Monday, February 21, 2011
Berpisah jua akhirnya...
Saturday, February 12, 2011
Persekolahan anak2 bermula semula
Lama benar sy tinggalkan blog ni...sy betul2 busy sekarang kerana InsyaAllah dalam minggu depan (19 Februari) kami semua akan pulang ke tanahair for good...suami akan menyambung kerja2 phDnya di Malaysia pulak...jadi sy mungkin akan memendekkan tempoh cuti tanpa gaji sy dari 3 thn ke sethn setengah sahaja...
Ok berbalik pada tajuk entry kali ni...Alhamdulillah minggu lepas sesi persekolah di sini bermula semula...w/p masa tak panjang tp anak2 tetap bersekolah macam biasa...Cuma sy tak beli semua buku, just beli buku yang diperlukan untuk minggu ni dan minggu depan sahaja...
Alhamdulillah, kali ni bertambah sorang lagi anak yg bersekolah kat Knighton Normal School ni...now cuma tinggal si bongsu je kat rumah...senang kalau nak pergi beli barang J
Persekolahan di sini bermula bila kanak2 sambut birthday yg ke 5, Birthday Yasmin bln Disember lps (kebetulan masa tu sekolah tgh cuti panjang) jadi sebab tu lah dia terpaksa tunggu hingga bln Februari ni...kat sini 5 thn year 0, 6 thn year 1 & seterusnya hingga year 6...lps tu diaorg akan masuk ke Intermediate School then High School...
Hari pertama di sekolah Yasmin agak meragam...tak bagi sy balik...jadi sempatlah sy memerhati sesi persekolahan kat sini...yang menariknya kelas Yasmin cuma ada 8 org murid saja (4 lelaki & 4 perempuan), w/p baru hari pertama persekolahan meja, tempat letak beg semua dah lengkap dengan nama murid...cikgunya nampak well prepared...ada slide show lengkap dgn sistem bunyi dll...Alhamdulillah tak sampai 1 jam sy dah boleh tinggal Yasmin...
Hari kedua persekolahan sy agak teruja tengok Yasmin dapat baca buku yg simple seperti "I am running", I am eating" dll...sebenarnya dia bukan boleh baca word by word, dia cuma konsep hafal perkataan tu berdasarkan gambar...konsepnya dia memorieskan perkataan demi perkataan...Selain drp belajar, kelas renang juga merupakan pelajaran wajib...setiap 2 kali seminggu dia perlu bawa baju renang...tu lah yg menariknya...
Sayang betul nak tinggalkan Knighton Normal School ni...apa lagi bila tengok Yasmin dah boleh mula membaca (dgn sleng NZ lagi)...cakap pun dah mula bercampur Melayu + English... tapi nak buat camne...tuntutan PhD suami lebih penting dari segalanya...Semoga Allah permudahkan segala urusan PhD my hubby, Amin...