Friday, December 31, 2010

Majlis Solat Hajat- Moga Abg Zie pulih seperti sediakala

Selamat menyambut tahun baru 2011 utk semua...semalam jugak ulangtahun perkahwinan saya yang ke 12...Alhamdulillah pejam celik2 dah 12 tahun saya bergelar isteri kepada Abdullah Adnan Mohamed (classmate saya sejak form 1 lagi)...

2, 3 hari ni mood saya agak kurang ceria...selain daripada suami yang sedang bermasalah dgn PhDnya, dalam waktu yg sama Abg Zie (abg atas saya) sekarang menderita sakit pendarahan dalam kepala (ada pendarahan sepanjang 4cm)...dah 2, 3 malam saya tak boleh tidur...teringatkan Abg Zie yang sakit, nasib isteri & anak2 saudara saya dan macam2 lagi...apatah lagi dengan jarak saya dan mereka yang terlalu jauh beribu2 batu...hanya telefon sajalah yang menjadi perantaraan kami...

Semlm saya dikejutkan lagi dgn berita Abg Zie akan menjalani pembedahan kepala di hospital USM, Kubang Kerian...Saya & suami cari maklumat kat internet ttg pendarahan dalam kepala ni...klik di sini...mmg agak menakutkan & membuatkan saya agak runsing & tahlah tak tahu apa nak cakap...

Mlm ini insyaAllah, kami akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat...itu je mampu saya lakukan dari kejauhan ini...Harapan saya agar semua urusan dipermudahkan Allah dan semoga Allah sentiasa melindungi kami semua dari segala malapetaka & mara bahaya...semoga Abg Zie akan kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

Abg Zie & keluarga
preparation utk solat hajat...terima kasih pada yang membantu
Terima kasih kepada semua yang hadir
Solat hajat dan bacaan yaasin

3 comments:

  1. syafahuLlah...kenapa jadi macam tu asna?

    ReplyDelete
  2. dia pernah kena masa sy 1st year kat UM dulu...berubat cara kg je past tu ok...now slps 16 thn dia kena semula...tak tahu sbb apa tiba2 je dia sakit kepala yg amat sangat...bila check ada pendarahan dlm kepala...tp kali ni dia nekad nak operate...

    ReplyDelete