Tuesday, March 2, 2010

Jalan2 bandar Auckland

Minggu lepas kami berkesempatan pusing2 di sekitar Bandar Auckland…sebenarnya bukan sengaja nak pusing2 tapi kami tersesat…dua tiga kali pusing jalan yang sama..walaupun dah menggunakan tom tom (baru beli)…tapi sesat jugak sebab confuse dengan arahan tom tom tu…

Tujuan kami ke Bandar Auckland sebenarnya nak menghadiri majlis harijadi Adilia yang diadakan di berhampiran dengan Taman Rose Parnell…disebabkan asyik tersesat je bila kami sampai majlis hari jadi tu dah habis…tak sempat nak tengok kek birthday Adilia…tengok kak blog mummy Adilia je lah…klik di sini…

Birthday Adilia...yang pakai baju merah tu adik ipar Cikgu Dagang & baby tu anak saudara Cikgu Dagang (untuk maklumat Pok sebab Cikgu Dagang tu anak sepupu Pok)

Bandar Auckland ni dikenali juga dengan nama City of Sail sebab bila masuk je ke Bandar Auckland ni banyak kapal2 layar berlabuh berhampiran dengan bandar…tak tahu nak cerita lebih2 sebab tak de maklumat…anyway boleh klik di sini..

City Of Sail

Pada pandangan saya…bandar Auckland ni tak lah sebesar & sesibuk Kuala Lumpur…setakat yang kami lihat bandarnya tenang je & tak banyak traffic jem…tak tahulah pulak macammana kalau time orang pulang dari kerja…

Pemandangan di bandar Auckland...kalau tak silap ni namanya Queens Road

Sky City

Pemandangan di bandar Auckland

Sebenarnya ramai pelajar undergrade Malaysia yang tinggal kat Bandar Auckland ni…mereka belajar di University of Auckland…ada yang tajaan Mara, Petronas, Kementerian dll…sepanjang kami berada di Bandar Auckland ni kami ada bertembung dengan ramai jugak student dari Malaysia...

Itulah serba sedikit cerita tentang Bandar Auckland…nak cerita lebih2 tak tahu sebab kami jarang ke Bandar Auckland ni…takut sesat!!!!

3 comments:

  1. kami pun jrg2 nak masuk ke Auckland City tu. hubby tak suka nak ke situ.

    ReplyDelete
  2. salam akak. ada contact lagi dengan student di Auckland tu? saya akan masuk sebagai pelajar di sana. Sila hubungi sye dengan segera ye. Bantu sye untuk menyambung pelajaran :) 0196179890

    ReplyDelete
  3. akak boleh visit blog sye klau akak nak balas soalan sye okay :0 thank you sangat2

    ReplyDelete