Friday, December 25, 2009

Bekalan dikemudian hari

Alhamdulillah hari ini  berjaya mengadakan kelas fardu ain...sebelah pagi mengajar sirah (sirah nabi dari lahir hingga tinggal bersama bapa saudaranya)...Alhamdulillah anak- anak murid nampaknya begitu berminat...

Bergambar sebelum kelas bermula

subjek sirah...dah ada whiteboard 

Sesi kedua pulak (after tea break)...subjek, akidah...tajuk hari ini tentang rukun iman...untuk menarik minat anak2 murid aku cuba mengajar sambil melihat video melalui internet...kat sini disertakan video tersebut atau kalau nak cari search rukun iman + you tube...bagus jugak video ni sebab ada animasi dan nasyid...senang budak2 nak ingat...

Sedang melagukan nasyid rukun iman

Menyaksikan video rukun iman yang pertama...percaya kepada Allah

Selepas lunch break pulak diaorang perlu solat berjemaah... yang dah pandai baca perlu baca kuat2 supaya yang kecik2 boleh ikut bacaan mereka...

Solat zohor dan asar berjemaah

Then di sesi petang pulak subjek pendidikan Islam...oleh kerana smua dah ada buku kerja...jadi mereka cuma buat latihan dalam buku kerja masing- masing...

Sedang menjawab latihan pendidikan Islam...dah boring duduk kat kerusi...sekali sekala duduk kat beranda pulak

Pukul 3.30 petang berakhirlah kelas fardu ain...lepas tu seronok menyaksikan diaorang main kembara muda...mula2 diaorang buat peta...lepas tu berdasarkan peta tu diaorang pergilah kembara keliling rumah ni...saksikanlah aksi mereka....

dah penat mengembara...jom minum petang

Alhamdulillah...aku benar2 berharap agar kelas fardu ain ni dapat berjalan lancar...semoga anak2 ini akan menjadi anak soleh dan solehah & dapat menggunakan semua ilmu yang dipelajari buat bekalan dikemudian hari...

No comments:

Post a Comment