Wednesday, June 30, 2010

Our First Winter

Alhamdulillah kini genaplah 4 pusingan musim kami di sini...masa kami datang dulu musim spring/bunga (Sept - Nov), lepas tu summer/panas (Dec-Feb), lepas tu autumn/gugur (Mac-Mei)...dan kini tibalah musim winter/sejuk (Jun-Aug)...

Bercerita tentang winter di tempat kami ni, Hamilton, NZ...bagi kami teramatlah sejuknya (bagi org yang dah biasa mungkin tak sejuk sgt kot)...suhu sebelah siang antara 8-12 darjah dan pada waktu mlm suhu turun sekali ganda iaitu antara 4-6 darjah...malah kadang2 sampai 0 ataupun negatif...mula2 tu tension jugak...tapi bak kata org "alah bisa tegal biasa"...dengan alat2 pemanas yang cukup...gas heater, blower, electric heater, selimut bulu, duvet dan macam2 lagi...Alhamdulillah kami masih boleh survive...cuma batuk2 sikit...

Musim winter ni yang tensionnya selain daripada sejuk, kain bajulah...banyak betul yg tak kering...kalau kering pun rasa sejuk je...nak lipat pun tak sampai hati...so caranya, bila dah agak2 kering kami pergi kedai dobi, masukkan duit syiling $1...dapatlah kami keringkan kain dalam 3 bakul (mesin tu besar...dpt muat dlm 3 bakul kain)....

Selain daripada tu musim skrg siang sgt pendek...pkl 5 dah masuk maghrib...kalau puasa syoklah...tak sempat rasa penat...kejap je dah buka...

Apa2 pun walau sejuk macammana pun kami tetap kena lalui...sebab nak lari ke mana pun tetap sejuk (kecuali balik M'sia)...he he...semua tu pengalaman sepanjang hidup diperantauan ni....

Frost pada kereta...kalau frost ni biasanya suhu dlm 0- 4 darjah

Time macam ni bila bercakap mesti keluar asap...
daun2 semua dah gugur...tu petanda datangnya winter
Aktiviti panaskan badan di hujung minggu
Tempat favourite...tempat ni warm sebab sebelah kakak duduk tu ada gas heater...jadi kami tutup semua pintu, bukak heater kuat2...then dapatlah menonton sambil makan2...
Ni jalan2 kat sunday market...intai2 stok baju winter yg secondhand :-)
Abang & kakak bersedia ke sekolah...entah berapa helai diaorg pakai baju...tapi rasanya kalau abg tu sampai 5 helai...

Tuesday, June 22, 2010

9 bulan berlalu...susah & senang

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 9 bulan kami merantau di negara kiwi ni...kalau org pregnant dah tiba masa untuk bersalin :-)

Banyak susah & senang yang mahu tak mahu terpaksa kami tempuhi...bercakap tentang susah...memang banyak yang susah...terutama yang melibatkan kewangan...Di kesempatan ni saya nak bercerita sikit ttg masalah kewangan yang terpaksa kami tempuhi...w/pun bagi kebanyakan org hal ni agak sulit... tapi tujuan saya nak kongsi bersama kalau ada sapa2 yang berpeluang belajar di sini...

Okey...elaun yang suami saya dapat cuma $2080 dan ini yang kami wajib bayar sebulan (sewa rumah $1200, eletrik $120, tel & internet $100, petrol $150)...begitulah anggaran kasarnya...balance yang kami ada cuma dalam $500 atau seminggu cuma $127 sahaja....dan $127 itulah yang nak beli daging, ayam, ikan, beras, buah2an, sayur2an, susu anak, pampers, bekal anak...fuh itulah yang buat kami rasa begitu terseksa...

Yg kami rasa terbeban sangat sebab sewa rumah kat sini terlalu mahal ($300 seminggu)...nak sewa rumah lebih murah tak boleh syarat sbb kat sini kalau anak 4 mesti rumah tu ada 3 bilik @ lebih...tak boleh main sumbat je...

Untuk mengurangkan beban biasanya pasangan2 yg ikut suami/isteri belajar, mereka bekerja...tapi kekangan saya ialah saya tak dapat kerja sebab ada anak yg belum sekolah...suami pulak tak boleh kerja sepenuh masa kerana dia cuma memegang visa student...lagipun takut jugak kalau kerja2 phD terganggu nanti...tu pun suami terpaksa jugak kerja dalam 14 jam seminggu sebagai cleaner...duit tu dapatlah top up mana2 yg tak cukup & buat beli jajan anak2...

Kadang2 kesian jugak dengan anak2...banyak benda yg mereka nak terpaksa kami buat tak tahu je...kadang2 bagi je diaorg pegang...sampai kat kaunter suruh casher tu sorok kata tak nak beli...he he...kelakar tapi kesian...tapi Alhamdulillah mereka sangat memahami...mereka tahu nak beli baju tak boleh kat pasaraya...cuma mampu beli yg second hand je...yg harga $2 sehelai...anak sy yang paling kecil pun tahu...kadang saya cakap tak boleh beli...then dia tanya...kenapa mama...mahal yea?

Itulah dia...itulah pengorbanan...bukan senang nak dapatkan PhD...banyak dah air mata ni keluar sebab rindukan family, suasana kerja, fikirkan duit, pelajaran anak2...tak apalah...Allah sentiasa ada bersama2 kita...

Budak 2 orang ni paling suka bila dapat ke kedai...saya hadkan seorang 50 sen je sehari...ni kat kedai Manjeet...selang 3 rumah je dari rumah kami...
Si kakak ni kuat bergaya...pantang tengok kasut & baju...tapi kena selalu pujuk dia...nanti bila dah balik Malaysia barulah kita boleh shopping2
Tak ada duit tak apa...yg penting kita sentiasa bersama & happy selalu...
Go go papa go...semoga berjaya bergelar Dr Adnan...kami tumpang gembira...jgn lupakan kami dah time tu...

Friday, June 11, 2010

Asyik mimpi naik kapal terbang

Semenjak dua menjak ni saya asyik mimpi naik kapal terbang ...mungkin sebab malam2 sebelum tidur kerja saya asyik survey harga tiket kapal terbang je...

Sebenarnya suami saya akan balik collect data kat Malaysia dalam bulan September ni (InsyaAllah kalau segala urusan PhDnya berjalan lancar)...disebabkan kita akan berhari raya pada bulan September jugak so alang2 biarlah sempat raya bersama ahli keluarga (bukan senang nak berkumpul)....

Pening betul tengok harga tiket...Fuh mahal betul ditambah pula dengan bilangan kami yg ramai ni...ni antara pro & contranya harga tiket2....

1) MAS...memang paling selesa sbb direct Auckland ke KL....tapi harga tiketnya...gulp...tak mampu...dekat RM25,000 ($11,000)

2) Air Asia...paling murah...dlm RM14,000 ($6,500)...tapi sangat tak practikal sebab Air Asia tak ada kat Auckland ni...jadi kami terpaksa ambik NZ Airline ke Melbourne then ambik Air Asia kat Melbourne...kami mungkin terpaksa bermlm dulu kat rumah kawan di sana...kami juga perlu mengambil visa transit kat Australia (dlm AUD 30 seorg)...kami juga perlu bayar harga beg dll...kalau dah ke Melbourne tu mungkin sekali dengan berjalan2...takutnya nak jimat punya pasal...tapi duit habis keluar masa jalan2 kat sana...

3) Royal Brunei...dalam RM17,500 ($7,600)...ni rasa paling okey sbb kapal terbang ni direct jugak dari Auckland ke KL cuma transit dalam 1 jam kat Brunei...

Tu lah ceritanya...sebab tu lah saya asyik mimpi naik kapal terbang....bilalah Air Asia nak datang kat bumi Auckland ni...kesian kami kat sini...dah lah duit tak berapa nak ada...kami teringin jugak nak jumpa kaum keluarga kat Malaysia...3 tahun bukannya sekejap....lamaaaaa

InsyaAllah ada rezeki dapatlah kami berhari raya di Malaysia tercinta...semoga kerja2 PhD suami dipermudahkan Allah....Amin

Hai mana satu ni...Royal Brunei, MAS & Air Asia...


KFC dan Mc Donald...makanan pertama yg kami akan makan kat KLIA...dah 8 bln tak makan...hu hu

InsyaAllah kalau tak ada aral melintang dapatlah kami berhari raya dengan keluarga tercinta tahun ni

Wednesday, June 9, 2010

Persimmon Picking

Buah Persimmon atau Pisang Kaki agak terkenal kat NZ ni...kataorg kat M'sia pun ada buah Persimmon ni tapi harganya sangat mahal...sebiji dlm RM4...saya tak tahu pulak ada buah ni kat M'sia sebab tak pernah beli dan makan...

Sekarang kat sini tengah musim persimmon...kalau kat kedai sekilo dlm $3 tapi kalau picking sendiri kat farm agak murah cuma $1 sekilo...selain daripada tu kami dapat makan sepuas2nya masa kutip...masuk percuma je cuma bila kita bawak keluar je kena timbang...

Kebun persimmon ni dekat je dgn rumah kami...tak sampai rasanya 10km...Buah persimmon ni rupanya ada iras2 tomato sikit...tapi dia lebih besar dan keras...warnanya oren...rasa buah persimmon ni payah sikit nak cerita sbb tak ada buah kat M'sia yg rasa macam ni...tapi bagi saya kalau masak macam buah ciku sikit cuma rangup...secara keseluruhannya...tak adalah sesedap mana...buktinya buah persimmon yang kami kutip dua minggu lepas masih banyak lagi kat dalam bakul...tunggu masa nak lupus je :-)
ni lah rupa buah persimmon
Beginilah cara petik persimmon
Jalan masuk
Plastik yang masih kosong
Buah persimmon kat pokok...daun2 semua dah gugur sebab sekarang dah penghujung autumn
Semua tengah makan persimmon
Sukanya dapat panjat2
Abang & kawan2
Min bad mood sebab banyak tahi biri2
ni lah rombongan picking kali ni
banyak biri2 kat farm ni sbb tu banyak tahi
tuan punya farm