Friday, July 16, 2010

Anak cuti & ayah busy

Skrg musim cuti sekolah kat NZ ni (cuti 2 minggu dr 3 - 18 Julai)...fuh penat melayan karenah anak2...kejap nak itu kejap nak ini...nak berjalan2?...banyak perkara yang tak mengizinkan seperti cuaca yg terlalu sejuk (nak jalan2 pun tak de mood)...selain daripada tu duit pun tak berapa nak ada...yealah kalau berjalan semuanya duit...duit penting sgt skrg sbb tak sampai 2 bln lagi kami akan balik M'sia...yeah!!!

Dan yang paling utama kenapa kami tak blh berjalan sebab hubby terlalu sibuk sekrg...dia dalam proses menyiapkan proposal & ethic sbb by bln Sept ni semua kena settle barulah kami dapat pulang ke M'sia dgn aman dan hubby dapat memulakan kerja2 data collectionnya dgn mudah...itulah ceritanya...

Jadi utk mengelakkan kebosanan yg amat sgt...sy akan bawa anak2 ke Public Library (suami pergi uni naik basikal jadi kereta sylah yang punya)...istimewanya Public Library kat sini kita boleh pinjam seorg 20 biji buku dlm masa sebln...bayangkan keempat2 anak sy semua ada kad library...dah 80 biji buku blh pinjam)...selain daripada tu, kami juga boleh pinjam VCD...macam2 cerita yg kami dah pinjam Tarzan, Harry Potter, Princess, dan macam2 lagilah...

Kadang2 anak2 jiran dtg jugak bermain2 kat sini...so tak delah bosan sgt...dan hari ni berakhirlah cuti sekolah...Isnin depan anak2 akan mula bersekolah semula...dan nampaknya sy akan busy semula menyediakan sarapan & lunch box diaorg :-(

Depan public library...ni gambar bulan Mei dulu...tu pakai baju nipis je...skrg tak blh dah pakai macam ni...
kalau dah boring baca buku, boleh main mainan
Min memang minat tengok gambar sbb dia tak boleh baca lagi...lepas tu sibuk suruh kakak dia bacakan
tekunnya...bagus anak2 mama

5 comments:

  1. Bagusnya kemudahan disana,boleh pinjam banyak buku dalam satu masa tak payah pergi selalu.Dulu kak Zai pun selalu bawa anak2 pergi Perpustakaan Negara.

    ReplyDelete
  2. Salam Asna,

    Bestnya mcm2 kemudahan yg disediakan di Pub Lib di sana

    ReplyDelete
  3. nasib baik ada library ni...hilang sikit rasa bosan

    To mama Aishah...harapnya gitulah...dah tak sabar nak balik

    ReplyDelete
  4. Tini dgn Fizah rindu nak pergi Hillcrest library tu. huhu

    ReplyDelete