Al kisahnya kami akan keluar dari rumah sewa kami di Glamorgan Drive ni pada 2 April ni...maka agent pun iklankan lah rumah sewa kami ni kat Trade Me (pengiklanan secara online)...kalau nak tengok iklan rumah kami tu sila ..klik di sini...
Petang Rabu lepas agent telefon beritahu rumah kami akan dibuka untuk dilawati bagi sesiapa yang berminat nak sewa rumah ni...maka apalagi pada hari Khamis seharianlah kami duk mengemas rumah seperti mesin rumput & bersih halaman rumah, basuh bilik air, dapur, dinding, sawang, karpet, garaj dll
Tepat pada masa yang dijanjikan (hari Khamis, 4.30 ptg)...maka berduyun- duyunlah rombongan yang semuanya Orang Putih datang melihat rumah kami ni...habis dibukanya almari, bilik tidur, bilik air, dapur...Nan pulak terpaksa duduk kat pintu & cakap kat Orang Putih tu supaya buka kasut...tapi cakap dalam bahasa yang paling lembutlah...rasanya lebih daripada daripada 10 family jugak yang datang ...
Bagi sesiapa yang berminat mereka terus bercakap dengan agent tu & agent interviewlah lebih kurang...lepas tu mereka kena isi borang dan agent akan pilihlah siapa yang paling layak...
ni antara gambar- gambar yang sempat kami rakam...
Mereka yang datang & pergi
Agent yang baju pink tu tengah interview bagi sesiapa yang berminat...
akk pindah nanti ada bawa brg2 rumah ke? atau brg2 rumah kat sana jual dulu sblm pindah?
ReplyDelete