Asna dan keluarga.
Kesiannya dia...RINDUlah tu! Sama mcm yg lain jugak, bila berada diperantauan time puasa & raya ingat kat kampung. Bersabor jelah.Tingkatkan amal ibadat kita di sepanjang ramadhan ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat Asna sekeluarga,dah tentunya rindu pada kampung halaman bila berjauhan.
ReplyDeleteSalam semua
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat semua..
Denang keje nak tampung duit tiket raya ker? hehee...
ReplyDeletebuat belanja mingguan...ngam2 je...kais minggu ni buat makan minggu depan...dan gitulah seterusnya...
ReplyDeleteAsna :Salam Ramadhan. Bersabarlah dengan dugaan ni..
ReplyDelete