Saturday, February 6, 2010

Kusangka panas hingga ke petang

Kusangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengahari
baru empat bulan kami datang
kini terpaksa berundur diri

Begitulah suratan hidup kami...baru 4 bulan kami berada di Auckland...tiba2 pada bulan 12 yang lepas kami menerima satu berita yang agak mengejutkan iaitu supervisor suami berpindah ke Universiti Waikato di Hamilton (jarak lebih kurang 2 jam dari sini)...sepatutnya co supervisor yang mengambil alih sebagai main supervisor...tapi tah macammana dia tak sanggup atas pelbagai alasan & tak ada sorang pun yg boleh jadi ganti maka University Massey dengan suka citanya melepaskan suami pergi....

Maka bermulalah proses suami mengisi beberapa dokumen yang diperlukan...dan Alhamdulillah minggu lepas universiti suami membenarkan dia berpindah ke University Waikato...sekarang ni masih dalam proses menunggu beberapa urusan di peringkat KPT (Kem Pelajaran Tinggi)...terutama yang berkaitan dengan perjanjian...harap semua berjalan lancar...InsyaAllah...

            Peta antara Auckland ke Waikato...ambil dari blog Cik Piah

Semalam kami pun berjalanlah ke Waikato sebab kami dikhabarkan ada seorang kakak ni dia dah habis belajar...cuma menunggu viva...dia akan pulang pada 21 Mac ini...kalau macam tu just nicelah sebab rumah kami kat sini pun tamat kontrak pada 2 April...hasil tinjauan kami pada rumah K.Rose tu...kami berkenan yang amat sangatlah kat rumah tu sebab....

1) Jarak rumah tu dengan Universiti, Sekolah Rendah & Kindigarten semua jarak jalan kaki...jadi dah jimat petrol kat situ.
2) Rumah ni ada 4 bilik...sesuailah dengan kami yg anak ramai ni & kalau ada kawan2 @ keluarga datang...selesalah...ikutkan kami nak rumah dua bilik je...tapi oleh krn kami ada 4 anak...undang2 di sini hanya membenarkan rumah yg ada 3 bilik @ lbh sahaja.
3) Sewa rumah ni agak murah...dalam $300 seminggu berbanding dengan rumah sekarang $360 ...sama dengan rumah 3 bilik.
4) Tuan rumah ni orang Malaysia (Cina)...dia sangat rapat dengan orang Melayu...katanya dia ada 11 buah rumah di sini.
5) Halaman rumah sangat luas...bahagian depan boleh memuatkan dalam 6 buah kereta dan bahagian belakang pun luas.
6) Kawasan kat sini mendatar & tidak berbukit2...senang sikit aku nak bawak kereta @ basikal nanti.
7) Rumah kami tak jauh dengan rumah En Azmi (kwn June yang pernah kami pergi dulu)...rumah dia seberang jalan je...dan En Azmi tu ada 5 anak yang dah besar2...jadi tak adalah sunyi sangat kami nanti...
8) Bahagian dalam rumah ni pulak cukup luas & cantik.

Kami masih lagi dalam peringkat perbincangan... InsyaAllah ada rezeki dapatlah kami menghuni di rumah ini...kalau tak tak tahulah lagi macammana...

                                  Jalanraya sebelum masuk ke kawasan rumah
                                 Bahagian hadapan rumah
                     Rumah dari pintu depan...yang baju pink tu Kak Rose 
                                   Rumah dari pintu belakang                                     Ruang tamu...pemanas tu gas heater                      Ni antara ruang tamu ke bahagian dapur                            Bahagian dapur agak luas dan selesa
                   Bhg kanan Wafa tu ada 4 bilik dan bhg kiri ruang tamu
           Ada 3 pintu kat sini...bilik mandi, tandas & laundry + tandas                                               Ni bilik mandi...ada bathtab
   Pokok daun kesum yang cukup subur & daunnya pun besar2 Sebelum balik K.Rose sempat berpesan supaya menjaga bunga rosnya baik2
Ni hasil tulisan suami pula...

Setelah direnung renung, macam macam cabaran kami tempuhi untuk sampai ke bumi NZ ini, dari kesukaran  mendapatkan biasiswa, cabaran menyiapkan Visa, cabaran untuk mendapatkan rumah yang kami mampu dibayar di Auckland ni, cabaran untuk lepas pendaftaran sebagai pelajar Phd, anak anak dan cabaran mereka di sekolah, Min dan tadika baru, supervisor berpindah universiti dan yang paling kuat sekali cabaran untuk meneruskan hidup dalam suasana yang sangat perlu berjimat kerana kewangan yang sedikit dan terbatas serta tukaran matawang yang tidak memberikan nilai yang besar pada ringgit berbanding Dollar NZ, semuanya harapnya hanyalah pada permulaan dan selepas ini episod di Waikato pula,tak tahulah macammana tapi harapnya segalanya berjalan dengan lancar.

Tapi tak mengapalah, pengalaman ini setidak tidaknya akan mematangkan kami untuk lebih cekal pada masa depan. Semoga Allah memberkati kehidupan kami di sini, InsyaAllah, semua ini untuk mencari ilmu demi untuk membina bangsa  di tanahair tercinta jua ..

Blog student Malaysia di Waikato...klik di sini

18 comments:

  1. besar juga ye rumah tu kak. insyaAllah ada la hikmahnya tu berpindah. mudah2an urusan akak sekeluarga lepas ni dipermudahkan..

    akak..saya ada kenal sorang blogger yg duduk di hamilton tu tapi dia pun dah nak balik malaysia tak lama lagi. kot2 la akak nak contact dia..ni blog dia: http://nuradyanirosly.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. To Nadiah

    Alhamdulillah...memang asalnya suami nak ke Uni Waikato ni...tapi tak dpt sebab tak ada supervisor...tapi tak sampai 4 bln kat sini dpt ke Waikato semula...rasa sayang jugak nak tinggalkan Auckland sebab dah rapat sgt dgn diaorg..esp Nida...
    t.kasihlah nanti akak cuba bukak blog dia...

    ReplyDelete
  3. sy pun berkenan tengok rumah tu kak!! besar dan lawa!! bestlah!!insyallah akak, Allah permudahkan segala urusan sehingga selesai!!

    ReplyDelete
  4. Jom Ina ajak Nihra pindah Waikato lak...kalau tak pindah pun tak pe jugak...satu bilik hujung tu bolehlah bagi Nihra.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Nang & Asna,

    Thanks for the blog.. cantik umah hangpa.. best nye.. tp 1200 per month.. perkhh... bule tahan cost of living nye.

    Kalau ada rezeki, InsyaAllah kami akan sampai sana dlm 3rd-4th quarter this yr.

    Take care & Usaha & Tawakkal sebaiknya kpd Allah.

    Wslm

    ZIKRI & K.CHAQ (AZAH)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, K.Asna,kalau Richard (tuan rumah) tu nak naikkan sewa, minta la dia pertimbangkan supaya kekalkan harga sewa skrg. Dia mmg suka org malaysia duk umah sewanya sbb bersih dan terjaga.Nuradyani (Nur) akan blk M'sia April ni.Walau apa pun yg telah berlaku sepjg perjln K.Asna sekeluarga ke bumi NZ ni,yakinlah bahawa perancangan Allah itu lebih sempurna dan yg terbaik utk Adnan, K.Asna dan family. Saya doakan semua urusan di Hamilton ni dimudahkan hingga akhirnya.

    ReplyDelete
  7. salam K.Asna,
    bila akk sekeluarga akan pindah masuk ke rumah K.Ros? Kami ni kira jiran K.Ros sbb mmg rumah kami tak jauh dr rumah tu. Insyaallah kami akan duduk sini lg sampai hjg April. Kami ni belum beli tiket lg jd belum confirm betul2 tarikh nak balik tu.

    ReplyDelete
  8. To Zikri & K.Cha',
    Kami sedia menunggu kedtgan kalian..kalau kebetulan winter blh main salji kat ruapehu...kamipun belum pergi lagi

    ReplyDelete
  9. To......,
    Harapnya Richard dpt pertimbangkan ttg sewa tu sebab kami ni anak ramai & tak kerja pulak tu...memang paras hidunglah tiap2 bulan...InsyaAllah harapnya segala urusan lepas ni akan berjalan lancar

    ReplyDelete
  10. To Adyani,
    InsyaAllah kalau masuk awal bulan April kot sbb kontrak rumah kat auckland ni tamat pada awal April...harap dapatlah masuk rumah K.Ros tu sbb dah berkenan benor...Dah nak balik M'sia...tahniah...harap sempatlah jumpa nanti sebelum balik M'sia

    ReplyDelete
  11. Salam Asna,
    sedih pula dengar cerita tentang ku sangka panas hingga ke petang tu...kami smua kt sini sentiasa doakn na sekeluarga sentiasa sihat.teringt pula kenangan kita kt kuarters SMKL dulu...

    ReplyDelete
  12. salam Abg Mie & K.Lin...
    Memang akhir2 ni saya asyik teringat kat anis, alia & ayip...esp bila tengok gambar2 diaorg...teringat masa diaorg nak gi sekolah, fardu ain, mancing, main bola dll

    ReplyDelete
  13. nanti abg mi and kak lin n famili datanglah jenguk kami kat sini, boleh jalan2 sini waktu kami ada sini.. Nan

    ReplyDelete
  14. salam...ape khabar semua?
    e-lah hrp sihat2 aje semuanye...
    sorry coz dh lma x bkak blog nie...
    bad of shedule management n laptop bt hal kjap sbnrnye.

    ReplyDelete
  15. x sangka plk dlm ms skjap aje kamu semua dh pindah tmpt plk...

    rindunye e-lah kat kakak,abg arif,min,wafa n semua la 1family.

    ReplyDelete
  16. salam,cikgu pe kabo?,saya baru pas buat blog.tapi,klau search kt internet x dapat.saya wat blog 2 sbb nk masuk contest wat blog.content masih kurang.satu ag,lupe nk ckp,soryla cikgu,math saye 'c'xde rezeki.

    ReplyDelete
  17. saya sihat...search kat Internet tak dapat?...may be sebab blog tu belum aktif kot..@ belum banyak benda yg ditulis...apa alamat blog?...pasal result maths tu...tak apalah...masih belum terlambat..SPM tahun depan buat elok2...tapi kena mula belajar dr skrg...Sy rindu dgn pelajar 3A thn lepas...rasa best sgt masuk kelas kalian...tp skrg may be ramai yg dah tinggalkan Leparkan

    ReplyDelete
  18. Thank You and I have a neat present: How Much Renovate House complete home remodeling

    ReplyDelete