Aku masih ingat lirik lagu masa aku kecil2 dulu...tak pasti siapa penyanyinya tapi dari Indonesia...lagu ni dah lama...mungkin awal 80an dulu...antara lirik- liriknya...
Bulan yang bersinar berilah salamku
Bintang yang bercahya bawalah rinduku
Angin yang berhembus katakan padanya
Rinduku tiada yang tahu...rinduku tiada yang tahu
Katakan padanya sayang...rinduku tiada yang tahu
oooo rinduku....
Tak tahulah kenapa dua tiga hari ni aku teringat benar kat kampung halaman...mungkin kerana aku dah mula rasa kesunyian kerana anak2 dah mula bersekolah...atau mungkin kerana dua hari lepas aku bermimpi suatu yang sangat aku takuti berlaku...mimpi tu benar2 mengganggu aku...walaupun hanya mimpi tapi aku takut benar kalau ia menjadi kenyataan...
Walaupun hampir setiap hari aku dapat beroovoo dengan keluarga di kampung & dapat melihat mereka secara maya...tapi hakikatnya kami terlalu jauh dengan mereka...
Aku amat merindui rutin kami setiap kali pulang ke kampung...pagi sarapan di beranda bawah sambil berborak dengan Ma & Pok dan baca surat khabar...lepas tu ke rumah Mak Mertua...kadang2 bawa dia berjalan & membeli keperluannya...@ kadang2 masuk kebun...kutip rambutan, durian, duku, langsat, buah salak dll...kemudian lepas asar kami ke pantai Tok Jembal...makan keropok lekor, goreng pisang, ikan, udang & sotong celuk tepung...lepas tu sembahyang maghrib di rumah Abang Long & makan malam di sana...rindunya aku saat2 tu....
Sekarang aku cuba jugak menjengok harga tiket...boleh tahan jugak mahalnya...tambah pulak dengan bilangan kami yang ramai ni...Sekarang ni kami perlu berjimat cermat...perlu kumpul duit...InsyaAllah ada rezeki aku benar2 berharap agar dapat menjejak kaki ke kampung halaman pada penghujung tahun 2010 ini...
Moga Allah merahmati dan memanjangkan umur orang2 yang sangat kami sayangi...kami ingin sangat bertemu dengan mereka...Bila dah berjauhan begini barulah aku benar2 faham erti sebuah kerinduan...
Gambar di hadapan rumah Che' (Mak Nan) di Manir...Bila balik rumah Che' kami suka berkumpul atas tangga ni sambil minum teh 0 dan goreng pisang...kat sini tak ada goreng pisang sebab tak jumpa lagi pisang yang sesuai untuk digoreng...
Beranda tempat kami sering berkumpul, sarapan, minum petang, baca surat khabar, tempat berbuka puasa, sahur...kebanyakan semua aktiviti berlaku di sini...tempat yang sangat aku rindu...
Halaman rumahku...Abang, Yasmin dan Loqman sedang main pasir di halaman rumah...Keluargaku tersayang...aku ada 3 abang, 3 kakak ipar, 1 adik perempuan, 3 adik lelaki & 8 orang anak saudara...Wajah yang sangat aku rindui...dulu setiap kali cuti sekolah Pok pasti telefon & tanya bila nak balik...sabarlah Pok InsyaAllah ada rezeki kami akan pulang...
sabar ye kak..adat jadi anak rantau macam tu la. suami nadiah pun rancang nak balik malaysia sekurang2nya sekali tapi tak tau bila. ada rezeki, dapatlah kami balik. kalau tak, kena tunggu sampai dia habis belajar la :(
ReplyDeleteTerima kasih Nadiah...tak tahulah dua tiga hari ni asyik mimpi kampung je...mudah2an dimurahkan rezeki...InsyaAllah
ReplyDelete13th february ni ada travel fair dkt ASB Showground. Tgk2 la kot ada ticket murah.
ReplyDeleteTQ Akmal atas info tu...nanti akak call Akmal yea
ReplyDeleteSalam...sabar jelah kak nur...kitaorg pon sma kat msia ni teringat2 sb tu lah selalu menatap blog ni..alwayz je tgu ape2 berita terbaru kat sana..ee..betul ke nk blk hujung thn ni..
ReplyDeleteTo Gee
ReplyDeleteTu lah selalu cari masa & cerita untuk update blog ni...InsyaAllah...tu tengah berjimat cermat ni...kalau cukup duit buat tambang dapatlah kami balik