Sudah 3 bulan aku meninggalkan dunia pendidikan...dan semalam tugasku sebagai pendidik bermula semula...walaupun tiada gaji tapi aku puas kerana dapat mencurahkan sedikit ilmu yang ada pada anak didikku (chewah...5 orang je)...
Bersempena dengan cuti yang lama ni (1 bln setengah) akupun berpakatlah dengan Nida untuk mengajar anak2 kami Sukatan Pelajaran Malaysia...Kelas diadakan setiap hari Selasa dan Khamis secara bergilir2...contohnya minggu ni rumah aku dan minggu depan rumah Nida...Aku ajar subjek Matematik, Fardu Ain, Pen Islam (KAFA), Jawi dan bacaan solat....manakala Nida pulak subjek B.Melayu, B.Inggeris dan Sains...Bahan2 yang kami gunakan ialah semua buku kerja yang diimport khas dari Malaysia...
dan semalam bermulalah kelas pertama...antara yang mencabarnya...
1) Perbezaan umur dan sukatan tak sama...Najwa(9), Mizah(8), Arif(7),Azi(6) dan Min(4)...menyebabkan aku terpaksa mengajar tajuk yang berlainan...berebut2 diaorang nak tanya...terpaksalah aku suruh diaorg tunggu...ikut turn
2) Tempat yang tidak kondusif...belajar kat meja makan je dan tak ada whiteboard (tengah surver ni)
3) Terpaksa memegang banyak peranan...akulah cikgu, pentadbir, pengawas dan makcik Kantin...semua harung serentak
4) Gangguan dari Wafa...pantang orang pegang buku ke, pen ke...semua dia nak
5) Budak2 ni suka benar bergurau...pantang pandang arah lain...mulalah dia bergurau...apa2 pun tak kisahlah janji diaorang happy
Inilah jadual perlaksanaan oleh Cikgu Asna dan Cikgu Nida...diimport khas dari SMK Lepar dan SMK Pandan
No comments:
Post a Comment