Monday, December 28, 2009

Kutemui pohonmu

Dulu kat Malaysia aku biasa jumpa buah- buah ni kat Supermarket je...tapi kini aku begitu teruja kerana dah jumpa pokoknya... 

Pokok pear dan apple hijau ni aku jumpa kat Kell Park...tapi buahnya tak adalah besar sangat sebab bukannya buah yang komersial atau untuk pasaran...pokok ni di tanam untuk landskap kat sini je (aku rasalah)

BUAH APPLE HIJAU
BUAH PEAR
Pokok plum ni pulak aku temui waktu ke rumah En Azmi di Waikato baru- baru ni...buahnya sangat lebat...tapi sayangnya belum masak lagi 

BUAH PLUM

Yang paling teruja sekali bila jumpa pokok strawberry dan macam2 lagi berry yang lain seperti blueberry, boysenberry, blackberry dan lain2.Walaupun banyak buah yang kutemui di sini...namun ingatanku tetap kepada buah- buahan di Malaysia...durian, cempedak, ciku, langsat, duku, rambutan, mempelam...emm sedapnya...memang tak boleh lawanlah buah- buah kat NZ ni...

Kat sini buah2 ni payah nak jumpa...Buah durian kalau adapun isi yang dah beku, buah mempelam pulak mahal sangat harganya...sebiji dalam RM12, buah rambuatn pulak cuma ada yang dalam tin je...buah-buah lain aku tak perasan pulak...tak pernah jumpa lagi...Rindunya cempedak goreng....
AKU MERINDUI MU...

No comments:

Post a Comment