Wednesday, December 30, 2009

Hari Istimewa

Hari ini, 31 Disember merupakan hari yang cukup istimewa...istimewa kerana ia merupakan hari penutup bagi satu- satu tahun dan hari esok kita akan membuka lembaran yang baru...hari ini juga biasanya orang mula mencipta pelbagai azam untuk meningkatkan prestasi, kemajuan dan sebagainya untuk tahun hadapan...

Bagi kami ada satu lagi yang istimewa 31 Disember ni kerana ia merupakan Hari Ulang tahun Perkahwinan kami...tahun 2009 ni merupakan tahun yang ke-11...Happy Anniversary...

Begitu cepat masa beredar...pejam celik pejam celik dah sebelas tahun rupanya usia perkahwinan kami...tak sangka ulang tahun kesebelas ni kami sambut di negara Kiwi ni...

Kalau diputarkan semula jam...sebelas tahun yang lalu kami melalui cabaran yang begitu berliku...Nan hanya bekerja sebagai Guru Sandaran (GSTT) dan aku pulak cuma kerani di syarikat yang kecil...tapi kerana nekad untuk berubah... sambil bekerja kami menyambung pelajaran di peringkat sarjana di UiTM Shah Alam...

Alhamdulillah sedikit demi sedikit ada kemajuan...akhirnya aku berjaya masuk KPLI dan kini sudah 8 tahun bergelar guru...manakala Nan pulak...daripada pensyarah Kolej L&G Twintech seterusnya berpindah pulak ke UMP hingga kini...begitu juga dengan tempat tinggal...beberapa kali kami berpindah randah...dari Pantai Dalam ke Sri Damansara...kemudian ke Gambang Pahang...seterusnya ke sini (NZ)...Alhamdulillah juga kerana di usia ke-11 perkahwinan kami ini kami dianugerahkan oleh Allah 4 cahayamata yang sempurna dan cukup sifat...Najwa, Arif, Yasmin dan Wafa...

Harapanku semoga kedatangan 2010 akan memberi aku lebih kekuatan dalam mengharungi hidup di negara orang... aku akan memperuntukkan masa cutiku yang panjang ini untuk mengasuh dan mendidik anak2 ku supaya mereka tidak terlalai an terleka dengan dunia "mat salleh" ni dan semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah...Semoga suamiku juga akan terus tabah mengharungi dunia PhDnya...tabah menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang bakal mendatang...

Dan harapanku juga semoga di tahun 2010,  Allah memurahkan rezeki kami anak beranak seterusnya dapat pulang bercuti ke kampung halaman dan menziarahi orang tua serta sangat saudara yang sangat kami rindui...

Dan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kami juga...aku harapkan semoga rumahtangga kami kekal aman bahagia hingga ke akhir hayat

Kek yang dibuat khas sempena Anniversary

Kad ucapan daripada anak- anak tersayangAlhamdulillah...dari classmate (form1 - form5) bertemu jodoh dan kekal bahagia hingga sekarangAlhamdulillah atas anugerah Allah...semoga kalian akan menjadi anak yang soleh & solehahAlhamdulillah...diberi peluang oleh Allah untuk menyaksikan keindahan bumi New Zealand ini

Monday, December 28, 2009

Tahniah PMR 2009

Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mencipta kecemerlangan dalam PMR baru- baru ini...

Tahniah juga buat semua warga SMK Lepar kerana buat julung kalinya berjaya menghasilkan pelajar 8A pada tahun ini...tahniah buat Pengetua, Datin Stella, para pentadbir dan para guru terutamanya guru2 yang mengajar subjek PMR...Nampaknya result PMR di SMK Lepar tahun ini meningkat berbanding dengan tahun- tahun yang sudah (2002 - 2008)...Alhamdullilah

Ni result yang aku terima melalui facebook...aku highlightkan matematik tu sebab subjek tu aku yang ajar...aku ajar 2 kelas (3A dan 3B)...tahniah kepada rakanku yang sama- sama mengajar Matematik (Cikgu Zuraida)...Sebenarnya aku tak sempat menghabiskan semua kelas PMR kerana 2 minggu sebelum mereka menghadapi peperiksaan, aku dah terbang ke bumi NZ ni...tapi alhamdulillah nampaknya pemergianku ke sini tidak menjejaskan result mereka...

BM= 24A 60B 27C 7D 3E
BI= 4A 24B 23C 33D 37E
SEJ= 6A 21B 29C 52D 13E
GEO= 14A 20B 51C 30D 6E
PAI= 38A 35B 28C 12D 2E
MATH= 16A 22B 23C 50D 10E
SC= 11A 29B 45C 32D 4E
KHB-KT= 22A 3B 0C 0D 0E
KHB-ERT= 6A 14B 19C 6D 4E
KHB-PK= 0A 8B 24C 14D 3E

Mungkin result ni nampak biasa je...tapi sebagai sekolah pedalaman (macam SMK Lepar ni)...result ni sangat membanggakan kami...sebab kebanyakan pelajar datangnya dari pelajar yang kurang cemerlang semasa UPSR dahulu...

Tahniah buat pelajar yang berjaya memecah rekod sekolah kerana mendapat 8A...(Norsafiah Husin)...seingat aku lebih kurang sebulan sebelum peperiksaan Safiah telah kehilangan ayahanda yang dikasihi kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya...Alhamdullilah Safiah berjaya mencipta kecemerlangan yang dimpikan oleh dirinya sendiri dan seluruh warga sekolah..

Tahniah kepada semua warga SMK Lepar...jasamu akan dikenangAntara pelajar2 Tingkatan 3, 2009...Tahniah buat kalian...gambar ni aku ambil dari blog Ustaz Sobirim

Tahniah juga aku ucapkan buat anak saudaraku, Nadia Fatiha kerana berjaya mendapat 7A 1B...nanti ajak mama & papa datang bercuti di New Zealand yea...Mak Teh tunggu kat sini...

Yang bertudung tu Kak Nadia...tahniah dari kami sekeluarga

Kutemui pohonmu

Dulu kat Malaysia aku biasa jumpa buah- buah ni kat Supermarket je...tapi kini aku begitu teruja kerana dah jumpa pokoknya... 

Pokok pear dan apple hijau ni aku jumpa kat Kell Park...tapi buahnya tak adalah besar sangat sebab bukannya buah yang komersial atau untuk pasaran...pokok ni di tanam untuk landskap kat sini je (aku rasalah)

BUAH APPLE HIJAU
BUAH PEAR
Pokok plum ni pulak aku temui waktu ke rumah En Azmi di Waikato baru- baru ni...buahnya sangat lebat...tapi sayangnya belum masak lagi 

BUAH PLUM

Yang paling teruja sekali bila jumpa pokok strawberry dan macam2 lagi berry yang lain seperti blueberry, boysenberry, blackberry dan lain2.Walaupun banyak buah yang kutemui di sini...namun ingatanku tetap kepada buah- buahan di Malaysia...durian, cempedak, ciku, langsat, duku, rambutan, mempelam...emm sedapnya...memang tak boleh lawanlah buah- buah kat NZ ni...

Kat sini buah2 ni payah nak jumpa...Buah durian kalau adapun isi yang dah beku, buah mempelam pulak mahal sangat harganya...sebiji dalam RM12, buah rambuatn pulak cuma ada yang dalam tin je...buah-buah lain aku tak perasan pulak...tak pernah jumpa lagi...Rindunya cempedak goreng....
AKU MERINDUI MU...

Friday, December 25, 2009

Bekalan dikemudian hari

Alhamdulillah hari ini  berjaya mengadakan kelas fardu ain...sebelah pagi mengajar sirah (sirah nabi dari lahir hingga tinggal bersama bapa saudaranya)...Alhamdulillah anak- anak murid nampaknya begitu berminat...

Bergambar sebelum kelas bermula

subjek sirah...dah ada whiteboard 

Sesi kedua pulak (after tea break)...subjek, akidah...tajuk hari ini tentang rukun iman...untuk menarik minat anak2 murid aku cuba mengajar sambil melihat video melalui internet...kat sini disertakan video tersebut atau kalau nak cari search rukun iman + you tube...bagus jugak video ni sebab ada animasi dan nasyid...senang budak2 nak ingat...

Sedang melagukan nasyid rukun iman

Menyaksikan video rukun iman yang pertama...percaya kepada Allah

Selepas lunch break pulak diaorang perlu solat berjemaah... yang dah pandai baca perlu baca kuat2 supaya yang kecik2 boleh ikut bacaan mereka...

Solat zohor dan asar berjemaah

Then di sesi petang pulak subjek pendidikan Islam...oleh kerana smua dah ada buku kerja...jadi mereka cuma buat latihan dalam buku kerja masing- masing...

Sedang menjawab latihan pendidikan Islam...dah boring duduk kat kerusi...sekali sekala duduk kat beranda pulak

Pukul 3.30 petang berakhirlah kelas fardu ain...lepas tu seronok menyaksikan diaorang main kembara muda...mula2 diaorang buat peta...lepas tu berdasarkan peta tu diaorang pergilah kembara keliling rumah ni...saksikanlah aksi mereka....

dah penat mengembara...jom minum petang

Alhamdulillah...aku benar2 berharap agar kelas fardu ain ni dapat berjalan lancar...semoga anak2 ini akan menjadi anak soleh dan solehah & dapat menggunakan semua ilmu yang dipelajari buat bekalan dikemudian hari...

Tuesday, December 22, 2009

Cabaran sebagai pendidik

Sudah 3 bulan aku meninggalkan dunia pendidikan...dan semalam tugasku sebagai pendidik bermula semula...walaupun tiada gaji tapi aku puas kerana dapat mencurahkan sedikit ilmu yang ada pada anak didikku (chewah...5 orang je)...

Bersempena dengan cuti yang lama ni (1 bln setengah) akupun berpakatlah dengan Nida untuk mengajar anak2 kami Sukatan Pelajaran Malaysia...Kelas diadakan setiap hari Selasa dan Khamis secara bergilir2...contohnya minggu ni rumah aku dan minggu depan rumah Nida...Aku ajar subjek Matematik, Fardu Ain, Pen Islam (KAFA), Jawi dan bacaan solat....manakala Nida pulak subjek B.Melayu, B.Inggeris dan Sains...Bahan2 yang kami gunakan ialah semua buku kerja yang diimport khas dari Malaysia...

dan semalam bermulalah kelas pertama...antara yang mencabarnya...

1) Perbezaan umur dan sukatan tak sama...Najwa(9), Mizah(8), Arif(7),Azi(6) dan Min(4)...menyebabkan aku terpaksa mengajar tajuk yang berlainan...berebut2 diaorang nak tanya...terpaksalah aku suruh diaorg tunggu...ikut turn
2) Tempat yang tidak kondusif...belajar kat meja makan je dan tak ada whiteboard (tengah surver ni)

3) Terpaksa memegang banyak peranan...akulah cikgu, pentadbir, pengawas dan makcik Kantin...semua harung serentak

4) Gangguan dari Wafa...pantang orang pegang buku ke, pen ke...semua dia nak

5) Budak2 ni suka benar bergurau...pantang pandang arah lain...mulalah dia bergurau...apa2 pun tak kisahlah janji diaorang happy

Inilah jadual perlaksanaan oleh Cikgu Asna dan Cikgu Nida...diimport khas dari SMK Lepar dan SMK Pandan
Ni baru mula kelas sebab tu lah tekun semacam je...lepas tu mulalah mata duk tengok jam je                         Tea break...makan biskut cap ping pong je                      Boring kat meja makan...sambung kat sofa pulak Lunch kat atas trampolin...tak payah penat2 nak menyapu...he3 BBM secara berkomputerpun ada...tak lah boring sangat esp pada yang kecik2Program mentor mentee pun ada...bolehlah cikgu duduk relek sikitItulah antara program kami masa cuti ni...walaupun objektifnya tak mencapai 100%...tapi okeylah daripada tak ada langsung...sekurang2nya bila2 anak kami pulang dan bersekolah semula di Malaysia nanti tak delah diaorng terkulat2...at least tahu nak buat ayat dan biasa dengan sukatan2 di Malaysia...InsyaAllah

Sunday, December 20, 2009

Jalan- jalan cari mussel

Bersempena dengan cuti sekolah yang baru bermula & meraikan kedatangan kakak Biha dan keluarganya melancong ke NZ ni... kamipun mulalah merancang nak pergi jalan- jalan...
Kemana yea???...Akhirnya kami memilih untuk mengutip mussel di Coromandel
Ikutilah catatan perjalanan kami

Jamuan ringkas di rumah kami bertujuan untuk bertemu dengan kakak Biha...haa!!! kat sinilah datang idea untuk mengutip mussel di Coromandel

"Rombongan datang nak minang kau Najwa"...kata Chik Zack
Tiba waktu yang dijanjikan...pukul 10.15 (setelah banyak kali tukar masa)...kamipun bertolaklah ke Coromandel yang jaraknya kira2 160km (hampir 2 jam perjalanan)...dengan 5 buah kereta (Lornie, Hanafiah, Abang Biha, Zack dan kami)...
Acara pertama kami berhenti makan- makan dulu...oopss sebelum tu kami sempat naik mini keretapi...bayarannya 2 dollar saja dan Wafa free

Berposing depan kaunter bayaran
Haa ni lah dia rupa keretapi tuLaju gak keretapi ni rupanya...
Acara yang ditunggu2...meh makan dulu...tapi ibadat tetap tidak dilupakan
Perjalanan diteruskan...misi seterusnya ialah untuk mencari mussel
Perjalanan lebih kurang 5km...menyusuri pantai...cantiknya pemandangan
Akhirnya kami tiba kat tempat yang dituju
Misi bermula...cari cockle dulu...sebab senang...banyak betul kat sini...dalam setengah jam aku dapat setengah plastik...tapi tak larat...sakit belakang
kalau nak cari mussel kena ketengah laut sikit...aku tak pergi pun sebab tak nak berbasah...sejuk!!!
Ni lah rupa mussel...saiznya besar tapak tangan...kalau bakar cicah sos...sedap...
Lepas main air...makan lagi
Dalam pukul 6.00 petang kami bertolak balik...tapi sebelum sempat singgah untuk melihat pokok square kuari yang berusia lebih 1200 tahun...tengok tu besar betul pokoknya
Then kami mula bertolak balik...ni lah antara gambar2 yang sempat aku rakam...walaupun jam telah menunjukkan pukul 8 lebih...namun masih terang...dan aku sungguh kagum dan teruja menyaksikan pemandangan yang cukup indah sepanjang perjalanan...plan nak tidur tapi terus tak jadi...
Hari ini...

Inilah hasil kutipan aku semalam...pipi (bolehlah sekali masak), 2 biji mussel       dan cockle (sekali masak)                                                    Emmm masak lomakpun sodap
                                                  Tunggu masa untuk dimasak