Saturday, February 12, 2011

Persekolahan anak2 bermula semula

Lama benar sy tinggalkan blog ni...sy betul2 busy sekarang kerana InsyaAllah dalam minggu depan (19 Februari) kami semua akan pulang ke tanahair for good...suami akan menyambung kerja2 phDnya di Malaysia pulak...jadi sy mungkin akan memendekkan tempoh cuti tanpa gaji sy dari 3 thn ke sethn setengah sahaja...

Ok berbalik pada tajuk entry kali ni...Alhamdulillah minggu lepas sesi persekolah di sini bermula semula...w/p masa tak panjang tp anak2 tetap bersekolah macam biasa...Cuma sy tak beli semua buku, just beli buku yang diperlukan untuk minggu ni dan minggu depan sahaja...

Alhamdulillah, kali ni bertambah sorang lagi anak yg bersekolah kat Knighton Normal School ni...now cuma tinggal si bongsu je kat rumah...senang kalau nak pergi beli barang J

Persekolahan di sini bermula bila kanak2 sambut birthday yg ke 5, Birthday Yasmin bln Disember lps (kebetulan masa tu sekolah tgh cuti panjang) jadi sebab tu lah dia terpaksa tunggu hingga bln Februari ni...kat sini 5 thn year 0, 6 thn year 1 & seterusnya hingga year 6...lps tu diaorg akan masuk ke Intermediate School then High School...

Hari pertama di sekolah Yasmin agak meragam...tak bagi sy balik...jadi sempatlah sy memerhati sesi persekolahan kat sini...yang menariknya kelas Yasmin cuma ada 8 org murid saja (4 lelaki & 4 perempuan), w/p baru hari pertama persekolahan meja, tempat letak beg semua dah lengkap dengan nama murid...cikgunya nampak well prepared...ada slide show lengkap dgn sistem bunyi dll...Alhamdulillah tak sampai 1 jam sy dah boleh tinggal Yasmin...

Hari kedua persekolahan sy agak teruja tengok Yasmin dapat baca buku yg simple seperti "I am running", I am eating" dll...sebenarnya dia bukan boleh baca word by word, dia cuma konsep hafal perkataan tu berdasarkan gambar...konsepnya dia memorieskan perkataan demi perkataan...Selain drp belajar, kelas renang juga merupakan pelajaran wajib...setiap 2 kali seminggu dia perlu bawa baju renang...tu lah yg menariknya...

Sayang betul nak tinggalkan Knighton Normal School ni...apa lagi bila tengok Yasmin dah boleh mula membaca (dgn sleng NZ lagi)...cakap pun dah mula bercampur Melayu + English... tapi nak buat camne...tuntutan PhD suami lebih penting dari segalanya...Semoga Allah permudahkan segala urusan PhD my hubby, Amin...

Hari pertama persekolahan...masa ni mood tak berapa ceria

sesi melawat sekolah..
Min meragam tak nak masuk kelas...mama tengah pening fikir camne nak tinggal dia
Curi2 ambik gambar Min dalam kelas
sesi persekolahan berakhir
berjalan balik ke rumah
jarak sekolah dgn rumah kami dlm 100m je...jadi time balik sekolah rumah kami jadi tempat parking parent esp malaysian....kadang2 kalau parent diaorg lambat, mereka transit dulu kat rumah kami
hari pertama persekolahan...alhamdulilllah semua ok..tapi minggu ini juga merupakan minggu terakhir persekolahan mereka di sini...sedih pulak rasanya

8 comments:

  1. As Salam,

    Dah nak balik Mesia rupanya. Tak cedih ke nak tinggalkan bumi NZ, tiba2 ibu pulak yg moody

    ReplyDelete
  2. Min dah start sekolah ye. Selamat balik semula ke Msia. Nanti bulih jupo.

    ReplyDelete
  3. (to Nur)sekolah sekejap je Nur...baru nak start speaking, dah kena balik...InsyaAllah nanti kita jumpa yea...
    (to ibu) sedih sgt2 esp mengenangkan persekolahan anak2...tak tahu bila boleh dtg semula...lps ni mungkin dah tak de masa lagi nak update blog sbb akan start kerja semula...insyaAllah ada masa sy singgah rumah ibu

    ReplyDelete
  4. salam kak....akak n family nak blik msia dh ke?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Puan asna
    alahai tengok cara Min amsa hari pertama sekolah, teringat anaks aya yang baru masuk darjah 1 baru2 ni.
    selmat kembali ke Malaysia cikgu dan selamt kembali bertugas.

    ReplyDelete
  6. salam semua

    alhamdulillah dah selamat pulang...skrg tgh fikir nak set up kehidupan baru di Kuantan Phg

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete