Wednesday, April 28, 2010

Anzac Day & Waikato River

Hari Ahad lepas pagi2 lagi kami dah bangun...hajat nak berjogging di Waikato River Walk...tapi sampai kat sana tengok ada perbarisan sempena Anzac Day...Anzac Day ialah hari untuk memperingati tentera2 yang telah terbunuh semasa peperangan dunia pertama dulu...ia diraikan di NZ dan Australia

Banyak jambangan2 bunga diletakkan di tugu khas dan antara nota2 yang ditulis ialah Thank You for Your surviving & macam2 lagilah

Apa itu Anzac Day....ni petikan yg saya ambil daripada internet :

Anzac Day marks the anniversary of the first major military action fought by Australian and New Zealand forces during the First World War.[1] The acronym ANZAC stands for Australian and New Zealand Army Corps, whose soldiers were known as Anzacs. Anzac Day remains one of the most important national occasions of both Australia and New Zealand.[2] This is a rare instance of two sovereign countries not only sharing the same remembrance day, but making reference to both countries in its name.

Kami pun pusing2 dulu sehingga perbarisan selesai...dan lepas tu kami berenam berjalan menyusuri Sungai Waikato...memang cantik pemandangan di sini...sungai yang bersih berlatar belakangkan daun2 yang berwarna warni...ditambah pula dengan jambatan yang klasik...memang cantik...

Katanya penempatan awal orang2 Inggeris di Waikato ni bermula di sepanjang sungai inilah...tapi sebelum tu kaum Moari dah sampai dulu kat sini...

Tak pasti camne ceritanya...apa2 pun layannn gambar2 kami ni:



Tuesday, April 27, 2010

Dikelilingi warga Malaysia

Dah hampir sebulan kami meninggalkan bumi Auckland...Alhamdulillah kami dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan iklim di bumi Waikato ni...dan Alhamdulillah juga kerana rumah kami di Edinburgh Road ni terletak berhampiran dengan rumah orang2 Malaysia kat sini...oleh kerana laman rumah kami agak luas & dilengkapi dengan set buaian, trampoline, bola dan lain2...maka petang2 rumah kami jadi port untuk anak2 kat sini bermain...jadi tak payahlah kami keluar ke mana2 waktu petang dan dalam masa yang sama bolehlah saya melayan blog, FB dll tanpa gangguan daripada anak2

Anak2 riang bermain...ada yang main trampoline, bola sepak, bola jaring & PS
Mengaji tidak dilupakan...mereka mengaji bergilir2...minggu ni rumah saya & minggu depan rumah jiran & begitulah seterusnya...rasa macam duduk kat kampung pulak...after maghrib kami akan berjalan kaki menghantar anak mengaji...tapi yang tak tahannya sejukkk

Sunday, April 25, 2010

Indahnya Autumn

Alhamdulillah kami diberi kesempatan oleh Allah untuk menyaksikan keindahan musim Autumn di bumi New Zealand ini...kata orang kalau di North Island pemandangan Autumn tidak begitu cantik...kalau nak lihat cantik lagi kenalah ke South Island...

Suhu sekarang pun sangat nyaman...tidak terlalu panas dan tidak jugak terlalu sejuk...just nice...suhu dalam sekitar 15 - 20 darjah...kalau kat Malaysia macam duduk kat bilik yang ada "air cond"

Sekarang ni kelihatan daun2 berguguran di sana sini (bukan semua daun...cuma daun2 tertentu je...kalau tak silap daun maple)...bila daun ni dah habis kat pokok... tu petanda masuklah musim winter...musim winter kat sini di sekitar bulan Jun nanti...kata orang sangat sejuk...so sekarang ni just tunggu dan lihat je lah

Pemandangan di musim Autumn
Pintu masuk Knighton Normal School
Ni lah bas kat Bandar Hamilton niDaun berguguran di sana siniAbang di tasik University WaikatoDi taman berhampiran rumah

Tuesday, April 20, 2010

Sekolah Baru...Knighton Normal School

Semalam Najwa &
Arif selamat mendaftar dan memulakan persekolahan pertamanya di
Normal School...mula2 jengok ke kelas Arif saya agak terkejut sebab kalau tak silap ada sorang je orang putih...yang lain2 tu bermacam2 warna kulit, ada coklat, kelabu, hitam dan sebagainya...macam kat International School pulak...berbeza masa kat Glamorgan dulu...satu kelas orang putih...jadi okeylah...taklah diaorang rasa terasing sangat...

Kami juga bernasib baik sebab jarak sekolah ke rumah kami cuma dalam 200 m je (jalan kaki tak sampai pun 5 minit)...jadi kami tak perlulah menghantar mereka pergi & balik ke sekolah..

Pintu masuk sekolah Arif & Najwa...Knighton Normal School
Depan kelas Arif
Kelas baru Arif
Liam sedang menunjukkan Arif tempat letak beg
Arif berjalan kaki ke sekolah
Lepas tu kami pergi mendaftar Yasmin pulak di Hillcreast Kindergarten...tapi Min tak boleh masuk sekolah terus...sekarang masih dalam waiting list...may be minggu depan Yasmin baru mula sekolah...tapi jarak antara rumah ke sekolah Min agak jauh...dalam 2 km kot...so terpaksalah saya drive untuk ambik Min ke sekolah

Depan sekolah Yasmin...Hillcreast Kindergarten
Sekolah ni agak kecil berbanding dengan Glamorgan Kindergarten
Sedang mengisi borang pendaftaran

Monday, April 12, 2010

Dunia baru kami

Bumi Auckland dah kami tinggalkan....sekarang kami masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru kami di bumi Hamilton ni...kalau nak dibandingkan antara Auckland dan Hamilton dari segi cuaca kat sini lebih sejuk...mungkin kerana dari segi geografinya Auckland terletak di utara manakala Hamilton pulak lebih bawah dari Auckland dan Hamilton pulak katanya berada di kawasan perlembahan...

Sepanjang minggu lepas rumah kami dikunjungi oleh ramai warga Melayu di Hamilton ni...Alhamdulillah dapatlah kami berkenalan dengan lebih rapat dengan mereka...antaranya ialah Arif & Nur, Shahril & Fariza, Abg Mi & K.Aina, Abg Zul & K.Hanim, Zaini & Adibah, Khairul & Zu, Fauzi & Syira, Saiful, Ust Faiz, Izhar & Hanna dan ramai lagi....

Warga Auckland juga tak ketinggalan datang melawat rumah baru kami antaranya Presiden MAPSA...Saudara Ridzuan & K.Zah, Penghulu City, Shah & Zati, Penghulu North Shore, Abg Mi & Asiah, sahabat2 kami di Albany, Syukur & June, Zack & Biha....terima kasih semua

Alhamdulillah rumah kami ni agak berdekatan dengan rumah keluarga Melayu kat sini...ada 4 rumah yg berdekatan dengan rumah kami...rumah K.Aina, Nuradyani, Fariza & K.Hanim...so petang2 ramailah anak2 Melayu kat sini yg datang bermain kat taman kami...tak lah bosan sangat Najwa, Arif , Yasmin & Wafa....

Rumah kami kali ni agak besar...ada 4 bilik, dapur & ruang tamu pun luas...kami juga agak bertuah kerana tuan rumah ni juga rakyat Malaysia (Cina)....jadi senanglah jika ada apa2 permasalahan tentang rumah ni

Nilah dia rumah baru kami

Pintu depan...tengah2 rumah ni ada lorong...sebelah kanan tu ada 4 bilik & sebelah kiri ialah ruang tamu dan dapur
Halaman belakang yang luas... lepas winter nanti dapatlah kami bercucuk tanam...dapat makan sayur freeSet buaian & trampoline ni kami bawa dari rumah lama dulu...Hobi baru papa & anak2...berbasikal ke padang universitiRuang tamu dan dapur yang luasFirst time Kakak & Abang ada bilik masing2 & tidur kat bilik sendiri

Monday, April 5, 2010

Selamat sampai & terima kasih semua

Alhamdulillah Sabtu lepas kami selamat sampai di bumi Hamilton ni & hari ini merupakan hari keempat kami di sini...terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan2 di Auckland dan Hamilton kerana membantu kami sepanjang proses pemindahan kami ni...

Inilah lori yang mengangkut barang2 kami...sewa dari North Habour Rental tapi kena drive sendiri

Lori ketika masih kosong

Proses mengangkut barang ke dalam lori...inilah dia orang2 kuat North ShoreDriver yang diimport khas dari Mount...Saudara Anas & co pilot, ZackSelamat tiba di Hamilton dan nilah dia orang2 kuat HamiltonRumah di Glamorgan yang dah kosong semulaRumah pertama dan terakhir kami singgah di sepanjang 6 bulan berada di North ShoreJiran kami yang sungguh baik hati...bye Jemma & Shawn...ada peluang kita jumpa lagi...keep in touch