Thursday, May 27, 2010

Pertemuan setelah 19 tahun berlalu

Alhamdulillah minggu lepas rakan2 saya berjaya menganjurkan Dinner Kisas Batch 90/91...sambutan memang di luar dugaan hampir 120 orang yang hadir pada pertemuan tersebut yang bertempat di Restoren Nelayan...Guru2 juga turut dijemput hadir...

Malangnya saya & suami tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana berada jauh diperantauan...hanya gambar2 di FB saja yang dapat mengubat rasa rindu kami pada rakan2 setelah 19 tahun tidak berjumpa...

Sebenarnya pertemuan ini amat beerti buat saya dan suami kerana rakan2 saya juga rakan2 suami...kami berdua ex Kisas 90/91...saya kelas sastera 5 dan suami pulak Kelas Sastera 4...kelas sebelah menyebelah...masa tulah sempat intai mengintai...he he...

Alhamdulillah setelah 19 tahun tidak berjumpa banyak perubahan yang berlaku...ada yang semakin kurus, ada yang maintain dan yang ramainya semakin gemuklah...begitu jugak dengan family ada yang dah ada sampai 9 org anak (classmate sayalah tu...Wan Lokman...sbb dia ada 2 isteri)...Pekerjaan jugak macam2 ada yg jadi penulis terkenal (Faizal Tehrani), penceramah terkenal (ustaz Zahazan), Ahli Parlimen (Yusmadi Yusof)...yang paling ramai jadi Engineer, Lecturer, Lawyer & cikgulah...

Ni rakaman yang kami kirimkan dan ditayangkan pada Majlis Makan Malam tersebut:

video

Saksikan lagi gambar2 yang saya upload dari FB :

Classmate saya yang hadir (5 Sastera 5)...yang kat belakang tu Faizal Tehrani...penulis terkenal
Seronok bila dapat berjumpa setelah 19 tahun membawa haluan masing2
YB...Ahli Parlimen (dulu kelas Sastera 8)
ex classmate & guru kelas
Cikgu2 yang masih sama macam 19 tahun dulu
Ustaz Zahazan & keluarga turut hadir...(dulu dia kelas Sastera 3)
Sarena menang kategori family paling meriah...3 pasang anak...Alhamdulillah

3 comments:

  1. Ramai yang berjaya geng sekolah Asna,tahniah.

    Adik kak Zai ada kat Auckland ni nanti bila dia balik dapatlah tengok video,NZ nice country.

    ReplyDelete
  2. Salam Asna,

    Best tengok video tu!!tapi lagi meriah kalau Asna & hubby dpt bersama dlm majlis itu..

    ReplyDelete
  3. To K.Zaitun...kalau akak dtg Auckland, jemputlah ke rumah sy...tak jauh...dlm 1 jam lebih je

    To Ibu sayang...yea lah...next time lah kami join

    ReplyDelete