Kusangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengahari
baru empat bulan kami datang
kini terpaksa berundur diri
Begitulah suratan hidup kami...baru 4 bulan kami berada di Auckland...tiba2 pada bulan 12 yang lepas kami menerima satu berita yang agak mengejutkan iaitu supervisor suami berpindah ke Universiti Waikato di Hamilton (jarak lebih kurang 2 jam dari sini)...sepatutnya co supervisor yang mengambil alih sebagai main supervisor...tapi tah macammana dia tak sanggup atas pelbagai alasan & tak ada sorang pun yg boleh jadi ganti maka University Massey dengan suka citanya melepaskan suami pergi....
Maka bermulalah proses suami mengisi beberapa dokumen yang diperlukan...dan Alhamdulillah minggu lepas universiti suami membenarkan dia berpindah ke University Waikato...sekarang ni masih dalam proses menunggu beberapa urusan di peringkat KPT (Kem Pelajaran Tinggi)...terutama yang berkaitan dengan perjanjian...harap semua berjalan lancar...InsyaAllah...
Peta antara Auckland ke Waikato...ambil dari blog
Cik Piah
Semalam kami pun berjalanlah ke Waikato sebab kami dikhabarkan ada seorang kakak ni dia dah habis belajar...cuma menunggu viva...dia akan pulang pada 21 Mac ini...kalau macam tu just nicelah sebab rumah kami kat sini pun tamat kontrak pada 2 April...hasil tinjauan kami pada rumah K.Rose tu...kami berkenan yang amat sangatlah kat rumah tu sebab....
1) Jarak rumah tu dengan Universiti, Sekolah Rendah & Kindigarten semua jarak jalan kaki...jadi dah jimat petrol kat situ.
2) Rumah ni ada 4 bilik...sesuailah dengan kami yg anak ramai ni & kalau ada kawan2 @ keluarga datang...selesalah...ikutkan kami nak rumah dua bilik je...tapi oleh krn kami ada 4 anak...undang2 di sini hanya membenarkan rumah yg ada 3 bilik @ lbh sahaja.
3) Sewa rumah ni agak murah...dalam $300 seminggu berbanding dengan rumah sekarang $360 ...sama dengan rumah 3 bilik.
4) Tuan rumah ni orang Malaysia (Cina)...dia sangat rapat dengan orang Melayu...katanya dia ada 11 buah rumah di sini.
5) Halaman rumah sangat luas...bahagian depan boleh memuatkan dalam 6 buah kereta dan bahagian belakang pun luas.
6) Kawasan kat sini mendatar & tidak berbukit2...senang sikit aku nak bawak kereta @ basikal nanti.
7) Rumah kami tak jauh dengan rumah En Azmi (kwn June yang pernah kami pergi dulu)...rumah dia seberang jalan je...dan En Azmi tu ada 5 anak yang dah besar2...jadi tak adalah sunyi sangat kami nanti...
8) Bahagian dalam rumah ni pulak cukup luas & cantik.
Kami masih lagi dalam peringkat perbincangan... InsyaAllah ada rezeki dapatlah kami menghuni di rumah ini...kalau tak tak tahulah lagi macammana...
Jalanraya sebelum masuk ke kawasan rumah Bahagian hadapan rumah Rumah dari pintu depan...yang baju pink tu Kak Rose Rumah dari pintu belakang Ruang tamu...pemanas tu gas heater Ni antara ruang tamu ke bahagian dapur Bahagian dapur agak luas dan selesa Bhg kanan Wafa tu ada 4 bilik dan bhg kiri ruang tamu Ada 3 pintu kat sini...bilik mandi, tandas & laundry + tandas Ni bilik mandi...ada bathtab Pokok daun kesum yang cukup subur & daunnya pun besar2 Sebelum balik K.Rose sempat berpesan supaya menjaga bunga rosnya baik2 Ni hasil tulisan suami pula...
Setelah direnung renung, macam macam cabaran kami tempuhi untuk sampai ke bumi NZ ini, dari kesukaran mendapatkan biasiswa, cabaran menyiapkan Visa, cabaran untuk mendapatkan rumah yang kami mampu dibayar di Auckland ni, cabaran untuk lepas pendaftaran sebagai pelajar Phd, anak anak dan cabaran mereka di sekolah, Min dan tadika baru, supervisor berpindah universiti dan yang paling kuat sekali cabaran untuk meneruskan hidup dalam suasana yang sangat perlu berjimat kerana kewangan yang sedikit dan terbatas serta tukaran matawang yang tidak memberikan nilai yang besar pada ringgit berbanding Dollar NZ, semuanya harapnya hanyalah pada permulaan dan selepas ini episod di Waikato pula,tak tahulah macammana tapi harapnya segalanya berjalan dengan lancar.
Tapi tak mengapalah, pengalaman ini setidak tidaknya akan mematangkan kami untuk lebih cekal pada masa depan. Semoga Allah memberkati kehidupan kami di sini, InsyaAllah, semua ini untuk mencari ilmu demi untuk membina bangsa di tanahair tercinta jua ..