Thursday, November 5, 2009

Perjumpaan...bunga api...sate

Hari ni satu pertemuan diadakan sempena tak tahulah sempena apa...ikut perancangan asal nak datang main bunga api je rumah Nihra...tah macammana jadi besar-besaran pulak...

Mengikut sejarah, masa 5 Nov 1605 dulu berlaku kebakaran besar di parlimen England (rujuk internet, search : firewar England 1605)..so orang kat sini sambutlah dengan membakar mercun dan bunga api..pusat membeli belahpun dibenarkan menjual dalam masa 2,3 hari sahaja (lesen dibenarkan masa tu je)...kami pun beli lah sikit untuk mengembirakan hati anak- anak esp anak lelaki tunggal kami tu... 

Pertemuan bermula pukul 6.00 petang (semua lbh kurang 10 family hadir)...first acara membakar sate dan makan- makan...lepas tu solat maghrib berjemaah (lelaki di rumah Hanafiah dan perempuan di rumah Nihra)...lepas tu tengok show bunga api yang di pasang berhampiran stadium..then giliran kita main bunga api pulak...sambung makan lagi & bahagikan sate yg lebih2 ikut rumah...then balik dan tidur sebab esok anak- anak nak ke sekolah.

Apa- apa pun terima kasih banyak- banyak kepada Nihra sekeluarga yang banyak sponsor untuk pertemuan hari ini...hanya Allah saja yang dapat membalasnya...

Nilah bunga api yang kami beli..15 dollar jugak..hai anak punya pasal

macam- macam ada sate, nasi himpit, karipap, mee hoon, sandwich, kerepek, maruku, buah2an dan macam- macam lagi

Tengok tu..anak- anaklah yang paling happy...mak budak pun tak ketinggalan..bila lagi nak bincang pasal petua, gossip artis, bla, bla...Acara membakar sate bermula

Tibalah masa yang tunggu...bermain bunga api sambil menyaksikan pertunjukkan bunga api

No comments:

Post a Comment