Thursday, May 27, 2010

Pertemuan setelah 19 tahun berlalu

Alhamdulillah minggu lepas rakan2 saya berjaya menganjurkan Dinner Kisas Batch 90/91...sambutan memang di luar dugaan hampir 120 orang yang hadir pada pertemuan tersebut yang bertempat di Restoren Nelayan...Guru2 juga turut dijemput hadir...

Malangnya saya & suami tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana berada jauh diperantauan...hanya gambar2 di FB saja yang dapat mengubat rasa rindu kami pada rakan2 setelah 19 tahun tidak berjumpa...

Sebenarnya pertemuan ini amat beerti buat saya dan suami kerana rakan2 saya juga rakan2 suami...kami berdua ex Kisas 90/91...saya kelas sastera 5 dan suami pulak Kelas Sastera 4...kelas sebelah menyebelah...masa tulah sempat intai mengintai...he he...

Alhamdulillah setelah 19 tahun tidak berjumpa banyak perubahan yang berlaku...ada yang semakin kurus, ada yang maintain dan yang ramainya semakin gemuklah...begitu jugak dengan family ada yang dah ada sampai 9 org anak (classmate sayalah tu...Wan Lokman...sbb dia ada 2 isteri)...Pekerjaan jugak macam2 ada yg jadi penulis terkenal (Faizal Tehrani), penceramah terkenal (ustaz Zahazan), Ahli Parlimen (Yusmadi Yusof)...yang paling ramai jadi Engineer, Lecturer, Lawyer & cikgulah...

Ni rakaman yang kami kirimkan dan ditayangkan pada Majlis Makan Malam tersebut:

video

Saksikan lagi gambar2 yang saya upload dari FB :

Classmate saya yang hadir (5 Sastera 5)...yang kat belakang tu Faizal Tehrani...penulis terkenal
Seronok bila dapat berjumpa setelah 19 tahun membawa haluan masing2
YB...Ahli Parlimen (dulu kelas Sastera 8)
ex classmate & guru kelas
Cikgu2 yang masih sama macam 19 tahun dulu
Ustaz Zahazan & keluarga turut hadir...(dulu dia kelas Sastera 3)
Sarena menang kategori family paling meriah...3 pasang anak...Alhamdulillah

Monday, May 24, 2010

Picnic lagi...Lake Karapiro

Ahad lepas picnic ke Arberatum...minggu ni picnic lagi..kali ni ni Lake Karapiro...tempatnya tak jauh jugak dari rumah kami...tak sampai setengah jam perjalanan...ramai jugak family yang ikut serta rombongan kali ni...antaranya family Ust Faiz, Abg Mie, Zaini, Dr Sazali, Dr Nik & Dr Lee..

Antara keistimewaan Lake Karapiro ni ialah...pemandangannya yang sangat cantik dgn tasiknya yang luas mata memandang, dibelakang tasik tu pulak kita boleh nampak bukit bukau dan padang2 yang menghijau...macam lukisan.

Selain dari makan2 anak2 & ayah2 berpeluang naik kayak dan bot pelambung kepunyaan Dr Lee...Alhamdulillah selain daripada menyaksikan alam yg indah ciptaan Allah...dapat juga merehatkan minda mereka2 yang membuat PhD dan para doktor yang sentiasa bertungkus lumus di hospital.

Hari ni kami sampai awal...sedang menunggu cukup korum kat rumah Dr Sazali
Demi anak...My hubby sedang bersiap sedia untuk naik kayak
Yes we are the winner..said Dr Lee to Yasmin
Like father like son...sentiasa berkongsi minat yang sama
Layan puteri sulong
Putera & puteri2ku...

Puteri bongsu yang sangat manja & suka berdukung
Puteri ke 2 yang hari2 menangis kat Kindi...he he
visit blog Min: klik kat sini
Putera tunggal...Minat betul bidang fotografi...also like his father
Visit blog Arif : klik di sini
Puteri sulong...suka bergaya...juga macam papa
Visit blog Najwa : klik di sini
My family...jarang berpisah jauh
Visit blog my hubby : klik di sini
Adik abang
Anak2 Malaysian- Waikato...cakap orang putih tapi faham B.Melayu
Ibu2 Malaysian-Waikato...ada yg belajar & ada yg bekerja & ada yg temporary housewife...like me
Bapa2...tengah my hubby

Sunday, May 16, 2010

Jalan2 Taitua Arboretum

Semalam kami sekeluarga berpeluang jalan2 ke Taitua Arberatum...tempat ni tak jauh dengan rumah kami...dalam 20 minit je perjalanan...

Taitua Arberatum ni...kalau kat tempat kita macam Taman Negara atau Taman Frim kat Kepong tu kut...luasnya dalam 20 hectar...ada trek berjalan kaki (dlm 1 jam perjalanan)...terdapat pelbagai jenis pokok & tumbuhan di sini...kalau musim Autumn ni memang sangat cantik sebab pokok2nya terdapat pelbagai jenis warna daun...hijau, coklat, kuning, merah dll....ditambah pulak dengan daun yg jatuh berguguran...wow! sangat romantik...

Selain daripada itu terdapat juga tasik, jambatan2 kecil, ternakan seperi lembu, itik & ayam...terdapt juga kemudahan seperti tempat berteduh, tandas, car park dan sebagainya...

Layan gambar2 di bawah...
Me
Bergambar bersama lembu2...teringat pulak lembu Pok Leh kat kampungku
Kepenatan...rehat jap
Laporrr...tengah tunggu bekalan dihidang
Serba Pink...Min & payung kesayangannya
My hubby...pencinta alam sekitar
Ni lah treknya...penatnya dukung si bongsu
Macam hutan khatulistiwa pulak
Stoller pinjam...untuk sorong segala bekalan
Daun2 berguguran...cantik
My family
Pelbagai jenis hidangan sedia untuk dijamah
Kaum ibu

Tuesday, May 11, 2010

Tempat jatuh lagi dikenang

Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat bermain

Memang betullah kata bidalan Melayu ni...walaupun dah hampir 2 bulan kami meninggalkan bumi North Shore...namun ingatan bersama rakan2 di sana tetap tersemat kukuh & dek kerana ingatan itu jugaklah menyebabkan minggu lepas buat kali keduanya kami ke sana lagi...dan macam biasanya rumah Hanafiah & Nida lah jadi hotel tempat kami sekeluarga menginap (bayaran percuma siap dengan pakej makan lagi)....terima kasih banyak2lah buat Nida, Hanafiah dan anak2...

Kebetulan masa kami pergi tu...June buat majlis makan2...jadi dapatlah kami berjumpa dengan semua keluarga North Shore...terubat segala rindu dendam...he he...lama lekat kat rumah June...dari tengahari sampai ke malam...lepas tu sambung pulak kat rumah Nida, tengahari esoknya ke rumah Zack, petang pulak rumah Nihra...banyak betul cerita...rasa macam tak mahu pulang...balik Hamilton... rupa2nya org2 kat sini pergi berpicnic kat Taitua Arboretum...alahai miss pulak program ni...tak apalah next timelah

Apa pun kami puas hati sebab sempat ke Sunday Market Browns Bay...dapat beli banyak baju untuk stok musim sejuk ni (cuma 50 sen sehelai)....

Barang2 antik kat pasar Browns Bay
Macam2 ada...buah2an, mainan, pakaian, beg, kasut, pinggan mangkuk...semua murah2...majoriti bawah 2 dollar
Zahin tengah rambang mata...nak pilih mana satu ni
Seronoknya duduk kat laman rumah June ni...boleh tangkap rama2
Ramai betul jemputan June kali ni...kenduri besar... 2 hari 2 malam
Papa & the geng

Wednesday, May 5, 2010

sejuk sampai ke tulang

Dah lama saya tak update blog...sebenarnya bukan tak ada masa & idea tapi ya Allah tuhan saja yang tahu betapa sejuknya nak duduk bertapa kat meja komputer ni...memandangkan dah lama saya tak update blog ni...saya kuatkan azam & semangat utk menaip sesuatu w/pun tengah terketar2 ni...kejap tadi saya check suhu di luar sekarang 2.6 darjah C...patutlah sejukkkk

Paling tak tahannya time nak masuk tidur...semua benda seperti cadar & selimut rasa macam air batu...esp cadar cotton yg saya bawak dari Malaysia...bagi mengelakkan sejuk yang melampau...saya alaskan cadar dgn kain fleece (kain ni agak warm)...then selimutkan anak2 dua lapis dgn kain fleece lepas tu selimut tebal dan akhir sekali dgn comforter...dan bilik tu pulak saya pasangkan dengan heater elektrik (oil)...saya tutup semua lubang2 yang ada & dlm 3 jam lepas tu baru saya tutup heater tu (nak pasang sepanjang mlm takut melambung pulak bil elektrik)...bila menjelang subuh barulah saya bukak semula heater tu...

emmm tu lah ceritanya...macam2 cadangan kawan2...ada yg suruh pakai gas heater, ada yg suruh pakai elektrik blanket dan macam2 lagi...tapi buat masa ni kami cuba cara tu dulu...sekiranya sapa2 yg dah biasa dengan musim winter ni dipersilakanlah beri cadangan buat panduan kami yang masih baru di negara 4 musim ini...

Jalan2 di sekitar uni
Walaupun sejuk tapi aktiviti berbasikal tetap diteruskan
Basikal kenangan daripada Hafizah & Fatini (anak Nuradyani)..mereka dah balik M'sia
Ni lah dia cermin kat ruang tamu rumah kami