Friday, July 16, 2010

Anak cuti & ayah busy

Skrg musim cuti sekolah kat NZ ni (cuti 2 minggu dr 3 - 18 Julai)...fuh penat melayan karenah anak2...kejap nak itu kejap nak ini...nak berjalan2?...banyak perkara yang tak mengizinkan seperti cuaca yg terlalu sejuk (nak jalan2 pun tak de mood)...selain daripada tu duit pun tak berapa nak ada...yealah kalau berjalan semuanya duit...duit penting sgt skrg sbb tak sampai 2 bln lagi kami akan balik M'sia...yeah!!!

Dan yang paling utama kenapa kami tak blh berjalan sebab hubby terlalu sibuk sekrg...dia dalam proses menyiapkan proposal & ethic sbb by bln Sept ni semua kena settle barulah kami dapat pulang ke M'sia dgn aman dan hubby dapat memulakan kerja2 data collectionnya dgn mudah...itulah ceritanya...

Jadi utk mengelakkan kebosanan yg amat sgt...sy akan bawa anak2 ke Public Library (suami pergi uni naik basikal jadi kereta sylah yang punya)...istimewanya Public Library kat sini kita boleh pinjam seorg 20 biji buku dlm masa sebln...bayangkan keempat2 anak sy semua ada kad library...dah 80 biji buku blh pinjam)...selain daripada tu, kami juga boleh pinjam VCD...macam2 cerita yg kami dah pinjam Tarzan, Harry Potter, Princess, dan macam2 lagilah...

Kadang2 anak2 jiran dtg jugak bermain2 kat sini...so tak delah bosan sgt...dan hari ni berakhirlah cuti sekolah...Isnin depan anak2 akan mula bersekolah semula...dan nampaknya sy akan busy semula menyediakan sarapan & lunch box diaorg :-(

Depan public library...ni gambar bulan Mei dulu...tu pakai baju nipis je...skrg tak blh dah pakai macam ni...
kalau dah boring baca buku, boleh main mainan
Min memang minat tengok gambar sbb dia tak boleh baca lagi...lepas tu sibuk suruh kakak dia bacakan
tekunnya...bagus anak2 mama

Wednesday, July 7, 2010

Catatan perjalanan...Huka Fall, Ruapehu& Trout Centre

Alhamdulillah minggu lepas (Jumaat-Ahad) kami berjaya menikmati satu percutian yg amat menakjub & menerujakan...Seramai 6 family yg turut serta dalam percutian ni iaitu my family, Lornie & Bejau (bertindak sebagai ketua rombongan), Hanafiah & Nida, Syukur & June, Zack & Biha dan Abg Mie & Asiah.
Kaum bapa...Lornie, Abg Mie, Hanafiah, Zack, Syukur & my hubby
Kaum ibu...June, Me, Nida, Bejau, Biha & Asiah
Catatan perjalanan...Huka Fall, Mount Ruapehu, Taupo & Trout Centre....

Kami bertolak dalam pukul 11 pagi & bertemu dgn rakan2 dari Auckland di Cambridge...Dalam 2 jam perjalanan kami singgah di Huka Fall...emmm apa yg menariknya di Huka Fall yea?..pada saya yg menariknya ialah keunikan air terjunnya & pemandangannya yg sangat cantik...tgklah gambar2 ni...
Selepas singgah makan tengahari di Tasik Taupo...kami menyambung semula perjalanan ke Turangi dan menginap di sana...Rumah yang kami duduk tu agak besar (ada lima bilik)...kami duduk seramai 5 family...suasana sangat meriah...terasa macam balik kampung bila time hari raya...berkumpul beramai2, masak2, makan2, borak2 & kebetulan ada bola FIFA...dapat bersorak & tengok bola beramai2...
Keesokkan harinya pagi2 lagi kami bertolak ke Mount Ruapehu...tak sampai satu jam perjalanan kami dah nampak Mount Ruapehu di depan mata...takjubnya melihat kemuncak gunung yg dilitupi salji...Alhamdulillah tak lama lepas tu kami dapat menyaksikan salji di depan mata...walaupun terasa amat sejuk tapi dek kerana teruja first time jumpa salji...lupa rasa sejuk tu...dan gambar2 nilah sebagai bukti seronoknya first time tengok salji...Syukur padaMu ya Allah kerana diberi peluang dan kesempatan menyaksikan keindahan ciptaanMu...

Anak2 riang bersiap sedia untuk bermain salji di Mount Ruapehu
Semakin hampir dengan Mount Ruapehu
Alhamdulillah...first time melihat salji...
anak2 riang bermain hingga lupa rasa sejuk
Keesokkan harinya kami bertolak balik dan sebelum tu kami sempat singgah di Trout Centre...pusat ternakan ikan trout..saya tak pernah rasa ikan trout tu...tapi kata org sangat popular di sini...kalau kat Pahang tu rasanya sepopular ikan patinlah kot...
Okeylah itulah catatan perjalan selama 3 hari 2 malam sempena cuti sekolah kat NZ ni (cuti 2 minggu)...Alhamdulillah selain daripada dapat menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi...percutian ini jugak dapat mengeratkan silaturrahim antara kami dgn rakan2 di Auckland...

Wednesday, June 30, 2010

Our First Winter

Alhamdulillah kini genaplah 4 pusingan musim kami di sini...masa kami datang dulu musim spring/bunga (Sept - Nov), lepas tu summer/panas (Dec-Feb), lepas tu autumn/gugur (Mac-Mei)...dan kini tibalah musim winter/sejuk (Jun-Aug)...

Bercerita tentang winter di tempat kami ni, Hamilton, NZ...bagi kami teramatlah sejuknya (bagi org yang dah biasa mungkin tak sejuk sgt kot)...suhu sebelah siang antara 8-12 darjah dan pada waktu mlm suhu turun sekali ganda iaitu antara 4-6 darjah...malah kadang2 sampai 0 ataupun negatif...mula2 tu tension jugak...tapi bak kata org "alah bisa tegal biasa"...dengan alat2 pemanas yang cukup...gas heater, blower, electric heater, selimut bulu, duvet dan macam2 lagi...Alhamdulillah kami masih boleh survive...cuma batuk2 sikit...

Musim winter ni yang tensionnya selain daripada sejuk, kain bajulah...banyak betul yg tak kering...kalau kering pun rasa sejuk je...nak lipat pun tak sampai hati...so caranya, bila dah agak2 kering kami pergi kedai dobi, masukkan duit syiling $1...dapatlah kami keringkan kain dalam 3 bakul (mesin tu besar...dpt muat dlm 3 bakul kain)....

Selain daripada tu musim skrg siang sgt pendek...pkl 5 dah masuk maghrib...kalau puasa syoklah...tak sempat rasa penat...kejap je dah buka...

Apa2 pun walau sejuk macammana pun kami tetap kena lalui...sebab nak lari ke mana pun tetap sejuk (kecuali balik M'sia)...he he...semua tu pengalaman sepanjang hidup diperantauan ni....

Frost pada kereta...kalau frost ni biasanya suhu dlm 0- 4 darjah

Time macam ni bila bercakap mesti keluar asap...
daun2 semua dah gugur...tu petanda datangnya winter
Aktiviti panaskan badan di hujung minggu
Tempat favourite...tempat ni warm sebab sebelah kakak duduk tu ada gas heater...jadi kami tutup semua pintu, bukak heater kuat2...then dapatlah menonton sambil makan2...
Ni jalan2 kat sunday market...intai2 stok baju winter yg secondhand :-)
Abang & kakak bersedia ke sekolah...entah berapa helai diaorg pakai baju...tapi rasanya kalau abg tu sampai 5 helai...

Tuesday, June 22, 2010

9 bulan berlalu...susah & senang

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 9 bulan kami merantau di negara kiwi ni...kalau org pregnant dah tiba masa untuk bersalin :-)

Banyak susah & senang yang mahu tak mahu terpaksa kami tempuhi...bercakap tentang susah...memang banyak yang susah...terutama yang melibatkan kewangan...Di kesempatan ni saya nak bercerita sikit ttg masalah kewangan yang terpaksa kami tempuhi...w/pun bagi kebanyakan org hal ni agak sulit... tapi tujuan saya nak kongsi bersama kalau ada sapa2 yang berpeluang belajar di sini...

Okey...elaun yang suami saya dapat cuma $2080 dan ini yang kami wajib bayar sebulan (sewa rumah $1200, eletrik $120, tel & internet $100, petrol $150)...begitulah anggaran kasarnya...balance yang kami ada cuma dalam $500 atau seminggu cuma $127 sahaja....dan $127 itulah yang nak beli daging, ayam, ikan, beras, buah2an, sayur2an, susu anak, pampers, bekal anak...fuh itulah yang buat kami rasa begitu terseksa...

Yg kami rasa terbeban sangat sebab sewa rumah kat sini terlalu mahal ($300 seminggu)...nak sewa rumah lebih murah tak boleh syarat sbb kat sini kalau anak 4 mesti rumah tu ada 3 bilik @ lebih...tak boleh main sumbat je...

Untuk mengurangkan beban biasanya pasangan2 yg ikut suami/isteri belajar, mereka bekerja...tapi kekangan saya ialah saya tak dapat kerja sebab ada anak yg belum sekolah...suami pulak tak boleh kerja sepenuh masa kerana dia cuma memegang visa student...lagipun takut jugak kalau kerja2 phD terganggu nanti...tu pun suami terpaksa jugak kerja dalam 14 jam seminggu sebagai cleaner...duit tu dapatlah top up mana2 yg tak cukup & buat beli jajan anak2...

Kadang2 kesian jugak dengan anak2...banyak benda yg mereka nak terpaksa kami buat tak tahu je...kadang2 bagi je diaorg pegang...sampai kat kaunter suruh casher tu sorok kata tak nak beli...he he...kelakar tapi kesian...tapi Alhamdulillah mereka sangat memahami...mereka tahu nak beli baju tak boleh kat pasaraya...cuma mampu beli yg second hand je...yg harga $2 sehelai...anak sy yang paling kecil pun tahu...kadang saya cakap tak boleh beli...then dia tanya...kenapa mama...mahal yea?

Itulah dia...itulah pengorbanan...bukan senang nak dapatkan PhD...banyak dah air mata ni keluar sebab rindukan family, suasana kerja, fikirkan duit, pelajaran anak2...tak apalah...Allah sentiasa ada bersama2 kita...

Budak 2 orang ni paling suka bila dapat ke kedai...saya hadkan seorang 50 sen je sehari...ni kat kedai Manjeet...selang 3 rumah je dari rumah kami...
Si kakak ni kuat bergaya...pantang tengok kasut & baju...tapi kena selalu pujuk dia...nanti bila dah balik Malaysia barulah kita boleh shopping2
Tak ada duit tak apa...yg penting kita sentiasa bersama & happy selalu...
Go go papa go...semoga berjaya bergelar Dr Adnan...kami tumpang gembira...jgn lupakan kami dah time tu...