Tuesday, August 24, 2010

Kenalanku...Nicky Moran

Hari ni sy nak berkongsi cerita tentang jiran @ kenalan sy, Nicky Moran...Nicky Moran ni ialah ibu kepada Sam (Classmate Najwa) dan Lian (Classmate Arif)...dia jadi rapat dgn saya sebab rumah sy ni terletak tengah2 antara rumah dia dan sekolah...dia selalu hantar & ambik anak dia jalan kaki...jadi dia selalu singgah rumah saya...

Nicky Moran ni seorang jururawat, pemuzik & penyanyi di gereja...lagu gubahannya kebanyakannya berunsurkan ketuhanan...saya rasa mungkin dia ada tujuan tertentu singgah kat rumah saya...tapi tak tahulah...saya suka jugak bila dapat bercakap dengan dia...bukan apa dapatlah improve sikit bahasa Inggeris saya yg tunggang langgang ni...

Al kisahnya satu hari Nicky tanya...kenapa sy letak meja makan kat ruang tamu...sy cakaplah sbb kami bangun sahur...jadi kami terpaksa letak meja makan dekat dgn heater...bla bla bla...

Lama2 perbincangan jadi makin hangat...habis dia tanya kenapa org Islam kena puasa, tutup aurat, macammana solat, macammana nak solat kalau sakit, tak menyusahkan ke, apa kita dapat bila baca quran, kena baca satu quran ke sehari, pasal poligami, hak isteri yg dipoligami dan macam2...

Kalaulah sy boleh bercakap dlm bahasa Melayu banyak yg saya boleh explain pada Nicky (yealah 5 thn sy sekolah agama & degree pulak bidang Syariah)...tapi masalahnya camnolah sy nak explain...banyak yg tersangkut sbb tak tahu vocab...kadang2 Najwa terpaksa tolong translatekan (anak sy punya English dah jauh mengalahkan sy)...sampai sy terpaksa demo macammana solat org yg sakit...he he

Nicky banyak jugak bercerita ttg ketuhanan...tak tahulah sapa dia punya tuhan...kadang peliklah diaorg ni...tak tahu sapa tuhan diaorg...tapi nampak Nicky ikhlas beragama cuma dia tidak mendapat petunjuk yg benar...dia rasa dia betul...dia jugak takut ke mana dia akan dihantar sesudah mati...

Macammana saya nak terangkan pada dia???...saya cuma mampu berdoa semoga Allah memberikan dia petunjuk dan mendapat hidayah dariNya...

Nicky Moran
Najwa & Sam buat jualan air lemonade
Arif & Lian
Najwa & Sam
di hadapan rumah kami

Monday, August 23, 2010

Blog masakan pulak...

Bulan ramadhan ni saya selalu mencuba pelbagai masakan...tapi bila nak buat semula dah tak tahu letak kat mana resepi tu ( nak print, printer kami dah lama habis ink)...jadi saya buat blog ni supaya resepi2 saya tu tak hilang...ada tersimpan dalam blog ni...lagipun dapatlah saya berkongsi pelbagai hidangan dgn rakan diluar sana...

Nak tengok blog saya tu...klik di sini...tapi belum touch up lagi...


Sunday, August 15, 2010

Tentang dia...

Tentang dia?...Dia yang saya maksudkan ialah keluarga kami...Suami & anak2...


1) Papa dan proposal

Sekrg ni suami begitu sibuk dgn proposal...byk perubahan demi perubahan kena buat...smlm kena tambah lagi 8 pages benda yg dia langsung tak tahu...masa yg diberikan cuma 2 hari...nak baca lagi...nak karang lagi...nampak dia betul2 tension...tak keruan dan buntu...sy pun turut naik tension...macam sy pulak yg buat PhD...aduh!!!

Skrg ni kami jarang jumpa...pagi2 lagi dah ke uni...balik buka puasa kejap (kdg2 tak sempat buka) then terus pergi kerja...balik kerja kdg2 ke uni semula sampai 1 pagi...kesiannya tengok...tapi nak tolong pun tak tahu...sy cuma mampu berdoa & berdoa agar semuanya berjalan lancar & semoga segalanya dipermudahkan Allah...blog ni pun dah lama bersawang...sbb tuannya terlalu sibuk...

2) Kakak dan lemonade

Kakak ni pulak sibuk nak cari duit poket sendiri (mungkin sebab kalau nak beli barang asyik tak dapat je)...minggu lepas kakak & best friendnya Sam, berkongsi jual air lemonade...nak tahu lebih lanjut??? baca blog kakak.

3) Abang dan Bola

Abang ni pulak tengah semangat main bola...dia tengah berangan nak dapatkan best player utk game kali ni...setakat ni dlm team Abang (Knighton Cougars) rasanya Abanglah paling hebat...ehem...nak tahu result perlawanan??? baca blog Abang

4) Min dan Kindi

Alhamdulillah Min dah agak berminat nak ke kindi...tak payah berpujuk2 macam dulu...pagi2 dah mandi...agaknya dah mula kenal cikgu2 & kawan2...nak tengok kindi Min??? baca blog Min

5) Adik dan Mama

Bila time orang semua ke sekolah...adiklah peneman setia mama...sejak papa sibuk ni semua kami buat sendiri...pergi beli barang kat Pak n Save, Thai Shop & kedai daging, dry kain, hantar & ambik Min ke kindi, bersih rumah dll....nak tengok aktiviti adik??? sorry blog adik belum ada
6) Mama dan menghitung hari

Saya sekrg tgh sibuk menghitung hari...cuma tinggal 2 minggu lebih je lagi InsyaAllah kami akan pulang ke tanahair...tak sabar rasanya nak jumpa mak, ayah & adik beradik...InsyaAllah kami akan tiba jam 9 mlm (3 hari seblm raya)...sy dah blh bayangkan ketibaan kami nanti disambut dgn pelita raya & kedengaran org sedang solat terawih (sbb rmh sy sebelah masjid)...fuh meriah...cuma yg jadi tanda tanya...suami sempat tak nak menyiapkan proposal dlm masa 2 minggu lagi...kalau kami tak siap, mungkin kami pulang dulu tanpa suami...ya Allah harapnya semua berjln lancar...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan di perantauan

Alhamdulillah...esok kami (warga Islam di NZ) akan mula berpuasa (lewat sehari berbanding dgn Malaysia)...syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan pada tahun ini...

Bercakap tentang ramadhan....memang tahun ini amat berbeza dgn ramadhan pada tahun2 yg lepas...sepinya ramadhan diperantauan ni...tambahan pula suami bekerja malam ni...tak ada suasana langsung..

Teringat pulak masa berpuasa kat kuarters guru dulu (6 thn tinggal di sana)...kami semua guru2 & warga aspura dan aspuri sama2 solat berjemaah di kantin sekolah...anak2 pulak riang bermain di gelanggang sepak takraw sebelah kantin...waktu sahur pulak tak payah nak pakai alarm...cukuplah dgn bunyi kelentung kelentang tray kat dewan makan...sahur pulak kami jarang masak...just order je kat kedai hijau lepas solat terawih...sebelum berbuka pulak...round2 kampung sambil cari kuih muih & air tebu...seronoknya...

Sekarang ni nak makan apa semua kena buat sendiri...air tebu???...mana nak cari :-)

Apa2 pun semoga kedatangan ramadhan tahun ni memberi kerahmatan & keberkatan dariNya yang Esa...tak kiralah di mana kita berada....InsyaAllah

Kuarters Guru...6 tahun kami menghuni di sini...rumah bawah tu rumah kami
Kat belakang Wafa tu kantin sekolah...kat sinilah kami solat terawih...
Kuarters Guru...semuanya masih terpahat kukuh dalam ingatan

Monday, August 2, 2010

Genap 4 pusingan musim

Sekejap je dah masuk bulan Ogos...tak lama lagi winter akan berakhir dan bermula musim yang penuh dengan bunga- bungaan yang harum mewangi (musim spring)...Dulu waktu kami datang sini tengah musim Spring...so genaplah satu pusingan lengkap 4 musim sepanjang kami di sini (Spring, Summer, Autumn & Winter)

Dah lama jugak saya tak update blog ni...agaknya sebab tengah winter kot...so mood saya pun jadi beku jgk...sebeku musim winter ni...lagipun tak ada aktiviti yang menarik yang nak ditulis...tambahan pulak kamera tak berapa nak okey...kalau ambik gambar siap keluar asap lagi....emmm nak suruh beli barulah tu...

Musim winter kat sini agak sejuk jugak...kalau siang suhu dalam 10 darjah...kalau malam dalam 4 darjah....Siang pulak kasyik hujan je....banyak kain baju yang tak kering...kadang2 terpaksa pergi keringkan kat kedai dobi...melayanglah jugak dlm 2 , 3dollar...

Aktiviti hujung minggu...

Potong rumput & bersih laman rumah...
Gunting rambut...gunting rambut kat sini sangat mahal ($12 @ RM 26)...jadi terpaksalah potong sendiri...
Basuh kereta...

Friday, July 16, 2010

Anak cuti & ayah busy

Skrg musim cuti sekolah kat NZ ni (cuti 2 minggu dr 3 - 18 Julai)...fuh penat melayan karenah anak2...kejap nak itu kejap nak ini...nak berjalan2?...banyak perkara yang tak mengizinkan seperti cuaca yg terlalu sejuk (nak jalan2 pun tak de mood)...selain daripada tu duit pun tak berapa nak ada...yealah kalau berjalan semuanya duit...duit penting sgt skrg sbb tak sampai 2 bln lagi kami akan balik M'sia...yeah!!!

Dan yang paling utama kenapa kami tak blh berjalan sebab hubby terlalu sibuk sekrg...dia dalam proses menyiapkan proposal & ethic sbb by bln Sept ni semua kena settle barulah kami dapat pulang ke M'sia dgn aman dan hubby dapat memulakan kerja2 data collectionnya dgn mudah...itulah ceritanya...

Jadi utk mengelakkan kebosanan yg amat sgt...sy akan bawa anak2 ke Public Library (suami pergi uni naik basikal jadi kereta sylah yang punya)...istimewanya Public Library kat sini kita boleh pinjam seorg 20 biji buku dlm masa sebln...bayangkan keempat2 anak sy semua ada kad library...dah 80 biji buku blh pinjam)...selain daripada tu, kami juga boleh pinjam VCD...macam2 cerita yg kami dah pinjam Tarzan, Harry Potter, Princess, dan macam2 lagilah...

Kadang2 anak2 jiran dtg jugak bermain2 kat sini...so tak delah bosan sgt...dan hari ni berakhirlah cuti sekolah...Isnin depan anak2 akan mula bersekolah semula...dan nampaknya sy akan busy semula menyediakan sarapan & lunch box diaorg :-(

Depan public library...ni gambar bulan Mei dulu...tu pakai baju nipis je...skrg tak blh dah pakai macam ni...
kalau dah boring baca buku, boleh main mainan
Min memang minat tengok gambar sbb dia tak boleh baca lagi...lepas tu sibuk suruh kakak dia bacakan
tekunnya...bagus anak2 mama

Wednesday, July 7, 2010

Catatan perjalanan...Huka Fall, Ruapehu& Trout Centre

Alhamdulillah minggu lepas (Jumaat-Ahad) kami berjaya menikmati satu percutian yg amat menakjub & menerujakan...Seramai 6 family yg turut serta dalam percutian ni iaitu my family, Lornie & Bejau (bertindak sebagai ketua rombongan), Hanafiah & Nida, Syukur & June, Zack & Biha dan Abg Mie & Asiah.
Kaum bapa...Lornie, Abg Mie, Hanafiah, Zack, Syukur & my hubby
Kaum ibu...June, Me, Nida, Bejau, Biha & Asiah
Catatan perjalanan...Huka Fall, Mount Ruapehu, Taupo & Trout Centre....

Kami bertolak dalam pukul 11 pagi & bertemu dgn rakan2 dari Auckland di Cambridge...Dalam 2 jam perjalanan kami singgah di Huka Fall...emmm apa yg menariknya di Huka Fall yea?..pada saya yg menariknya ialah keunikan air terjunnya & pemandangannya yg sangat cantik...tgklah gambar2 ni...
Selepas singgah makan tengahari di Tasik Taupo...kami menyambung semula perjalanan ke Turangi dan menginap di sana...Rumah yang kami duduk tu agak besar (ada lima bilik)...kami duduk seramai 5 family...suasana sangat meriah...terasa macam balik kampung bila time hari raya...berkumpul beramai2, masak2, makan2, borak2 & kebetulan ada bola FIFA...dapat bersorak & tengok bola beramai2...
Keesokkan harinya pagi2 lagi kami bertolak ke Mount Ruapehu...tak sampai satu jam perjalanan kami dah nampak Mount Ruapehu di depan mata...takjubnya melihat kemuncak gunung yg dilitupi salji...Alhamdulillah tak lama lepas tu kami dapat menyaksikan salji di depan mata...walaupun terasa amat sejuk tapi dek kerana teruja first time jumpa salji...lupa rasa sejuk tu...dan gambar2 nilah sebagai bukti seronoknya first time tengok salji...Syukur padaMu ya Allah kerana diberi peluang dan kesempatan menyaksikan keindahan ciptaanMu...

Anak2 riang bersiap sedia untuk bermain salji di Mount Ruapehu
Semakin hampir dengan Mount Ruapehu
Alhamdulillah...first time melihat salji...
anak2 riang bermain hingga lupa rasa sejuk
Keesokkan harinya kami bertolak balik dan sebelum tu kami sempat singgah di Trout Centre...pusat ternakan ikan trout..saya tak pernah rasa ikan trout tu...tapi kata org sangat popular di sini...kalau kat Pahang tu rasanya sepopular ikan patinlah kot...
Okeylah itulah catatan perjalan selama 3 hari 2 malam sempena cuti sekolah kat NZ ni (cuti 2 minggu)...Alhamdulillah selain daripada dapat menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi...percutian ini jugak dapat mengeratkan silaturrahim antara kami dgn rakan2 di Auckland...