Thursday, October 29, 2009

Kenali Jiran2 Kami

Di sekitar rumah kami ada 4 rumah yang berhadapan antara satu sama lain... selain dari rumah kami ialah 1) Rumah Paul, isteri, anak (14 bulan)...dua2 cikgu PJ...org NZ  2) Rumah Sabrina (kwn Najwa) ada mak, ayah, abg serta nenek dia...asal Venezuela  3) Rumah Atok, umur dalam 60an...duduk sorang2...asal UK

Semua jiran2 kami ramah & rapat dengan kami...cuma aku je masih tak berapa confident nak sembang...tapi Nan & anak2 selalu borak2 dengan diaorg...Kenali jiran Kami 

1) Paul & anaknya Shone...anaknya suka betul kawan dengan Wafa & Min

2) Atok...nama Derek..sangat ambil berat pasal anak2 kami...selalu pesan macam2

3) Sabrina selalu pergi & balik sekolah dengan Najwa & Arif...petang2 pun mereka selalu bermain bersama



Tuesday, October 27, 2009

Aksi Min di Glamorgan Kindergarden

Hari ni aku sempat merakamkan aksi2 Min di Sekolah... Sepatutnya Min bersekolah dari 8.45-12.45... tapi aku minta dari 8.45-11.45 saja sebab pukul 12.00 time Min & Wafa tidur..Aku baru ajar Min if cikgu tanya Whats your name? Min jawab My name is Yasmin... tadi cikgu tanya Yasmin how are you... yang kelakarnya Min still jawab My name is Yasmin... yealah tu je yang dia tahu... 

Kat sini ada 40 pelajar dan 4 cikgu...dari pemerhatian aku cikgu2 kat sini sentiasa memuji budak2nya walau pun hakikatnya yg di buat tu tah apa2... sering kedengaran kata2.. great...beautiful...dll

1) Min sedang melukis...walaupun tah apa2 yg dilukis cikgu tetap cakap...ooo beautiful, lps tu cikgu tulis nama & jemur bagi kering.

2) Min sedang menyusun lori2.. sudut ni dinamakan creative construction

3) Min sedang membuat kerja pertukangan... kat sini budak2 diberi kebebasan guna paku, kayu2 utk design binaan

4) Tengoklah sibuk betul daddy & mummy menguruskan anak2 bersarapan

5) Mrs Dala sedang mengajar Min membuat kayu hiasan menggunakan kertas terbuang

6) Min suka main kereta labi ni, Min cakap sama macam tokki punya kat kampung... rindunya dekat Tokki


Monday, October 26, 2009

Shakespear

Monday 26 Okt 2009 di NZ ni cuti sempena Hari Pekerja... Kalau kat Malaysia 1 Mei...Hari ni kami sekali lagi berjalan sakan... 6 family ikut serta... Lihatlah aksi2 kami ni...

1) Acara pertama kami adalah mengutip kerang... tak tahu nama sebenar...tapi rupanya lebih kuranglah..banyak sangat kat sini...kalau kutip dalam setengah jam sempatlah sekali rebus

 

 Acara kedua kami pula...apa lagi bila dah main air perut pun berkeroncong...so makan lah... macam2 menu ada nasi minyak, nasi putih lauk tomyam, ayam masak lemak, maggi goreng, cup cake dan banyakkkk lagi...


Acara ketiga pulak... dah penat makan kami beralih pula ke kandang biri2.. banyak betul biri2 kat sini...haaa tengoklah aksi2 anak2 kami tu...

Acara keempat pulak bergambar di frame Shakespear... kat sini mana2 tempat berkelah boleh dikatakan semua ada frame untuk buat kenang- kenangan.. patut kat Malaysia kena buat jugak ni....lihatlah aksi2 kami tu...budak- budaklah yang paling riang sekali





Saturday, October 24, 2009

Pemandangan Menarik di Long Bay




Pemandangan kat sini sangat cantik... pokok2 menghijau & sangat subur... udara pun nyaman... lebih kurang 15- 17 darjah... memang syurga dunialah... tapi Malaysia tetap di hati...



Sunday 25, Pasar Avondale, MOTAT & One Hill Tree

Pemandangan bandar Auckland
Buah-buahan banyak di jual di pasar Avondale
Gambar terakhir diabadikan lepas tu kamera habis bateri...

1) Pasar Avondale
Ala- ala pasar tani jugak...tapi 3, 4 kali lebih besar berbanding Browns Bay... macam2
bendalah ada di jual.. tapi yg kami beli kebanyakannya buah2an & sayur2an..
2) MOTAT
Ringkasan pada Museum of Transportation and Technology... Muzium tentang sejarah transport seperti keretapi, kereta, roket, motor dll... sepatutnya bayaran mahal gak... tapi sekarang ni free utk penduduk North Shore (dengan syarat bawa bukti seperti bil dll)

3) One Hill Tree
Cantik betul tempat ni... berbukit2, sebelum sampai ke puncak kita boleh nampak banyak biri2 berkeliaran di sana sini... bila sampai di puncak boleh nampak bandaraya Auckland... cantikkkk tapi sayang kami tak dapat merakamkan keindahannya sebab kamera habis bateri... kalau nak lihat gambar2 mungkin boleh tengok kat blog nida... radinsah.blogspot... dia rajin ambik gambar & update blog

Saturday 24, Long Bay

Bargambar di Long Bay
Anak2 tak tahu dah ke mana pegi so bila lagi nak berposing macam ni

Antara menu2 picnic hari ni mee goreng, nasi lauk tomyam & ayam goreng, popia, samosa & buah2an


Hari ini kami sekali lagi ke Long Bay... Kali ni berpicnic dengan keluarga Hanafiah... Hari ni cuaca panas & tak hujan so ramai sangat orang berpicnic... macam2 ragam yang kita boleh tengok & ada sesetengahnya memang kena sensor...

Friday, October 23, 2009

Mendaftar Min Ke Glamorgan Kinderganden

Bergambar depan pintu masuk ke Glamorgan Kindergarden
Ni Sudut untuk main- main pondok...siap ada kabinet dapur, meja makan, katil, baby, tempat masak dll... tengok Min dan Wafa tu, sampai tak nak balik

Haa!!! ni lah tadika Yasmin nanti... sekarang ni diaorang tengah break... makanan bawak sendiri sebab takut tak halal

Sebelum solat Jumaat kami sempat mendaftar Yasmin ke Glamorgan Kindergarden yang terletak di sebelah belakang Glamorgan School (dalam 800m dari rumah)... Tadika ni ada 40 orang murid dan 4 orang guru. Ratio 1 guru : 10 murid... Tadika ni sangat besar dan cantik... ada ruang untuk main pondok2, main anak2, main pasir, bertukang, ruang untuk lego, taman dan macam2 lagi... Umur macam Yasmin layak dapat percuma 20 jam seminggu iaitu dalam 4 jam sehari... 8.45-12.45... yang bestnya parent boleh tunggu... dan cikgu tadika tu cakap aku boleh tunggu lama mana yang aku nak... Hai lepas ni bolehlah aku belajar speaking dengan budak2 tadika... okey sikit... tak le gabra sangat...Sekarang Yasmin masih dalam waiting list lagi...diaorg akan call bila dah boleh masuk...

Wednesday, October 21, 2009

Lain cerita dan gambar

Yessss!!! akhirnya aku berjaya membuat pizza... tapi anak2 komplen kenapa rasanya tak sesedap pizza kat pizza hut... Ni baru sekali cuba... lepas ni boleh improve lagi

Peraturan kat sini naik kereta tak boleh beriba... nanti kena saman on the spot kena bayar $500...tengoklah Wafa tu.. tak delah nak riba- riba... okey gak bolehlah releks sikit mamanya... tak le kebas kaki macam dulu


Tengoklah rumah kat NZ ni... pelik sikit designnya.. lain dengan Malaysia... ni bergambar di rumah Jun... keluarga yang paling baru di sini... 2 minggu lepas kami




Dah 2 Hari Tak Update

Inilah memandangan yang selalu aku hayati sepanjang hari... dari rumah aku boleh nampak kapal layar, bot2 kecil... masa ni lah aku mula terkenangkan keluarga di kampung
Sempat berposing lepas sidai kain... gambar ni Yasmin yang tolong ambilkan... ni pemandangan belakang rumah aku...Ingat nak bercucuk tanam jugak lepas ni...
Haaa ni komputer baru beli semalam... CPU, Monitor, speaker & printer harga $350... lap top tu aku punya...so tak delah anak-anak nak kacau...bukannya apa beli yang baru...anak2 suka sangat pakai lap top utk main game... so sebelum rosak, baik le beli satu yg murah2 kat diaorg... Nan pulak dah dapat satu komputer kat Uni.

Dah dua hari aku tak update blog... sekarang ni sedang create blog Najwa... sibuk betul dia nak blog dia sendiri... alamatnya puterinajwa.blogspot...weekdays memang memboringkan bagi aku sebab macam biasalah aku ditinggalkan bersama dua puteriku...masa inilah aku mengemas rumah, memasak, menyidai kain dan bersama2 komputer (blog, chatting, facebook, kadang2 tgk harga flight)....Hasil yg aku surviey if direct naik MAS dari Auckland dalam RM23,000 jugak satu family pergi balik... If nak murah naik Jet star dari Auckland ke Melbourne, then Melbourne ke KL & KL ke KT naik Air Asia (dalam RM15,000 pergi balik)...Ke ada cara lain lebih murah... If sapa2 yang tahu tolong bagitau yea!!!!

Monday, October 19, 2009

Bunga Berkembang Mekar

4 cahayamataku sedang berposing di hadapan rumah...Arif dah agak okey sikit ke sekolah cuma waktu nak pergi je liat sikit sebab sejuk nak mandi... Kesian diaorg terpaksa survive kat sekolah tu... hari2 tanya meaning perkataan BM ke English...yea lah nak buat bekal esok nak cakap kat sekolah...Najwa okey sikit... sebab dia memang rajin speaking dengan papanya...cuma mama je yang penakut & pemalu nak speaking
Ni rumput kat depan rumah... rumputpun tumbuh bunga...mungkin sebab musim bunga kot
Dua puteri berposing di hadapan bunga yang berkembang mekar... Ni sedang tunggu kakak & abang kat sekolah

Sekarang ni di mana- mana kelihatan bunga berkembang mekar...tadi sewaktu ambil Kakak & Abang kat sekolah sempatlah menyaksikan cantiknya bunga- bunga yang sedang berkembang mekar

Jom Keluarkan Peluh

Min sedang exercise panjat memanjat... kat Glamorgan School ni ada 4 taman & kebanyakkannya dibuat dgn kayu... sebelah Min main tu ada kolam...setiap kelas diwajibkan masuk aktiviti berenang
Arif sedang berlatih bola sepak dgn papanya... jenuh main bola tapi tak keluar peluh jugak...
Kakak sedang berlatih shoot bola jaring... belakang tu lah kolam renang

Petang semalam kami sekeluarga bersukan di padang Glamorgan School... Kita boleh masuk bila2 masa je kat sekolah tak macam Malaysia... nanti tak pasal kena kejar dengan Pak Guarde.... Antara aktiviti praktis bola sepak, jaring gol bola jaring, jogging, tengok org main wau, main di taman dll

Sunday, October 18, 2009

Minggu ketiga

Yea!!! hari ini aku berjaya masak kari kepala ikan merah, sayur campur & macam biasalah telur dadar... Setakat ni masak pakai dapur letrik, ingat lepas ni nak cari dapur gas sbb takut bil letrik melambung nanti.

Hari ni dah nak masuk 3 minggu kami kat sini... aku baca massage dari kawan2 di Lepar... tak sangka lepas sebulan aku meninggalkan SMK Lepar, cikgu2 kat sini mula explore blog & facebook... lepas aku pergi barulah aku berjaya memainkan peranan aku sebagai guru IT nampaknya... sepanjang 6 tahun aku kat sana tak de lah berjaya sangat... Alhamdulillah... Terima Kasih yang tak terhingga di atas sokongan kalian semua esp Kak Das, Kak Ila, Ina, Lim & Norul...

Lepas ni bolehlah explore ooVoo pulak... melalui ooVoo ni kita boleh ber"tele conference" cakap secara berdepan tapi dgn syarat komputer mesti ada web cam & mic... Now tiap2 malam kami berooVoo dengan family kat kampung... tu lah dia... dekat tapi jauh... nampak di mata setiap hari tapi hakikatnya jauh beribu2 batu...

Ni pukul 1.30pm (hari Isnin)... tadi azan baru berkumandang melalui komputer...kejap lagi Arif & Najwa akan balik...

Aktiviti Harian

Wafa sedang menyapu... haa penyapu kat sini lain sikit sebab rumah kami semuanya carpet... pakai penyapu ni jimat sikit sbb tak payah guna letrik... tu lah rumahku.. sebelah meja makan tu ada bar kaunter & sebelahnya lagi dapur.
Min & Arif sedang menikmati nasi lemak sambil bersantai di beranda (deck)... kerusi tu penyewa lama yang bagi.
Ni lah stok barang2 kering (tak masuk yang basah lagi kat peti ais)... yealah 100 % masak... anak2 pulak kuat betul makan... tapi maknye macam biasalah tetap susah nak makan macam dulu.

Aktiviti Hujung Minggu

Antara menu hari ini ialah Nasi Beriani, Popia, macam2 jenis kek, ais kerim, kuih kasui dan banyak lagi...

Seronok bila berjumpa kawan2 yang sebangsa & seagama.... tu tengah main sorok2

Happy Birthday buat Humaira (3 dari kiri) dan Anis (2 dari kanan)

Hari Sabtu (lepas zohor) satu perjumpaan diadakan... antara family yang ada di sekitar North Shore ni ialah
1) Azwan & Liza (anak 5 tahun)
2) Abg Hisham & K. Leela (5 anak, 2 dah masuk uni, 14 thn, 11 thn & 8 thn)
3) Suhaimi & Asiah (4 Anak, Ashraf 7, Humaira 5, Daniel 4 & Sara sebulan)
4) Zack & Biha (2 anak, Zahim 5, Zafran 2)
5) Hanafiah & Nida (Mizah 8, Azi 6 & Anis 3)
6) Nihra & Azlina (Aqem 2)
7) Jun & Suami
8) Lornie & Isteri
9) Abg Azhar (dia Ketua Jabatan kat Massey, dah hampir 9 thn tinggal kat sini & org Ganu Kite)
10 ) Kami sekeluarga
11) Dina & Suami (anak sebulan)
12) Pelajar under graduate ada dalam 3 @ 4 org

Tulah keluarga kami kat sini... kami selalu gak jumpa... macam adik beradik... kat Auckland ada beratus gak... ni kat North Shore sahaja... if nak tengok detail buka laman web MAPSA NZ

Browns Bay

Lepas ke sunday market releks kejap kat taman.... budak2lah yg seronok... tapi aku tak berapa suka sebab bila datang angin sejukkkkkknya sampai ke tulang
Najwa, Arif & Yasmin sedang leka bermain.... depan tu laut
Bergambar depan sunday market... nampak je panas tapi sejuk tak terhingga

Browns Bay tak jauh dari rumah kami (dlm 4 @ 5 km)... kami ke sini setiap pagi Ahad untuk membeli buah dan sayur... sebab kat sini sangat murah... limau, apple, pisang, timun dll dalam $ 1.00 , 1 kg ... yealah kat sini kami kena banyak berjimat sebab elaun sikit je... kalau bawa gaji Malaysia masuk sini rugi sebab setiap RM250 bila tukar duit sini dapat $100 je... tapi if terpaksa guna jugak...