Sunday, October 18, 2009

Long Bay

Belakang Wafa tu ada laut (cantik sangat)
Kami pergi dgn Biha & family... jumpa dgn Auntie Mariam... dia dah menetap di sini selama 43 tahun (lepas dua minggu kahwin terus datang NZ ).... umur dia sekarang dah 64 thn & suaminya pulak 69 tahun (org NZ)... sekarang every year dia balik M'sia... seronok jumpa dia... macam jumpa makcik sendiri... InsyaAllah kami akan ke rumah dia nanti
Arif & Najwa bermain gayut- gayut... seronok betul diaorang

Long Bay ni salah satu tempat kunjungan orang... dekat je dengan rumah kami (dalam 3 atau 4 km je)... Pemandangan sangat cantik... memang cantik betul....sangat bersih... langsung tak de sampah...ada banyak papan tanda tulis bring your rubbish home.... Kami jumpa Auntie Mariam di sini (berborak sakan lah) dekat 2 jam jugak kot...

Strawberry segar






Buah strawberry segar boleh dibeli di tepi jalan... harga $10.00 (4 kotak), bayar tak payah pakai cash pun tak apa (boleh pakai card)

Friday, October 16, 2009

New Zealand oh New Zealand

Bunga2 kelihatan di mana2 (ni rumah org) design rmh di NZ ni lain berbanding M'sia
Sekarang Musim Spring (Bunga)... cuaca mulai okey... kebanyakan pokok berbunga- bunga even rumput pun ada bunga... kat NZ ni cuacanya terbalik dgn UK... kalau tak silap Sept - Nov (Spring), Dec - Feb (Summer), Mac - Mei (Autumn) & Jun - Ogos (Winter)... Oh ni aku nak share antara yang pelik kat NZ ni ialah

1) Orang kat sini biasalah jalan berkaki ayam, kat mana2 kita boleh tengok... contohnya kat Pasaraya, kat jalan2 raya...even kat sekolahpun ramai budak berkaki ayam... tapi yg peliknya bila masuk rumah diaorg pakai kasut pulak... terbaliklah dgn budaya kita.

2) Kat sini toilet tak ada sumber air... so bila anak2 ke sekolah kenalah bekalkan dengan botol air mineral... sebab orang kat sini pakai lap2 je... kat rumahpun macam tu... bilik air diaorg sentiasa kering... tak macam kita mewah dengan air.

3) Oleh kerana cuaca di sini terbalik dengan Malaysia... kat Malaysia masuk rumah kena buka kipas, kat sini pulak masuk rumah kena buka heater (pemanas).

4) Aku rasa NZ ni kaya dengan kayu kayan sebab kebanyakan benda dibuat dgn kayu contohnya taman permainan, rumah, pagar rumah dll.

5) Kat Auckland ni rumah banyak dibuat di lereng- lereng bukit (rumah aku sendiri pun di lereng bukit)... memang nampak cantik, tapi ngeri gak... agaknya bukit kat sini keras kot strukturnya.

6) Buang sampah guna plastik prepaid. Haru jugak kami kena tunggu semingggu sekali nak bung sampah. Hanya hari selasa aje boleh buang sampah. kena letak jam 7 pagi tiap2 hari selasa. TETAPI kena guna plastik khas yang berharga $ 1.70 satu. Plastiknya menarik lah warna oren dan ada cop North Shore Municipal Council (macam MPK la kot). Plastik oren tu dijual di banyak tempat macam pasaraya, stesen minyak , kedai runcik dll. Kalau buang sampah tanpa guna plastik tu, kirim salam memang dia tak angkut. Kalau di Kuarters Lepar dulu, wah mewah kami buang sampah kadang2 3 kali sehari. Datang Auckland, seminggu sekali hu hu hu.

7) Lagi cerita tentang sampah/ bahan buangan. Tiap tiap depan rumah memang ada tong recycle, siap ada cop nombor rumah lagi. Setiap dua minggu kami boleh buang botol botol plastik dan kaca. Akan dipungut untuk di recycle. Memang agak praktical sebab tong tu kita park depan rumah. Bahan kaca dan botol plastik masukkan aje di situ. Setiap dua minggu tarik aje then park depan jalan.
Mesin basuh (beli secara trade me) $219 (RM 547), Peti Ais $100 (RM 250)

8) Lagi cerita tentang bahan buangan. If ada benda benda yang tak boleh di lupuskan secara organic, contohnya sofa lama, tilam, kerusi, meja, pasu pecah or apa apa saja, setahun sekali boleh buang benda tu, istilah digunakan ialah 'inorganic'. Ada jadual tertentu dalam setahun boleh buang benda benda tadi, dan jadual tu akan ikut kawasan tertentu. Yang seronoknya, if kawasan orang kaya, perabot yang masih elok dibuang macam tu aje. Kami ada jugak dapat kerusi 'lazy boy' yang masih elok dan rak TV yang tiada ada masalah. Cuma agaknya benda tu makan ruang di rumah mereka, dibuang aje. Tapi kami macam risau jugak, nanti bila dah nak balik macamana nak lupus benda dalam rumah ni. Yang boleh dijual oklah, yang tak ada nilai, nak buang mana. Buang sebarangan ada kang kena saman. Oleh itu, bestnya duduk Malaysia, boleh buang aje kat lubang sampah belakang rumah dan bakar aje jika tiada orang nak ambil barang terbuang kita. Umumnya, masyarakat New Zealand ini dilatih agar berhemah bila membuang sampah, buang paling sedikit paling jimat (sebab plastik tu kena bayar) dan tiada istilah humban aje dalam semak/ tepi longkang/lubang belakang rumah.

TV tu sebiji harga $20 (RM50), Heater gas $35 (RM87.50)
Kerusi tu kutip tepi jln je.

9) Jual beli barang ikut website @ Trademe.co.nz atau Trade and Exchange. Sungguh efficient bila kita boleh beli barang second hand secara online. Yang paling popular disini ialah trademe.co.nz. Ala ala lelong kalau di Malaysia. Konsepnya ialah boleh bid atau 'buy now'. Kami beli mesin basuh pun dengan tengok website trade and Exchange, dapat nombor owner terus telefon dan pergi ambil aje. Quality? Nasiblah, tapi asasnya disini ialah konsep 'trust', sebab dalam trade me kalau pembeli tidak puas hati dengan penjual, kita boleh bagi nilai (macam remark, positive, nuetral dan negative) dan akan memberi kesan bila kita ingin membuat bid atau bila kita ingin menjual di trademe sebab orang lain akan baca komen tentang kita. Jadi kalau nak test harga barang sini, masuk website trademe.co.nz dan taip aje barang yang dikehendaki. Boleh tengok harga barang dan bandingkan dangan harga di Malaysia (currency 2.5, hu hu.. seronok duduk Malaysia tanahairku.. ;))


Ada rezeki, kami akan attach untuk semua perkara diatas. Sabauu

Tuesday, October 13, 2009

Yang Seronok & Tak Seronok

Rindunya nak tengok kakak bertudung bila ke sekolah macam dulu
kat sini kalau nak suruh bertudung takut kena pulau pulak
Berjalan balik dari sekolah... turun bukit terus rumah kami
Bermain skateboard depan rumah... share je (manalah mampu)

Ramai orang tanya seronok tak duduk New Zealand... Jawapannya terlau banyak yang tak seronok berbanding dengan seronok... yang tak seronok...

PERTAMA : JAUH DARI KAMPUNG HALAMAN
Aku rasa terlalu sunyi... rasa terlalu jauh dgn pok, ma, adik beradik, saudara mara, rakan taulan... bila pandang langit... rasa jauhnya aku dari mereka semua... Harapnya tak ada apa2lah yang buruk berlaku kat kg... sebab terlalu sukar kalau aku nak balik & kosnya berbelas ribulah

KEDUA : KESIAN TENGOK KEADAAN ANAK- ANAK DI SEKOLAH
Aku betul- betul kesian tengok Abg & kakak... terkedu je dalam kelas... yealah kat sekolah tu mereka berdua je Melayu... sepatah haram tak faham orang kata apa... Kalau dulu merekalah Ketua Kelas & Pen Ketua Kelas... orang paling top... now jadi macam orang asing je dlm kelas... Aku juga rindu nak tengok kakak bertudung & beruniform macam dulu... sekarang tak de uniform...pakai baju biasa je

KETIGA : TAKUT ANAK2 KETINGGALAN SUKATAN M'SIA & FARDU AIN
Aku cukup2 risau takut anak2 tak dapat nak catch out sukatan di Malaysia.. kat sini sukatan diaorg macam rendah sikit... macamana diaorg nak ambik UPSR nanti... subjek PAFA pulak macammana... yealah kami dulu sekolah agama... takut pulak kalau anak2 ketinggalan dlm bab2 agama ni... aku cuba ajar sendiri.. tak tahulah tercapai ke tidak objektif

KEEMPAT : SUMBER MAKANAN AGAK TERHAD
100% kena masak sendiri... kalau dulu malas masak boleh order Kedai Hijau... ni very thing kena buat sendiri...even birthday anak pun kena buat kek sendiri... nak beli barang kat kedai pun kena hati2 sebab yang halal & haram bercampur aduk.. kena tengok betul2 kod pada bekas makanan tu.

KELIMA : CUACA SEJUK
Cuaca sangat sejuk... kalau tak pasang heater rasa malas nak bergerak... nak duduk & peluk tubuh je...rasa beku otak... tesion semacam je.

KEENAM : TERPAKSA KEMBALI MENJADI ORANG SUSAH
Kalau kat M'sia dulu kami dah dikira senanglah (bukan kaya)... tapi kat sini kembali menjadi susah... yealah golongan profesional kat sini gaji dah $ 6000... elaun Nan cuma dalam $ 2300.. cuma 1/3 je dgn golongan profesional... sewa rumah saja dah $ 1440, cuma tinggal $ 860 je utk belanja... tak masuk lagi bayar elektrik, air, petrol dll... nak sewa rumah murah lagi tak boleh... sebab kami ada ahli keluarga kami ada 6... so mesti cari rumah yang ada 3 bilik...

KETUJUH : KESUNYIAN
Memang tidak dapat dinafikan bila Nan pergi Uni je, aku rasa amat2 sunyi... tinggallah aku terkulat2 dgn Wafa & Yasmin... mulalah rasa nak menangis pun ada... kalau dulu meriah je kat sekolah... petang pulak dapat sembang dengan K.Ila & Ina sambil tengok anak2 main kat laman kuarters

banyak lagi benda yang tak best... rasa susah sangat... sampai aku terfikir... kenapalah datang sini cari susah...tapi ada jugak yang seronoknya... contoh...

PERTAMA : PELUANG ANAK2 MENGUASAI B.INGGERIS
Anak2 memang cepat lah boleh speaking... contohnya lepas 2 hari bersekolah Abang & kakak dah mula speaking... contoh semalam dengar abang cakap "I got this" & diaorg selalu tanya kalau nak kata ni cakap apa....

KEDUA : DAPAT MELUANGKAN BANYAK MASA DENGAN FAMILY
Alhamdulillah kini aku dapat meluangkan byk masa dengan suami & anak2... kalau dulu seawal pukul 7.00 pagi aku sibuk nak ke sekolah... begitu juga dgn suami & anak2... now kami sempat sarapan sama2 setiap pagi (sebab sekolah mula pukul 9.00 pg)... pukul 3.30 ptg pulak dapat makan tengahari bersama2... & petang ada masa bersama anak2... Yasmin & Wafa pulak sepanjang masa bersama aku...

KETIGA : PELUANG MEMPELAJARI B.INGGERIS
Bila dah terpaksa ni kenalah speaking jugak... contohnya dalam minggu ni ada jiran, plumber dll yg datang rumah waktu Nan tak ada, so terpaksa aku merapu cakap... waktu aku ambil Arif kat sekolah ada cikgu kelas ESOL ajak aku masuk bilik dia... dekat sejam jugak kami borak... entahlah betul ke tak... rasanya ada jugak dia tanya lain, aku jawab lain... lepas ni aku mungkin masuk kelas ESOL kat Uni Messey.

KEEMPAT : RELEASE DARI KERJA2 SEKOLAH
Dalam masa 3 tahun ni tak payahlah aku nak fikir pasa Headcount, PKKP, Analisis Item, Post Mortem PMR, SPM, fail2 Kecemerlangan, masuk kelas, pemantauan, meeting, bla..bla...rehat otak kejap... but aku akan kehilangan seniority selama 3 tahun...

KELIMA : DAPAT MENCUBA BANYAK RESEPI
Bila dah banyak masa... dapatlah aku mencuba pelbagai resepi yang belum pernah aku buat... contohnya kek, pizza dll

KEENAM : DAPAT EXPLORE BLOG, FACEBOOK DLL
Setelah hampir 2 minggu kat sini aku dah jumpa ramai kawan2 lama kat facebook sebab internet kat sini laju... so taklah boring macam kat kuarters dulu nak menunggu

KETUJUH : DAPAT MERASA DUDUK RUMAH ENGLISH & HIDUP DI NEGARA ORANG
Dulu waktu tengok cerita Mat Salleh, aku suka tengok rumah diaorg... kini dapatlah aku merasa duduk rumah yang semuanya dilitupi karpet...& dapat jugak merasa duduk di negara 4 musim

Itulah antara yg seronok & tak seronok... ni sebagai panduan rakan2 yg akan keluar negara seperti kak Daswati, Durrani, wife Jamal dll


Monday, October 12, 2009

Hari Pertama Ke Glamorgan School

Kakak sporting je... cikgu dia kata okey...sgt enjoy
Abang dah mula okey sikit... take 5 (dance sikit lps subjek maths)
Abg First masuk kelas... subjek maths... Hai papa pun terpaksa
belajar sama.

Hari ini buat pertama kalinya kakak & abang ke Glamorgan School... kakak very excited... pukul 8.30 dia dah mula berjln ke kesekolah dgn member dia (jiran sebelah budak NZ, sebaya dgn dia)... Haaa yg problemnya abg, macam2 alasan dia sakit kakilah, malu, tak faham org cakap, nak sekolah esok & macam2 lagi... jenuh jugak kami memujuk... sejam kami tunggu suruh dia masuk...at last papa dia masuk & belajar sekali dgn dia... dalam sejam lepas tu barulah kami pelan- pelan tinggalkan dia...

Ni dah pukul 11.30...apa ceritalah abang kat sekolah...Wafa dgn Min pulak tgh tidur... aku ingat dalam pukul 1.00 nak pergi intai pulak dia...


Now aku tinggal dgn Min & Wafa je... Nan dah ke Uni...Ingat nak ajar sukatan tadika dekat Min & Wafa...dah tertidur pulak studentnya... macammana ni...

Hai! dah sunyi macam ni teringat pulak kt Malaysia... Ni baru pukul 6.40 pagi... agaknya Ma & Pok baru balik solat Subuh...Macammanalah student aku kt Lepar jawab paper Maths semalam... senang ke susah... tolong bagi comment kt cikgu yea... Kesian diaorg kehilangan cikgu 2 minggu sebelum exam... Cikgu doakan anda semua berjaya dengan cemerlang... sekurang2nya 10 org mesti dapat 8A... Ingat yea!... Cikgu2 yg baca blog ni tolong sampaikan kat bebudak tu ye esp kelas 3 Amanah & 3 Bijaksana.

I Miss you all.. Nurul, K.Ila, K.Lin, Lim, Ina, Rosa, K.Ha, Yatie, Aini, K.Das, Zue, Dilla, K.Yan, Azilah, Zizie, Ayu & semua yg berada di SMK Lepar... Miss you so much.

Sunday, October 11, 2009

Najwa & Arif mendaftar di sekolah

Kenangan bermain guli di kuarters... sini tak de geng nak main
Hai Enul... rinduuuuuuu kat Enul
Lunch box kakak.. jemput pisang, biskut, buah, bawah pulak
ada roti dan jem

Hari ini Kakak & Abang mendaftar di sekolah Glamorgan School... kami cuma jln kaki je sebab depan rumah je... cuma perlu naik bukit... Aku siapkan lunch box diaorg... aku isi biskut, jemput2 pisang, buah2an, roti jem & air ribena... Ingat nak terus tinggalkan diaorg kt sekolah tapi kerani suruh balik dulu sbb dia nak inform kt cikgu dulu... Najwa bilik 13 dan Arif bilik 6...

Setakat yg aku tahu sistem sekolah kat sini lain dgn Malaysia... 5 tahun masuk year 0... macam Min kena tunggu bulan 12 tahun 2010 baru boleh masuk year 0, lps tu 6 tahun year 1... sampailah 11 tahun year 6... habis year 6 masuk intermediate school pulak... kat sini sepanjang masa sekolah hanya guru yg sama je handle (tak de tukar2 cikgu macam kat Msia)... dia lebih kpd students center... cikgu macam fasi je... Macam kt M'sia byk cikgu yg handle...sukatan pulak lbh rendah dari Malaysia... tah tak tahu lah macammana nak ajar budak2 ni sukatan kt Malaysia esp fardu Ain...

Sekolah kat sini mula pukul 8.45 dan tamat pukul 3.00... Aku ingat pukul 4.00 - 5.30 nak ajar diaorg sukatan M'sia termasuk fardu ain...

Yg kesiannya Yasminlah sbb tadika jauh sikit (dlm 1.5 km) payahlah aku nak hantar... ingat ajar sendirilah kat rumah kot (boleh ke???)

Balik daftar diaorg baca email org M'sia... baca E mail dari Emi... teringat pulak kat diaorg...esp Enul....

Weekend

Najwa, Min, Wafa & Humaira bermain di laman rumah Asiah

Bermain di taman tepi pantai Browns Bay

Bergambar di pasar pagi Brows Bay

Hari Ahad pagi- pagi lagi kami dah bangun sbb dah janji dengan Nihra & wifenya Azlina untuk ke pasar Browns Bay... Browns Bay tak jauh sangat dari rumah kami... Aku tengok org2 kt sini suka berjalan dgn anjing... mula2 budak 4 org ni takut jugak... tp sebab dah byk sgt lama2 dah jadi tak pelik dah... tak de yg menarik sangat untuk dibeli... cuma buah2 & sayur2 je murah betul harganya... buah kiwi cuma NZ 50 sen sekilo... buah limau NZ 90 sen sekilo... ubi keledek pun ada dijual (kat sini namanya kumara)... lepas tu kami ke pantai Browns Bay... walaupun nampak panas terik tapi sejukkkkk... sebab anginnya sejuk...


Petang gi minum2 rumah Asiah... kawan lama Nan masa UIA dulu... anak dia pun ada 4 orang... yg sebaya dgn Arif pun namanya Ashraf jugak... So, apa lagi sukalah Arif jumpa kawan... Malam makan kat rumah aku bersama family Biha & Nida... Menunya nasi minyak & laksa Johor... bukan aku yg masak... rumah aku jadi port je... Semua Biha yg masak... siap boleh simpan buat sarapan lagi.