Monday, November 30, 2009

Happy Birthday Yasmin

Yasmin Hanin...itulah nama tuan empunya diri...Hari ni genaplah umur Yasmin 4 tahun...

Istimewanya tentang YASMIN HANIN

- Lahir betul-betul tengah azan Maghrib...tangisan pertamanya serentak dengan azan maghrib masjid yang berdekatan dengan Hospital Besar K.Trg.

-Waktu lahir kecil je (cuma 2.5 kg)...hitam & pendek pulak tu...Kami risau sangat masa tu...tak secomel abang dan kakaknya...tapi Alhamdulillah lama2 dah semakin comel dan temban

-Yasmin ada semua...maksud aku ada Abang, Kakak dan Adik.

- Yasmin tak sempat sangat bermanja dengan aku sebab umurnya setahun 8 bln dia dah dapat adik...sebab tulah dia sangat manja dengan Mak Udenya

- Kami suka gelarkannya si Debab sebab dia suka makan dan agak temban berbanding adik beradiknya yang lain

- Pandai membawa diri...mudah sangat menjaga Yasmin...senang makan, tidur...jarang merajuk.

- Disayangi oleh ramai orang...seperti Mak Ude, Ayah Long sekeluarga, Ayah Ngah sekeluarga, Tokki, Tokma, Tok, Ayah Su, Mak G, Kak Elah, Kak long, Pok Jak, Chik Ila, Chik June dan ramai lagi.

- Sekarang suka bergaya..suka pakai lipstik & eyeshadow...suka bergambar & berposing...kalau mandi memang kena pantau...kalau tak habis le semua syampu & sabun kat bilik air tu.

- Hobi baru sekarang suka main game (girl games)...hari2 mengadap komputer.

- Persekolahan pertamanya di negeri orang putih...tak lama lagi mesti terror speaking...silap2 aku yang kena belajar dengan dia.

Min waktu 4 bulan...dah pandai posing dahNi apa lak tak puas hati ni...Seksinya...masa ni baru belajar berjalan..ta tih ta tihMasa tengah temban...kami gelar Si DebabAlahai...ni tengah merajukZainol...best friend Min masa kat Lepar dulu...berkawan dari masa baby lagi...

Min bersama classmate...Elmy  (korean)  & Khaty (NZ)Min agak pemalu kat sekolah...tapi dengan Khaty dia okeyMin tengah bagi makan ...tak tahu nama apa tapi rupanya macam tikus

Itulah dia serba sedikit tentang Yasmin Hanin...anak kami yang ketiga...Happy Birthday to You My Dear...We Love You So Much




Sunday, November 29, 2009

Terkejut besar!!!

Memang terkejut...datang yang pertama terkejut sikit...bila datang yang kedua lagilah terkejut...apa yang datang tu...hantu ke?...bukan...bukan

Haa!!! nilah dia benda yang datang tu

Bil vodafone (telefon & internet)...agak memeranjatkan sebulan $218.66 (RM546.65)

Tak lama lepas tu kami terima pulak bil elektrik...yang ni lagi memeranjatkan $352.22 (RM880.55) untuk sebulan setengah

Bermakna dalam jangka masa sebulan setengah ni kami perlu membayar lbh kurang RM1427 atau $ 570 untuk bil Vodafone & Elektrik...tak masuk sewa rumah lagi $1440 sebulan...($1440 +$570 = $2010)...elaun cuma $2300...fuh ! penat tu...tak masuk lagi petrol, barang kering kat Park n Save & Tofu Shop, ikan2 kat Silver Bell, daging & ayam kat kedai Pak Arab tu...mana nak cekau ni...

So...kami mula insaflah ni...nilah langkah2 yang kami ambil dan akan ambil....

No heater and no blower...dulu waktu kami mula2 datang sini memang teramat sejuk...sekarang cuaca dah okey...so benda2 ni kami akan simpan (masuk almari)No microwave...tak ada lagi nak panas2kan makanan...makan je sejuk2 punDapur elektrik ni pun kami akan tukarkan ke dapur gas (tapi belum beli lagi sebab hanya dijual kat pasar Avondale di Auckland City...InsyaAllah next week kami gi beli)Lampu kami dah tukarkan kepada lampu yang energy saver...wajibkan buka 1 lampu sahaja...dan waktu tidur tutup semua lampuDengan langkah- langkah yang kami dah ambil ni harapnya bil bulan depan taklah semengancam bil bulan ni...InsyaAllah




Aidiladha diperantauan

Allahukbar Allahuakbar Allahuakbar La Ilaha Illallahu Wallahuakbar Allahuakbar Walilahilham...

Itulah syahdunya laungan takbir raya yang aku dengar melalui komputer...walaupun hanya melalui komputer tetapi tetap terasa kesyahduannya...

Pagi- pagi lagi aku dah bangun untuk menyediakan hidangan istimewa pagi raya iaitu nasi dagang...walaupun taklah sesedap masakan Ma di kampung namun okeylah (cubaan pertamalah katakan)

Nasi dagang dengan gulai ikan mackerel & acar timun

Seterusnya aku kejutkan anak-anak dan pakaikan diaorang baju raya...then kakak & abang mengikut papanya sembahyang raya (kalau tak silap kat gelanggang bola jaring)

Nilah dia gelanggang Netball tempat penduduk Islam kat sini bersembahyang rayaKakak dan Abang tengah kesejukan 

Dalam pukul 11.00 pagi kami ke Long Bay untuk majlis makan- makan...specialnya di sini...

1) Peluang untuk saling bermaafan dan beramah mesra...semua keluarga yang tinggal di North Shore hadir dan masing - masing membawa bermacam jaudah yang cukup istimewa2) Pelbagai hidangan yang amat menyelerakan....rasa kenyang yang teramat sangat

Meja 1 : pelbagai jenis nasi...nasi dagang, nasi minyak lauk ayam merah & ayam kurma, pulut kuning & rendang, nasi himpit & kuah kacang.Meja 2 : pelbagai jenis kuih, kek pisang, kek coklat, kek buah, muffin, popia, kuih bakar, puding, apam dan macam2 lagiMeja 3 : ada kupang bakar, sate ayam, sate daging dan kuah kacang3) Pelbagai permainan...sukaneka (bawa bola dalam sudu, bowling pantai, lari bawa gelung), tukar-tukar hadiah (kanak2 & dewasa)

Go Min go...Yasmin tengah bersedia nak lari sambil pusing gelungHaa yang pakai baju biru tu penyelaras aktiviti tukar- tukar hadiah...sebelum ambil hadiah  tuan empunya hadiah kena bagi klu dulu...lepas tu si penerima tu kenalah meneka...macam2 klu yang keluarAnak- anak kecil dapat bermain pasir dengan riangnyaSelepas bersurai keluarga Azwan, Biha, June, Lornie dam abang Azhar sempat singgah minum Teh Tarik Biha & Jemput Pisang June di rumah kami...borak- borak sampailah pukul 6.30 petang...

Itulah cerita Aidiladha kami di bumi NZ  



Saturday, November 28, 2009

Persiapan Aidiladha

Sehari sebelum menyambut hari raya korban kami bergotong- royong mencucuk sate kat rumah Asiah...banyak jugak satenya...tapi tak jadi masalah sebab ramai tenaga kerja...hari ini juga kami menerima seorang lagi keluarga baru...Aisyah (masih single lagi, tapi akan kahwin dalam bulan depan kot???)

Orang sebelah tu iklan je lebih...tukang tengok je...

Nilah tenaga kerjanya...yang pakai baju merah tudung kuning tu tuan rumahnya

Sate yang siap dicucuk diikat dan disimpan dalam peti (esok baru bakar)

Kanak2 sibuk dengan urusan masing2

Mood Wafa sangat okey hari ni...Alhamdulillah...dapatlah mama bersembang tanpa gangguan

Hadiah buat anak- anak tersayang

Al kisahnya hari khamis lepas kami ternampak sale set buaian...harga biasa $250 after less dapat $198...actually kami dah lama usha set buaian ni...ditambah pula dengan sokongan dari rakan2...setelah dicalculate dan dicongak ($198 bahagi 36 bln bahagi 4 minggu)...maknanya kami perlu membelanjakan $1.37 seminggu...so kira bolehlah...Ingat nak pasang siap2 nak suprisekan abang & kakak...tapi tak berjaya sebab susah nak pasang...terpaksalah minta bantuan Cik Hanafiah...
"Macammana nak pasang ni...banyaknya skru"
"Cepat tolong papa...ewah! sempat pulak posing kakak ni"
"Haa! mujurlah ada Cik Hanafiah"
"Sibuk betul budak-budak ni...belum habis pasang dah sibuk nak main"
"Now dah siap pasang...apa lagi mainlah kau sepuas- puasnya"

Sunday, November 22, 2009

Setiap saat dapat bersama...

Walaupun jauh diperantauan...jauh dari ahli keluarga...namun aku begitu dekat dengan empat orang putera dan puteriku...mungkin itulah hikmahnya datang ke bumi NZ ini...Kalau dulu (waktu hari bersekolah)...seawal jam 7.15 pagi aku dah terpaksa meninggalkan anak- anak...dan pukul 4.00 petang baru dapat jumpa semula...Kakak & Abang pukul 5.30 petang baru dapat jumpa (sebab diaorang ada kelas fardu ain)...Waktu nak tinggalkan Min & Wafa bukan senang...meraung- raung nak ikut ke sekolah...sekarang ni okeylah sebab 24 jam aku sentiasa ada di sisi diaorang...di Kindergarden pun aku tunggu...

Penat jugak melayan karenah diaorang...tapi aku rasa puas...at least putera & puteriku ini sentiasa berada di depan mata...

Ni lah biasanya aktiviti aku pada weekdays

Antara jam 6.30 - 9.00...sibuk menguruskan sarapan & lunch box anak- anak.

Antara jam 9.30 - 11.30...Nan ke Uni & aku akan temankan Min & Wafa ke sekolah.

Antara jam 11.30 - 12.30...ni time aku memasak..waktu ni Min & Wafa biasanya main komputer (Min dah expect main game- girl games)...kadang dia conteng buku, kertas, mewarna dll)Antara jam 12.30 - 2.30 Min & Wafa akan tidur...haa masa ni lah aku layan blog, FB dan kadang2 check harga flight

Antara jam 3.00 - 5.00, Abang & Kakak akan pulang dari sekolah...lepas makan dan solat diaorang diwajibkan buat buku kerja (berdasarkan jadual yg aku dah tentukan) ...dalam 1 jam lepas tu baru boleh berehat dan tengok TVAntara pukul 6.00 - 8.00 biasanya kami keluar kejap...kadang2 ke rumah Nida, Biha atau ke taman2, pasaraya dll

Antara 8.00 - 10.00, lepas solat anak2 akan mengaji, update blog, kalau ada homework kena siapkan (biasanya Arif kena baca buku cerita yg cikgu dia bagi) dan tidur

Begitulah serba sedikit aktiviti harian kami pada weekdays...aku cukup terhibur dengan telatah mereka...tapi kadang2 sakit kepala gak...esp time diaorg bergaduh...


Saturday, November 21, 2009

Spring di Halaman Rumah

Sekarang dah penghujung Spring...dah nak masuk summer...so, cuaca dah agak panas..dalam 17 darjah...namun kami masih memakai baju 2 helai & masih memakai jaket...

Sekarang dah bolehlah turun kat halaman rumah...cantik betul rupanya...kat rumput-rumput di belakang rumah pun dipenuhi dengan bunga- bunga...apalagi aku pun terus merakamkan aksi anak- anak sambil menyiram sayur- sayuran kami...& anak- anak pulak sibuk bermain trampoline...projek seterusnya kami tengah meninjau-ninjau set buaian dalam trade me...harap jumpalah yang murah- murah.

Rumput di belakang rumah...

Lihatlah aksi Kakak, Abang, Min dan Adik...sibuk nak bergaya