Wednesday, December 9, 2009

Yang ditunggu dah kunjung tiba

Minggu lepas kedengaran bunyi hon dari luar rumah...then happynya aku sebaik saja terlihat kotak yang tertulis from Ahmad Ramzan, Taman Armon, K.Trg...kotak yang dah lama aku tunggu...kotak yang sangat penting bagi aku sebab bagi orang Terengganu kalau makan nasi mee goreng atau nasi goreng tak sah kalau tak ada keropok keping...sebenarnya dah sebulan kami kepupusan keropok keping...kat sini memang tak ada keropok (kalau adapun keropok udang dan belinjau...tak kick)

Alang2 pos keropok banyak lagi le benda2 yang aku suruh pos...ha! tengok gambar tu ada milo, susu Wafa, keropok segera, telekung, pam basikal, mesin potong rambut, maggi, ubat gigi budak & dewasa, panadol, bilis, teh, periuk pengukus dan macam2 lagi...actually benda2 tu ada kat sini...tapi harganya kalau kat Malaysia RM20 kat sinipun 20 dolar...darab pulak dengan 2.5 = RM50...jadi mahallah kalau beli kat sini

Kami agak bernasib baik kerana keropok tu lepas masuk...sebab ada kes2 sebelum ni kena baling je...agaknya diaorang dah sibuk nak cuti krismas so, tak ada masa nak buka kotak tu (sebab kotak tu tak ada kesan dibuka pun)

Setelah aku congak2...hai dalam RM350 jugak barang yang dipos...kos pos pulak RM100 jadi sama dengan RM450...kalau beli barang tu kat sini RM350 x 2.5 =RM875...kira untung lagilah kalau kita pos...banyak pengiraan ni...biasalah cikgu matematiklah katakan...

Terima kasih Abang Long & Kak Dah kerana bersusah payah tolong cari benda2 yang kami suruh pos tu ...rasanya nak kena tambah lagi duit tu he he he... ni ada lagi senarai yang kami nak suruh pos sebab stok rempah cap bunga ros dah nak habis...tapi tunggu dululah...kena cukupkan 20 kilo...

Kotak yang mengandungi yang boleh muat barang 20 kiloNi lah antara barang2nya


No comments:

Post a Comment