Tuesday, November 17, 2009

Hadiah dari papa buat Arif

Papa harap Arif akan menjadi pemain bolasepak yang hebat. Papa sedih juga tidak dapat beli kasut di No One Shoes hari sabtu lepas kerana harganya yang amat mahal, hampir 30 Dollar. Jumlah tu besar juga. Papa tahu Arif berkecil hati. Papa juga terkilan tidak mampu membeli terus dari No One Shoes tu.

Hari ni Papa jumpa satu yang berharga hanya 4 Dollar. Papa harap Arif akan sukakan kasut bola ini. Lepas ni, bolehlah kita sepak sepak bola di pdang sekolah Glamorgan pada waktu petang selepas sekolah. New Zealand All white team juga berjaya bermain di pusingan akhir Piala Dunia pada tahun hadapan, pasti Uncle Paul suka tengok kasut bola baru Arif. "..Nanti Arif belikan papa satu ye, hu hu.. habis papa nak main pakai apa.."

No comments:

Post a Comment