Sunday, February 21, 2010

Silaturrahim Auckland - Waikato

InsyaAllah kalau tak ada aral melintang dalam masa sebulan lagi kami akan berpindah dari Auckland ke Waikato...dalam sibuk menguruskan borang2 ke Waikato & mencari rumah, suami sempat berbincang nak lawan bola antara Malaysian Postgrade Auckland vs Waikato...

Sepertimana yang telah dijanjikan, maka semalam berkumpullah warga Auckland (gabungan antara Northshore, Mount & City) & warga Waikato di padang Glamorgan School (sekolah Najwa & Arif)...rumah kami jugak dikunjungi ramai orang sebab rumah kami ni berfungsi sebagai tempat menyambut tetamu & tandas awam...

Meh lihat aksi2 di bawah...

Sebelum memulakan perlawanan meh pekena teh tarik & donut dulu
Papa bersedia ke padang...boleh menang ke ni...
Perlawanan sedang berjalan...Alhamdulillah cuaca hari ni sangat baik...
Habis perlawanan...Auckland kalah 1-2...tak apa tahun depan cuba lagi...
Dah penat main sekarang masa untuk makan pulak...makan2 sambil menghidup udara nyaman di Long Bay...dalam masa yang sama dapat berkenalan antara warga Auckland & Waikato
Macam biasa...acara wajib bila datang kat Long Bay ni...mandi laut...

Saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat esp yang membantu saya di dapur...sebagai tuan rumah...kami mengucapkan jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kelemahan & kekurangan...Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita akan kian erat...

Saturday, February 13, 2010

Khabar suka & duka dari kampung

Pada hari khamis lepas lebih kurang jam 12 malam (pukul 7 ptg waktu M'sia) saya menerima panggilan telefon daripada Abang Long di kampung yg memaklumkan bapa saudara...yg saya panggil Pak Ngah telah kembali ke rahmatullah...Pak Ngah meninggal kerana sakit tua...umurnya dah lebih krg 70 tahun...sehari sebelum bertolak ke sini saya sempat menemui Pak Ngah...waktu bersalam dengan dia...saya beritahu dia yang saya nak pergi jauh...dia ingat saya nak balik Kuantan...saya kata nak pergi luar negara...dia kata jauhnya...itulah kali terakhir saya menemui arwah...

Pak Ngah ni kalau kat kampung sinonim dengan buah tembikai...sebab dia jual tembikai dekat simpang nak masuk ke kampung saya...kami pun selalu jugak singgah beli buah tembikai kat situ...yang bestnya beli sebiji dapat dapat percuma 2 biji...tapi kami tak pernah lupa belikan dia baju terutamanya time nak raya...

Semoga roh Pak Ngah dicucuri rahmat & aman damailah di sana...Pak Ngah tetap dalam kenangan kami...
Ni gambar kat rumah Pak Ngah masa raya hari tu...actually Pak Ngah ada kat belakang Wafa tu...tapi sayangnya kami tak terfikir pulak nak rakamkan gambar arwah masa ni...Dalam berita duka, saya juga menerima berita gembira kerana hari ini anak saudara suami, Suhaimi akan melangsungkan perkahwinan...walaupun berada jauh di bumi NZ, kami tetap dapat merasakan kemeriahan di sana...di sebelah suami saya ada 8 ipar, 40 lebih anak saudara & berbelas jugak cucu saudara...memang meriah kalau sesekali dapat berkumpul...seronoknya kalaulah kami sama2 dapat meraikan majlis tersebut...tak apalah...Walau apapun Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga...tahniah buat Abang Rie & Kak Tie kerana mendapat menantu yang ketiga

Kemeriahan majlis kat rumah Nan...ni gambar masa kenduri doa selamat sebelum kami ke sini dulu
Selain drp tu sempena Cuti tahun Baru Cina ni, adik beradik & anak2 saudara kebanyakannya bercuti di kampung...jealous tengok diaorang dapat makan keropok lekor...siap nunjuk2 lagi kat kitaorang (melalui oovoo)...walau bagaimanapun saya tetap rasa gembira sebab Pok & Ma mesti gembira dapat berjumpa dengan anak, menantu & cucu2nya...terubatlah sikit kerinduan pada kami semua...

Ni gambar masa dalam perjalanan pulang ke kampung (dari Kuantan ke K.Trg)...biasanya kalau ada cuti kamilah antara orang pertama yang tiba di kampungBestnya bila dapat berkumpul...ni gambar anak2 kami & sepupu2nya
Kami ucapkan Selamat Bercuti & Selamat Pengantin Baru...kami kat sini tak cuti pun ...sedihnya...

Saturday, February 6, 2010

Kusangka panas hingga ke petang

Kusangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengahari
baru empat bulan kami datang
kini terpaksa berundur diri

Begitulah suratan hidup kami...baru 4 bulan kami berada di Auckland...tiba2 pada bulan 12 yang lepas kami menerima satu berita yang agak mengejutkan iaitu supervisor suami berpindah ke Universiti Waikato di Hamilton (jarak lebih kurang 2 jam dari sini)...sepatutnya co supervisor yang mengambil alih sebagai main supervisor...tapi tah macammana dia tak sanggup atas pelbagai alasan & tak ada sorang pun yg boleh jadi ganti maka University Massey dengan suka citanya melepaskan suami pergi....

Maka bermulalah proses suami mengisi beberapa dokumen yang diperlukan...dan Alhamdulillah minggu lepas universiti suami membenarkan dia berpindah ke University Waikato...sekarang ni masih dalam proses menunggu beberapa urusan di peringkat KPT (Kem Pelajaran Tinggi)...terutama yang berkaitan dengan perjanjian...harap semua berjalan lancar...InsyaAllah...

            Peta antara Auckland ke Waikato...ambil dari blog Cik Piah

Semalam kami pun berjalanlah ke Waikato sebab kami dikhabarkan ada seorang kakak ni dia dah habis belajar...cuma menunggu viva...dia akan pulang pada 21 Mac ini...kalau macam tu just nicelah sebab rumah kami kat sini pun tamat kontrak pada 2 April...hasil tinjauan kami pada rumah K.Rose tu...kami berkenan yang amat sangatlah kat rumah tu sebab....

1) Jarak rumah tu dengan Universiti, Sekolah Rendah & Kindigarten semua jarak jalan kaki...jadi dah jimat petrol kat situ.
2) Rumah ni ada 4 bilik...sesuailah dengan kami yg anak ramai ni & kalau ada kawan2 @ keluarga datang...selesalah...ikutkan kami nak rumah dua bilik je...tapi oleh krn kami ada 4 anak...undang2 di sini hanya membenarkan rumah yg ada 3 bilik @ lbh sahaja.
3) Sewa rumah ni agak murah...dalam $300 seminggu berbanding dengan rumah sekarang $360 ...sama dengan rumah 3 bilik.
4) Tuan rumah ni orang Malaysia (Cina)...dia sangat rapat dengan orang Melayu...katanya dia ada 11 buah rumah di sini.
5) Halaman rumah sangat luas...bahagian depan boleh memuatkan dalam 6 buah kereta dan bahagian belakang pun luas.
6) Kawasan kat sini mendatar & tidak berbukit2...senang sikit aku nak bawak kereta @ basikal nanti.
7) Rumah kami tak jauh dengan rumah En Azmi (kwn June yang pernah kami pergi dulu)...rumah dia seberang jalan je...dan En Azmi tu ada 5 anak yang dah besar2...jadi tak adalah sunyi sangat kami nanti...
8) Bahagian dalam rumah ni pulak cukup luas & cantik.

Kami masih lagi dalam peringkat perbincangan... InsyaAllah ada rezeki dapatlah kami menghuni di rumah ini...kalau tak tak tahulah lagi macammana...

                                  Jalanraya sebelum masuk ke kawasan rumah
                                 Bahagian hadapan rumah
                     Rumah dari pintu depan...yang baju pink tu Kak Rose 
                                   Rumah dari pintu belakang                                     Ruang tamu...pemanas tu gas heater                      Ni antara ruang tamu ke bahagian dapur                            Bahagian dapur agak luas dan selesa
                   Bhg kanan Wafa tu ada 4 bilik dan bhg kiri ruang tamu
           Ada 3 pintu kat sini...bilik mandi, tandas & laundry + tandas                                               Ni bilik mandi...ada bathtab
   Pokok daun kesum yang cukup subur & daunnya pun besar2 Sebelum balik K.Rose sempat berpesan supaya menjaga bunga rosnya baik2
Ni hasil tulisan suami pula...

Setelah direnung renung, macam macam cabaran kami tempuhi untuk sampai ke bumi NZ ini, dari kesukaran  mendapatkan biasiswa, cabaran menyiapkan Visa, cabaran untuk mendapatkan rumah yang kami mampu dibayar di Auckland ni, cabaran untuk lepas pendaftaran sebagai pelajar Phd, anak anak dan cabaran mereka di sekolah, Min dan tadika baru, supervisor berpindah universiti dan yang paling kuat sekali cabaran untuk meneruskan hidup dalam suasana yang sangat perlu berjimat kerana kewangan yang sedikit dan terbatas serta tukaran matawang yang tidak memberikan nilai yang besar pada ringgit berbanding Dollar NZ, semuanya harapnya hanyalah pada permulaan dan selepas ini episod di Waikato pula,tak tahulah macammana tapi harapnya segalanya berjalan dengan lancar.

Tapi tak mengapalah, pengalaman ini setidak tidaknya akan mematangkan kami untuk lebih cekal pada masa depan. Semoga Allah memberkati kehidupan kami di sini, InsyaAllah, semua ini untuk mencari ilmu demi untuk membina bangsa  di tanahair tercinta jua ..

Blog student Malaysia di Waikato...klik di sini

Tuesday, February 2, 2010

Rinduku tiada yang tahu

Aku masih ingat lirik lagu masa aku kecil2 dulu...tak pasti siapa penyanyinya tapi dari Indonesia...lagu ni dah lama...mungkin awal 80an dulu...antara lirik- liriknya...

Bulan yang bersinar berilah salamku
Bintang yang bercahya bawalah rinduku
Angin yang berhembus katakan padanya
Rinduku tiada yang tahu...rinduku tiada yang tahu
Katakan padanya sayang...rinduku tiada yang tahu
oooo rinduku....

Tak tahulah kenapa dua tiga hari ni aku teringat benar kat kampung halaman...mungkin kerana aku dah mula rasa kesunyian kerana anak2 dah mula bersekolah...atau mungkin kerana dua hari lepas aku bermimpi suatu yang sangat aku takuti berlaku...mimpi tu benar2 mengganggu aku...walaupun hanya mimpi tapi aku takut benar kalau ia menjadi kenyataan...

Walaupun hampir setiap hari aku dapat beroovoo dengan keluarga di kampung & dapat melihat mereka secara maya...tapi hakikatnya kami terlalu jauh dengan mereka...

Aku amat merindui rutin kami setiap kali pulang ke kampung...pagi sarapan di beranda bawah sambil berborak dengan Ma & Pok dan baca surat khabar...lepas tu ke rumah Mak Mertua...kadang2 bawa dia berjalan & membeli keperluannya...@ kadang2 masuk kebun...kutip rambutan, durian, duku, langsat, buah salak dll...kemudian lepas asar kami ke pantai Tok Jembal...makan keropok lekor, goreng pisang, ikan, udang & sotong celuk tepung...lepas tu sembahyang maghrib di rumah Abang Long & makan malam di sana...rindunya aku saat2 tu....

Sekarang aku cuba jugak menjengok harga tiket...boleh tahan jugak mahalnya...tambah pulak dengan bilangan kami yang ramai ni...Sekarang ni kami perlu berjimat cermat...perlu kumpul duit...InsyaAllah ada rezeki aku benar2 berharap agar dapat menjejak kaki ke kampung halaman pada penghujung tahun 2010 ini...

Moga Allah merahmati dan memanjangkan umur orang2 yang sangat kami sayangi...kami ingin sangat bertemu dengan mereka...Bila dah berjauhan begini barulah aku benar2 faham erti sebuah kerinduan...

Gambar di hadapan rumah Che' (Mak Nan) di Manir...Bila balik rumah Che' kami suka berkumpul atas tangga ni sambil minum teh 0 dan goreng pisang...kat sini tak ada goreng pisang sebab tak jumpa lagi pisang yang sesuai untuk digoreng...
Beranda tempat kami sering berkumpul, sarapan, minum petang, baca surat khabar, tempat berbuka puasa, sahur...kebanyakan semua aktiviti berlaku di sini...tempat yang sangat aku rindu...
Halaman rumahku...Abang, Yasmin dan Loqman sedang main pasir di halaman rumah...Keluargaku tersayang...aku ada 3 abang, 3 kakak ipar, 1 adik perempuan, 3 adik lelaki & 8 orang anak saudara...Wajah yang sangat aku rindui...dulu setiap kali cuti sekolah Pok pasti telefon & tanya bila nak balik...sabarlah Pok InsyaAllah ada rezeki kami akan pulang...