Tuesday, June 22, 2010

9 bulan berlalu...susah & senang

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 9 bulan kami merantau di negara kiwi ni...kalau org pregnant dah tiba masa untuk bersalin :-)

Banyak susah & senang yang mahu tak mahu terpaksa kami tempuhi...bercakap tentang susah...memang banyak yang susah...terutama yang melibatkan kewangan...Di kesempatan ni saya nak bercerita sikit ttg masalah kewangan yang terpaksa kami tempuhi...w/pun bagi kebanyakan org hal ni agak sulit... tapi tujuan saya nak kongsi bersama kalau ada sapa2 yang berpeluang belajar di sini...

Okey...elaun yang suami saya dapat cuma $2080 dan ini yang kami wajib bayar sebulan (sewa rumah $1200, eletrik $120, tel & internet $100, petrol $150)...begitulah anggaran kasarnya...balance yang kami ada cuma dalam $500 atau seminggu cuma $127 sahaja....dan $127 itulah yang nak beli daging, ayam, ikan, beras, buah2an, sayur2an, susu anak, pampers, bekal anak...fuh itulah yang buat kami rasa begitu terseksa...

Yg kami rasa terbeban sangat sebab sewa rumah kat sini terlalu mahal ($300 seminggu)...nak sewa rumah lebih murah tak boleh syarat sbb kat sini kalau anak 4 mesti rumah tu ada 3 bilik @ lebih...tak boleh main sumbat je...

Untuk mengurangkan beban biasanya pasangan2 yg ikut suami/isteri belajar, mereka bekerja...tapi kekangan saya ialah saya tak dapat kerja sebab ada anak yg belum sekolah...suami pulak tak boleh kerja sepenuh masa kerana dia cuma memegang visa student...lagipun takut jugak kalau kerja2 phD terganggu nanti...tu pun suami terpaksa jugak kerja dalam 14 jam seminggu sebagai cleaner...duit tu dapatlah top up mana2 yg tak cukup & buat beli jajan anak2...

Kadang2 kesian jugak dengan anak2...banyak benda yg mereka nak terpaksa kami buat tak tahu je...kadang2 bagi je diaorg pegang...sampai kat kaunter suruh casher tu sorok kata tak nak beli...he he...kelakar tapi kesian...tapi Alhamdulillah mereka sangat memahami...mereka tahu nak beli baju tak boleh kat pasaraya...cuma mampu beli yg second hand je...yg harga $2 sehelai...anak sy yang paling kecil pun tahu...kadang saya cakap tak boleh beli...then dia tanya...kenapa mama...mahal yea?

Itulah dia...itulah pengorbanan...bukan senang nak dapatkan PhD...banyak dah air mata ni keluar sebab rindukan family, suasana kerja, fikirkan duit, pelajaran anak2...tak apalah...Allah sentiasa ada bersama2 kita...

Budak 2 orang ni paling suka bila dapat ke kedai...saya hadkan seorang 50 sen je sehari...ni kat kedai Manjeet...selang 3 rumah je dari rumah kami...
Si kakak ni kuat bergaya...pantang tengok kasut & baju...tapi kena selalu pujuk dia...nanti bila dah balik Malaysia barulah kita boleh shopping2
Tak ada duit tak apa...yg penting kita sentiasa bersama & happy selalu...
Go go papa go...semoga berjaya bergelar Dr Adnan...kami tumpang gembira...jgn lupakan kami dah time tu...

9 comments:

  1. Salam Asna,

    Berkat kesabaran & redho si isteri tersayang Cikgu Adnan pasti menjadi Dr Adnan... insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...itulah yang buat saya rasa kuat...Alhamdulillah rakan2 kat sini banyak membantu...

    ReplyDelete
  3. Insyaallah bila dah pegang Phd lepas tu balik M'sia masa tu boleh shopping banyak2 sikakak yang suka bergaya boleh beli baju branded.Kesusahan disana hanya sementara bersabarlah....

    ReplyDelete
  4. kat sini pun rumah ada limitnya. mcm rmh nadiah ni 1 bilik je, maksimum 3 org 1 rumah. kalau anak bertmbh, kena pindah la jwbnya..kena cari rmh 2 bilik pulak

    ReplyDelete
  5. dan kekuatan akak, ikhlasnya redha seorang isterilah yg membuatkan akak serta anak2 akak tu masih mampu mengukirkan senyuman bahagia hingga saat ini, 9 bulan di perantauan.. Alhamdulillah, menitis air mata nana membaca betapa insan kecil itu memahami kehidupan ibubapanya.. melambangkan kejayaan akak and suami mendidik mereka.. nana doakan akak akan terus kuat dan tabah.. insyaAllah, dipermudahkan Allah segala urusan. apa yg penting, peluang untuk hidup bahagia bersama, susah dan senang..detik paling bermakna dalam hidup yg akan tinggalkan kesan hebat dalam hidup akak dan anak2. akak jaga diri, jaga kesihatan sebab akaklah kekuatan anak2..

    ReplyDelete
  6. Aslkm nur: I think u are doing tremendously well as a family, remember its a JOURNEY.. ..persevere & doa continuesly..this brings the family closer and at the end of it nanti you will look back and cherished all the experience that you have gone here which makes up what you and your kids become later...we look forward to c u all soon...our prayers with you, take care. farah

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih buat semua...Kak Zaitun, Nadiah, Nana dan kakak ipar tersayang, K.Farah...Terima kasih atas sokongan dan nasihat...

    ReplyDelete
  8. Sini free education ke Kak? Sebab tak nampak akak include education fee dalam monthly expenses..

    ReplyDelete