Tuesday, October 13, 2009

Yang Seronok & Tak Seronok

Rindunya nak tengok kakak bertudung bila ke sekolah macam dulu
kat sini kalau nak suruh bertudung takut kena pulau pulak
Berjalan balik dari sekolah... turun bukit terus rumah kami
Bermain skateboard depan rumah... share je (manalah mampu)

Ramai orang tanya seronok tak duduk New Zealand... Jawapannya terlau banyak yang tak seronok berbanding dengan seronok... yang tak seronok...

PERTAMA : JAUH DARI KAMPUNG HALAMAN
Aku rasa terlalu sunyi... rasa terlalu jauh dgn pok, ma, adik beradik, saudara mara, rakan taulan... bila pandang langit... rasa jauhnya aku dari mereka semua... Harapnya tak ada apa2lah yang buruk berlaku kat kg... sebab terlalu sukar kalau aku nak balik & kosnya berbelas ribulah

KEDUA : KESIAN TENGOK KEADAAN ANAK- ANAK DI SEKOLAH
Aku betul- betul kesian tengok Abg & kakak... terkedu je dalam kelas... yealah kat sekolah tu mereka berdua je Melayu... sepatah haram tak faham orang kata apa... Kalau dulu merekalah Ketua Kelas & Pen Ketua Kelas... orang paling top... now jadi macam orang asing je dlm kelas... Aku juga rindu nak tengok kakak bertudung & beruniform macam dulu... sekarang tak de uniform...pakai baju biasa je

KETIGA : TAKUT ANAK2 KETINGGALAN SUKATAN M'SIA & FARDU AIN
Aku cukup2 risau takut anak2 tak dapat nak catch out sukatan di Malaysia.. kat sini sukatan diaorg macam rendah sikit... macamana diaorg nak ambik UPSR nanti... subjek PAFA pulak macammana... yealah kami dulu sekolah agama... takut pulak kalau anak2 ketinggalan dlm bab2 agama ni... aku cuba ajar sendiri.. tak tahulah tercapai ke tidak objektif

KEEMPAT : SUMBER MAKANAN AGAK TERHAD
100% kena masak sendiri... kalau dulu malas masak boleh order Kedai Hijau... ni very thing kena buat sendiri...even birthday anak pun kena buat kek sendiri... nak beli barang kat kedai pun kena hati2 sebab yang halal & haram bercampur aduk.. kena tengok betul2 kod pada bekas makanan tu.

KELIMA : CUACA SEJUK
Cuaca sangat sejuk... kalau tak pasang heater rasa malas nak bergerak... nak duduk & peluk tubuh je...rasa beku otak... tesion semacam je.

KEENAM : TERPAKSA KEMBALI MENJADI ORANG SUSAH
Kalau kat M'sia dulu kami dah dikira senanglah (bukan kaya)... tapi kat sini kembali menjadi susah... yealah golongan profesional kat sini gaji dah $ 6000... elaun Nan cuma dalam $ 2300.. cuma 1/3 je dgn golongan profesional... sewa rumah saja dah $ 1440, cuma tinggal $ 860 je utk belanja... tak masuk lagi bayar elektrik, air, petrol dll... nak sewa rumah murah lagi tak boleh... sebab kami ada ahli keluarga kami ada 6... so mesti cari rumah yang ada 3 bilik...

KETUJUH : KESUNYIAN
Memang tidak dapat dinafikan bila Nan pergi Uni je, aku rasa amat2 sunyi... tinggallah aku terkulat2 dgn Wafa & Yasmin... mulalah rasa nak menangis pun ada... kalau dulu meriah je kat sekolah... petang pulak dapat sembang dengan K.Ila & Ina sambil tengok anak2 main kat laman kuarters

banyak lagi benda yang tak best... rasa susah sangat... sampai aku terfikir... kenapalah datang sini cari susah...tapi ada jugak yang seronoknya... contoh...

PERTAMA : PELUANG ANAK2 MENGUASAI B.INGGERIS
Anak2 memang cepat lah boleh speaking... contohnya lepas 2 hari bersekolah Abang & kakak dah mula speaking... contoh semalam dengar abang cakap "I got this" & diaorg selalu tanya kalau nak kata ni cakap apa....

KEDUA : DAPAT MELUANGKAN BANYAK MASA DENGAN FAMILY
Alhamdulillah kini aku dapat meluangkan byk masa dengan suami & anak2... kalau dulu seawal pukul 7.00 pagi aku sibuk nak ke sekolah... begitu juga dgn suami & anak2... now kami sempat sarapan sama2 setiap pagi (sebab sekolah mula pukul 9.00 pg)... pukul 3.30 ptg pulak dapat makan tengahari bersama2... & petang ada masa bersama anak2... Yasmin & Wafa pulak sepanjang masa bersama aku...

KETIGA : PELUANG MEMPELAJARI B.INGGERIS
Bila dah terpaksa ni kenalah speaking jugak... contohnya dalam minggu ni ada jiran, plumber dll yg datang rumah waktu Nan tak ada, so terpaksa aku merapu cakap... waktu aku ambil Arif kat sekolah ada cikgu kelas ESOL ajak aku masuk bilik dia... dekat sejam jugak kami borak... entahlah betul ke tak... rasanya ada jugak dia tanya lain, aku jawab lain... lepas ni aku mungkin masuk kelas ESOL kat Uni Messey.

KEEMPAT : RELEASE DARI KERJA2 SEKOLAH
Dalam masa 3 tahun ni tak payahlah aku nak fikir pasa Headcount, PKKP, Analisis Item, Post Mortem PMR, SPM, fail2 Kecemerlangan, masuk kelas, pemantauan, meeting, bla..bla...rehat otak kejap... but aku akan kehilangan seniority selama 3 tahun...

KELIMA : DAPAT MENCUBA BANYAK RESEPI
Bila dah banyak masa... dapatlah aku mencuba pelbagai resepi yang belum pernah aku buat... contohnya kek, pizza dll

KEENAM : DAPAT EXPLORE BLOG, FACEBOOK DLL
Setelah hampir 2 minggu kat sini aku dah jumpa ramai kawan2 lama kat facebook sebab internet kat sini laju... so taklah boring macam kat kuarters dulu nak menunggu

KETUJUH : DAPAT MERASA DUDUK RUMAH ENGLISH & HIDUP DI NEGARA ORANG
Dulu waktu tengok cerita Mat Salleh, aku suka tengok rumah diaorg... kini dapatlah aku merasa duduk rumah yang semuanya dilitupi karpet...& dapat jugak merasa duduk di negara 4 musim

Itulah antara yg seronok & tak seronok... ni sebagai panduan rakan2 yg akan keluar negara seperti kak Daswati, Durrani, wife Jamal dll


6 comments:

  1. muka kakak kerising macam muka cik denang kg gedong...

    asna, biasa la tuh rasa susah mula2 dan sedih, ok lagi sebab sekeluarga di sana, saya dulu sorang2 hehe..rebut peluang ni dan korek sebanyak pengalaman dan ilmu especially 'speaking'..hentam jer, ahaks!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Asna:

    Saya telahpun lalui apa yang akak rasa sekarang... sedih, sunyi, sepi, tension, depressed...dan macam2 lagilah yang buatkan kita duk terfikir yang bukan2.... Dah banyak airmata ni yg tumpah bila terkenangkan family di Malaysia...tapi kita terpaksa kuatkan semangat demi suami dan anak2...

    Kita adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah untuk merasai kehidupan di luar negara. Teringat kawan saya dulu pernah berkata "Wang ringgit boleh dicari, tapi pengalaman hidup bsama fmily di luar negara tak semua insan yang diberi peluang bgitu"

    Sepupu saya pernah menulis emel kepada saya "kadang2 terfikir...hidup kita ni tak tau panjang atau pendek...selagi kita bernyawa...selagi itulah kita patut cipta sebanyak mungkin kenangan terutama dengan keluarga kita kan?!!......."

    Seorang ustazah pernah berkata kpd saya "pengorbanan kita mengikut suami dan menemani suami di sini lebih besar ganjarannya dari harta dunia".... wang ringgit boleh dicari, masa kita bersama fmily itu yg penting kerana kita tak tahu bila kita akan dijemput Ilahi..betul tak?

    Kak.... janganlah fikir apa yang telah kita tinggalkan, sebaliknya fikirlah apa yg kita dapat yg org lain tak dapat.. pendedahan anak2 terhadap sistem persekolahan di sini, kita belajar budaya orang, lihat iklim yg berbeza dari org...

    Yg paling penting kita diberi rehat 3 tahun utk bersama kluarga..gunakanlah masa itu sebaik2nya... kerana selepas ini perjalanan kita dalan memenuhi kehendak tyuntutan kerjaya lebih utama dari mengisi masa senggang bsama fmily..

    pesanan ini juga buat diri saya yang kadangkala ada masanya juga perasaan sedih mula bertandang di dalam hati....

    Mengenai kek...ada yg halal di sini, di Albany Village... kalau akak sunyi datanglah ke rumah saya kerana pintu rumah sentiasa terbuka buat semua berkunjung (kalau pintu tutup, ketuk kuat2 sikit tau...hehe)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas segala nasihat dari Nida... Nida banyak memberi kekuatan pada akak... pengorbanan Nida meninggalkan keluarga jauh lebih besar dari akak kerana Nida anak sulung dalam keluarga... akak rasa kita banyak persamaan... tinggalkan anak untuk buat KPLI, ada adik down sindrom, bekerja di bwh JPNP, suami lecturer UMP, suami buat phD di Massey Uni, Punya 3 puteri, cuma akak tak minat bersastera...

    ReplyDelete
  4. Sama2 kak...
    Harap2 lepas ni saya dapat baby boy...barulah exactly macam akak...3 puteri 1 putera...aminnn

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Seronok di negeri orang tak sama seronoknya di negeri sendiri. Tetapi nak tau betapa bagusnya dan kualitinya hidup di Malaysia, kita kena merasa hidup di negeri orang... barulah kita akan dapat merasai hebatnya MALAYSIA.

    apa-apa pun... walau di mana kita berada... setiap masa... Allah jangan dilupa.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Pengalaman hidup di perantauan buat kita lebih membuka mata segala kelebihan dan kekurangan tu bukan satu keburukan.....semuanya kurniaan Allah.

    sekadar berkongsi pengalaman

    ReplyDelete