Monday, March 15, 2010

Malang menimpa heroku

Petang Jumaat lepas di padang Albany Primary anak tunggal lelaki kami...Abg Arif ditimpa kemalangan akibat kecuaian kami sendiri...Arif terjatuh ketika sedang bermain skateboard & kebetulan masa tu dia tidak memakai helmet...waktu tu kami baru sampai kat padang...tiba2 terdengar Arif menjerit dengan kuat...bila tengok je muka dia aku rasa nak pitam...banyak betul luka & berdarah...kami betul2 panik, kebetulan masa tu klinik dah nak tutup & kami pulak tidak membawa pasport...

Kami cuma membeli apa2 ubat yg patut & semalam kami bawa Abg Arif ke klinik...fuh mahal jugak kos perubatan kat sini...jumpa doktor saja $50 & ubat pulak $20 & masuk lain2 kat $30 ...so total semua sekali dalam $100 / RM 240...tak apalah duit boleh dicari tapi luka di muka Arif ?...alahai kesian betul anak mama...harapnya cepat sembuh

Sebenarnya ni bukan kali pertama Arif cedera macam ni...waktu dia umur setahun pernah terjatuh dalam longkang kat Sri Damansara...ada lagi parut kat dahi...lepas tu masa dia umur 3 thn pulak pernah terlanggar dinding kuarters waktu naik basikal...kena 3 jahitan kat kepala, waktu dia umur 5 thn pulak terjatuh basikal waktu nak pergi sembahyang Jumaat...habis terkopek kening...kena 3 jahitan...selang 2 minggu lepas tu terkena pulak kayu golf...masa tu dia nak ambil bola tapi sepupu dia tengah pukul bola golf...kena lagi 3 jahitan atas kepala...

Itulah dia Abang Arif...sangat lasak...hanya orang2 yang kenal dia tahulah perangai dia camne...tapi Abang Arif sangat manja dengan mama...harap kejadian ni banyak memberi pengajaran kepada arif agar lebih berhati2 lepas ni...

Ni lah dia heroku Arif Ashraf...nak tengok blog dia sila klik di sini
Ubat2 Arif...antibiotik, ubat utk mata, ubat utk dalam mulut, antiseptik, vitamin A, minyak gamat, kapas2...semua ada Mama & Auntie Nida sedang merawat ArifWajah Arif pada hari pertama accident tu
Abang Arif pada hari ke 2...waktu ni kami pergi apple picking
Arif pada hari ke 5...dah banyak improvement

5 comments:

  1. budak laki mmg lasak sikit kan. sy tak de anak lelaki lg tapi ada 5 org adik lelaki. dulu2 selalu jugak kena tolong sapu ubat utk adik2.

    ReplyDelete
  2. ya Allah..kesiannya. mesti pedih masa sapu ubat kat muka tu..

    ReplyDelete
  3. To Nur & Nadiah
    Memang meraung jugak waktu sapu ubat tu...akak jaga 3 anak perempuan lbh senang kot berbanding dgn Arif sorang ni...tapi dia tetap menghiburkan...bila dia dah masuk asrama nanti mesti teringat dgn karenah dia...

    adik beradik akak pun ramai lelaki...6 lelaki, 2 prmpuan...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Arif,moga2Arif sembuh segera.
    kalau ada minyak gamat kerim gamat ke,elok disapukan,cikgu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Masyitah...akak dah leak minyak gamat + bio oil...nampak bertambah baik

    ReplyDelete