Thursday, January 13, 2011

karenah anak2 masa cuti summer

Sekarang kanak2 sekolah di New Zealand ni sedang bercuti panjang...dr pertengahan bulan November hari tu hingga ke penghujung bulan Januari nanti...pening jugak melayan karenah budak2 ni...tapi Alhamdulillah jugak sbb rumah kami ni berdekatan dengan 3 rumah Melayu yang lain...jadi anak2 kami selalu ada kawan...yang saya respectnya walaupun diaorg ni bermain sesama Melayu tp mereka jarang gunakan bahasa Melayu...mungkin diaorg lebih selesa guna English sbb tu bahasa diaorg kat sekolah...

Diaorg ni baru dalam setahun datang NZ tp cepat betul dapat cakap...siap dgn sleng sekali...sy ni belajar English sejak tahun 1981 lagi, sampai skrg pun tak berapa reti nak cakap...hu hu...mungkin suasana persekitaran diaorg, kwn2 sekolah, rakan sebaya, cikgu2, tv & buku2 membantu dioarg jadi cepat...

bercerita balik tentang aktiviti2 cuti sekolah...Alhamdulillah cuti panjang kat NZ ni jatuh di musim summer jadi byklah aktiviti luar rumah yg boleh dibuat...contoh main tag (kejar2), main hide & seek (sorok2), main air, feed the duck, berbasikal, menonton movie kanak2 (pinjam kat library), main water ballon dan macam2 lagi (mainan yg free je, selamat duit :-)

main2 jgk, tapi bila mlm saya wajibkan diaorg buat skrg2nya 1 pg buku sukatan Malaysia (berat bawak dr M'sia) esp subjek Maths, BM & Sains...mengaji pun wajib...

Musim summer ni cuaca boleh tahan jugak panasnya (dlm 26-28 darjah)...siang pulak panjang...dalam 15 jam...pkl 6 pg dah keluar matahari & pkl 9 mlm baru matahari tenggelam...

ok jom layan gambar2 kat bawah

aktiviti main air...nasib air kat sini free je...so tak kisahlah nak main lama mana pun...tapi bila naik rumah semua jadi hitam legam...

Tolong papa mesin rumput...disebabkan berebut, jadi kena tolak sama2...
Tasik kat Uni Waikato...tak jauh dari rumah kami
roti2 yg dah expired tu @ lebihan makanan kat rumah biasanya kami simpan utk itik2 ni...kesian betul itik2 ni kelaparan betul
aktiviti berbasikal...bike trailler tu kami beli kat trade me...hajat nak bawak balik M'sia...bawak pusing2 sekitar Mahkota Aman nanti

Wednesday, January 5, 2011

Red Wood & Blue Lake

masih sambungan dari entry yg sblm ini...selain daripada ke Wai-O-Tapu & Skyline di Rotorua, pada hari yang sama jugak kami sempat singgah di Blue Lake & Red Wood...kat Blue Lake tu kami singgah makan dan solat then Red Wood saja singgah utk mengambil gambar...emmm sejak beli kamera baru ni dah jadi rajin plk nak mengambil gambar...

Alhamdulillah hari tu saja kami dapat melihat 4 tempat yg amat berbeza dr bekasan gunung berapi ke tasik, lps tu pulak ke hutan simpan dan last sekali mendaki bukit...Alhamdulillah...w/p banyak jugak dollar yang melayang tp hati puas...hu hu

* perkembangan terbaru ttg abg Zie...doktor tak jadi operate sbb risiko pembedahan otak tu terlalu tinggi...lagipun doktor nampak pendarahan tu dah agak kecut...semlm Abg Zie dah keluar dari hospital dan mungkin lps ni akan mencari alternatif lain macam perubatan tradisional, air tawar dll...terima kasihlah pada semua yg sudi mendoakan...

Blue Lake...Top 10 Holiday Park...yea ke?...cam tak de apa2 je
Budak2 tak sabar nak terjun, mak budak tak sabar nak makan, ayah budak tak sabar nak solat...Alhamdulillah
sapa yang tengah berlari tu?
Anak2 ....masa ni masih sopan...lepas tu habis basah lenjun
ni lah hutan "kayu merah"
boleh ke panjat tu
amboi...
macam raksasa pulak
mama & anak2
tambah papa pulak...ni lah family kami

Monday, January 3, 2011

Skyline Roturua

Balik dari Wai-O-Tapu kami singgah pulak di Skyline Roturua...sy agak jarak antara rumah sy ke Skyline ni dalam 1 jam perjalanan...

kat sini memang berbaloi datang...anak2 mmg enjoy sbb mula2 dapat naik skyline...then dapat enjoy view dan panorama yang sangat cantik & menarik...lepas tu kami menaiki luge menuruni Mount Ngongotaha...panjang jugak perjalanan (rasa lebih 1km)...then kami naik semula ke Mount Ngongotaha dgn menaiki gondola...lepas enjoy the view, barulah kami pulang semula menaiki skyline...

Bayaran masuk utk kami sefamily lbh kurang macam wai-O-Tapu gak...dalam NZD80 (habislah duit gaji papa mengemop Countdown selama seminggu :-) )...apa2pun tempat ni memang cantik...

ni kata2 yang sy petik kat postcard about Skyline Roturua ni...

High on the side of Mount Ngongotaha,
Skyline Rotorua will carry you to 487 metres
above sea level to a stunning environment.
Providing panoramic views of Rotorua City,
Lake Rotorua and the surrounding area,
Skyline Rotorua is an all weather attraction,
and is open everyday of the year

* perkembangan terbaru ttg abg Zie...doktor telah masukkan kamera melalui paha utk mengesan kedudukan pendarahan otak tu...skrg masih menunggu result cara yg sesuai utk mengeluarkan pendarahan tu...sama ada operate, laser atau satu lagi cara yg sy tak berapa pasti...sy harap pembaca blog ni sentiasa mendoakan agar abg sy kembali sembuh seperti sediakala
(percutian ni 2 minggu lps, sblm kami tahu ttg penyakit Abg Zie)

Ni lah rupa Skyline...boleh muat kami satu family
View yang sangat cantik
Dinasour pun ada...lbh krg macam kat Genting Highland...ada patung org asli
Skyline sedang mendaki ke Mount Ngongotaha
bersedia utk menaiki luge...nasib baik cukup helmet pink
Abg & kakak bersedia utk berlepas
Abg kejar Chik Nida
Pandai ke mama ni...adik tengah confuse
mula2 excited lagi
dah makin tension...bilalah nak sampai ni
kakak releks je
uh...akhirnya sampai jua...
mendaki semula ke atas menaiki gondola
mama tengok camera...kata papa dr belakang
oh seliparku...nyaris nak jatuh...kalau jatuh ni berkaki ayamlah kita dik
iklan skyline luge
dah habis 2 pusingan
sesi bergambar pulak
bersama Nida & anak2
yup...bertolak balik semula...menuruni puncak Mount Ngongotaha