Sunday, March 28, 2010

Tuai padi antara masak

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Tinggal 2 hari lagi kami akan menghuni di Glamorgan Drive ni...rasa berat nak tinggalkan orang2 di sini...terutamanya kawan2, persekolahan anak2, jiran2 , persekitaran di sini terutamanya pantai Long Bay, pasar Browns Bay & padang Albany Primary...

Walaupun baru 6 bulan kami mengenali antara satu sama lain tapi keakraban kami macam dah berpuluh tahun kami kenal...yea lah duduk di negara orang ni...merekalah kawan, teman dan saudara...kami tak de orang lain di sini...

Kami mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih, syukran jazilan buat semua rakan2 di sini Hanafiah & Nida sekeluarga, Zack & Biha, Syukur & June, Abg Azhar & Ila, Lornie & Bejau, Nihra & Azlina, Azwan & Liza, Abg Mie & Asiah, Ajeep & Dina, Abg Hisham & K.Lela, Iza, Aishah, Ayu, Shaza dan semua yang banyak membantu kami sekeluarga...tanpa kalian siapalah kami...

Halalkan makan & minum kami...maafkan jika ada yang terguris...kami pasti merindui kenangan ketika sama2 menghuni di bumi North Shore...doakan agar kami dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Hamilton...

Tinggal kenangan...rumah kami di Glamorgan Drive
Shawn...anak jiran yang sentiasa bermain di rumah kami...kami pasti merinduimu
Mizah, Azie, Anis, Zafran, Zahim...dll...semua dah macam anak sendiri...mereka amat rapat dengan Kakak, Abang, Min & Adik
Saat yang paling seronok...bila dapat menikmati pelbagai hidangan bersama2Padang Albany Primary...kini tinggal kenangan
Kami pasti merindu kalian
Selamat Datang...inilah rumah kami di Hamilton...Hamilton...Land of Hope...InsyaAllah

6 comments:

  1. Kak.. sedihnya baca n3 ni... berair mata ni, terima kasih ya Allah atas pertemuan ini.. Semoga tali persaudaraan antara kita terus kukuh terjalin.. terima kasih kerana menjadi akak yang baik buat kami di bumi ALbany ini... sesungguhnya ianya adalah satu yang indah mengenali diri Kak Asna.... :(

    ReplyDelete
  2. betul la nida.. tangkap sayu esp part puisi tuh.. insyaallah ada jodoh kita saling kunjungi yea.. keep in touch. (actually lama da tak buka blog, da bersawang2 gamaknya, baru mlm nih menjengah)

    ReplyDelete
  3. mmg sedih nak tinggalkan kwn2 yg kita dah kenal esp. mcm K. Asna cakap dah mcm sedara sendiri.

    ReplyDelete
  4. semoga perpindahan ini membawa banyak kebaikan kepada keluarga kak asna.. walopun hanya 6 bulan je sempat kita bermesra bersama, namun kenangan tetap terus di ingatan.. insyaAllah tak terputus.. bertemu dan berpisah itu adat dalam perantauan.. semoga kita tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih atas nasihat dan sokongan semua...InsyaAllah ada masa datanglah melawat kami di sini...kalau ada apa2 program kat sana beritahulah kami...IsnyaAllah kalau ada kelapangan kami turun ke sana

    ReplyDelete
  6. rasa insani sesama insan lebih akrab apabila ikhlas memenuhi ruang jiwa :)

    ReplyDelete