Tuesday, January 19, 2010

Meraikan pengantin

Kalau kat Malaysia bila tiba je cuti sekolah maka banyaklah undangan untuk ke majlis perkahwinan...ayah aku suka tulis semua undangan tu kat whiteboard...nampaklah sederet undangan serta tarikh majlis2 tersebut...

Minggu lepas...dua orang kaum kerabat kami kat Albany ni selamat naik ke jinjang pelamin...bagi meraikan 2 pasang pengantin baru ni, kamipun mengadakan sedikit majlis pot luck yang bertempat kat mana lagi kalau bukan tempat favourite kami iaitu Long Bay...

Selepas berkelah kat Long Bay...kami amat berbesar hati sebab 2 pasang pengantin baru ni sudi singgah di teratak buruk kami ni...

Ni lah dia pasangan pengantin baru ni...nyanyi sikit...selamat pengantin baru...selamat berbahagia...selamat ke anak cucu...selamat sejahtera

1) Abang Azhar dan Ila...Abang Azhar ni pensyarah kat Universiti Massey dan berasal dari Besut..dan Ila pulak berasal dari Kuala Terengganu...bestnya...bertambahlah warga Ganu Kite...lepas ni bolehlah kita buat keropok lekor sama2 yea Ila...2) Aisyah dan suami...Aishah ni orang baru kat sini...kira warga North Shore yang paling bongsulah...lepas ni nampaknya Aishah terpaksalah berjauhan dengan suami sebab suaminya kerja kat Arab Saudi...Selamat penganti baru dari kami sekeluarga....

No comments:

Post a Comment