Sunday, November 29, 2009

Terkejut besar!!!

Memang terkejut...datang yang pertama terkejut sikit...bila datang yang kedua lagilah terkejut...apa yang datang tu...hantu ke?...bukan...bukan

Haa!!! nilah dia benda yang datang tu

Bil vodafone (telefon & internet)...agak memeranjatkan sebulan $218.66 (RM546.65)

Tak lama lepas tu kami terima pulak bil elektrik...yang ni lagi memeranjatkan $352.22 (RM880.55) untuk sebulan setengah

Bermakna dalam jangka masa sebulan setengah ni kami perlu membayar lbh kurang RM1427 atau $ 570 untuk bil Vodafone & Elektrik...tak masuk sewa rumah lagi $1440 sebulan...($1440 +$570 = $2010)...elaun cuma $2300...fuh ! penat tu...tak masuk lagi petrol, barang kering kat Park n Save & Tofu Shop, ikan2 kat Silver Bell, daging & ayam kat kedai Pak Arab tu...mana nak cekau ni...

So...kami mula insaflah ni...nilah langkah2 yang kami ambil dan akan ambil....

No heater and no blower...dulu waktu kami mula2 datang sini memang teramat sejuk...sekarang cuaca dah okey...so benda2 ni kami akan simpan (masuk almari)No microwave...tak ada lagi nak panas2kan makanan...makan je sejuk2 punDapur elektrik ni pun kami akan tukarkan ke dapur gas (tapi belum beli lagi sebab hanya dijual kat pasar Avondale di Auckland City...InsyaAllah next week kami gi beli)Lampu kami dah tukarkan kepada lampu yang energy saver...wajibkan buka 1 lampu sahaja...dan waktu tidur tutup semua lampuDengan langkah- langkah yang kami dah ambil ni harapnya bil bulan depan taklah semengancam bil bulan ni...InsyaAllah




3 comments:

  1. Emm...kalu tegokkan peralatan2 rumah yg dipakai tu mmg logik sgt bil2 tu, esp dapur & heater elektrik (heater & blower yg dlm gmbr tu rasanya lebih dr 1000W). Sbb tu antara per yg kene diambil kira masa nk pilih rmh sewa ialah dapur & heater system (ducted lgi bagus) mesti yg pki gas, sbb benda ni kita hari2 pki. Mcm kt melb ni rmh sya both dapur & heater ducted pki gas, so masa winter pun bil elektrik tak lebih dari AUD$200 (ni utk 3 bulan, sbb bil 3 bulan sekali). Bil gas pun dlm $100 lebih je (pun 3 bln sekali). Rasanya ada doh bgitau ke Denang pasal dapur & heater masa jump kat KT dulu. Anyway its a good lesson. Mmg kt oversea ni kene jimat apa yg patut. Kirim slm kt Denang

    ReplyDelete
  2. tu lah...skrg dlm proses nak beli dapur gas & heaterpun kena seal...jiran sebelah rumah bilnya cuma dalam $70 je..tp dia org kiwi..mungkin tak kuat masak mcm org kita ni

    ReplyDelete
  3. masa dapat bil ni mesti denang terdiam seketika, muka berkerut2 hehee....dulu 1st time guna hphone kat london dapat bil 150 pound lebih (lebih kurang RM700), terus insaf and terus pakai kad prepaid hi3...mcik rumahs ewa selalu gak tutup heater sebab nak jimat, dia takpe la kulit dah keras tapi kita yg masih nipis ni, hu3 sejuuuk giler!

    ReplyDelete