Monday, November 9, 2009

Kat Malaysia tak pernah..tapi kat NZ jadikkkk

Banyak benda yang tak pernah aku lakukan ketika di Malaysia tapi bila sampai di sini jadi aje...

Yang pertama dari segi masakanlah..Waktu kat Malaysia dulu banyak makan kat kedai atau Ma yang masak...tapi kat sini bila terlintas je nak makan sesuatu kenalah buat sendiri...walaupun baru sebulan setengah di sini banyak benda yang aku dah masak...antaranya Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Himpit, Laksa, Laksam, Kek Pisang, Kek Marble, Kek Coklat, Kuih Keria, Donut, Pizza, Sate dan banyak lagi...cuma Nasi Dagang je belum cuba sebab payah nak cari ikan yg sesuai & tak ada pengukus...ingat Raya Haji ni nak buat tapai (biasa tengok tok ma buat je)...Walau pun baru sebulan lebih kat sini beras dah habis 20 kilo...kalau dulu 5 kilo sampai 2,3 bulan tak habis lagi...tepung gandum, tepung naik sendiri tak tahu berapa banyak dah habis...yea lah 100% makan kat rumah...(berat badan pun bertambah jugak...)

Beras 10 kilo ni dah beli untuk yang ke 3 dah (2 beg dah habis)

Mana tak habis beras...haa tengoklah Yasmin tu...Kek Pisang ni favourite Nan...nak cari kat kedai susah (tak tahu kandungannya) so, kena trylah buat sendiri...Alhamdulillah menjadi...tengok tu punyalah laku sampai tak sempat nak ambil gambar

Keduanya Kutip Barang...mungkin pelik sikit bunyinya...sebab kat Malaysia jarang orang buang barang...tapi kat sini biasalah, banyak barang yang okey-okey lagi orang dah buang (mungkin ni negara maju so, orangnya pun senang2)...biasanya bila diaorang dah nak nak, dia akan letak di tepi2 jalan (hanya time tertentu sahaja yang dibenarkan)...antara barang yang kami dah berjaya kutip ialah hanger, tempat sidai kain, karpet, sketch board, almari TV, basikal, meja makan, almari kasut tilam dan banyak lagilah sampai dah penuh barang dalam rumah ni (nasib rumah besar)..

Meja makan pungut ni sekarang menjadi tempat penting..kat sinilah kawan-kawan kami berkumpul bila datang sambil makan- makan

Penyidai kain, hanger & bakul tu pun main kutip tepi jalan je...penting benda2 ni..kalau tak de ni tak kering kain...nak beli baru mana mampu (bakul tu pun dah 10 dollar)...sedih jeKetiganya beli barang second hand je..biasanya barang2 ni kami beli kat kedai second hand ataupun kat garaj sale...harganya pun sangat murah dalam 2, 3 dollar je...antara barang kami dah beli, meja komputer ($10) komputer & printer ($350), tV ($20), baju2 ($2), kasut ($4), basikal senaman ($70), peti Ais ($100) mesin basuh ($220), trampoline ($40), Honda Oddessey ($4800)...pendekkata semuanya second hand

Meja, kerusi, komputer...semua second handTengah pilih baju 3 helai, 5 dollar

Keempat beli buah reject..kat sini kami beli buah reject je (kebanyakannyalah..ada jugak beli buah baru)...nama je buah reject tapi tak de le buruk benor rupanya...masih elok...antara yang kami suka beli seperti anggur cuma 99 sen je sebungkus (dependlah harga tu ada yg $1.99, ada $3 sekotak...lain2 macam apple, limau, kiwi dan pisang...

Anggur ni lebih sekilo, cuma $1.99 (buah besar, tanpa biji dan manis)

tak semua benda mahal...coklat ni cuma $1.99 je

Kelima dapat belas ihsan orang...banyak juga barang dalam rumah ni yang orang bagi seperti tilam, selimut, microwave, set sofa, ...terima kasih banyak-banyak pada semua yang memberi

Begitulah keadaan serba sedikit kehidupan kami kat sini...kena banyak berjimat cermat...elaun kami cuma dalam $2300 je, sewa rumah saja dah $1440 tak masuk lagi elektrik, petrol, makanan mentah, susu Min & Wafa, pampers, bil telefon, internet, kami pulak anak ramai, just imagine...bak kata Nida kena survive...ya have to!!!!...hidup mesti diteruskan...yang penting kita happy.....

No comments:

Post a Comment