Tuesday, August 24, 2010

Kenalanku...Nicky Moran

Hari ni sy nak berkongsi cerita tentang jiran @ kenalan sy, Nicky Moran...Nicky Moran ni ialah ibu kepada Sam (Classmate Najwa) dan Lian (Classmate Arif)...dia jadi rapat dgn saya sebab rumah sy ni terletak tengah2 antara rumah dia dan sekolah...dia selalu hantar & ambik anak dia jalan kaki...jadi dia selalu singgah rumah saya...

Nicky Moran ni seorang jururawat, pemuzik & penyanyi di gereja...lagu gubahannya kebanyakannya berunsurkan ketuhanan...saya rasa mungkin dia ada tujuan tertentu singgah kat rumah saya...tapi tak tahulah...saya suka jugak bila dapat bercakap dengan dia...bukan apa dapatlah improve sikit bahasa Inggeris saya yg tunggang langgang ni...

Al kisahnya satu hari Nicky tanya...kenapa sy letak meja makan kat ruang tamu...sy cakaplah sbb kami bangun sahur...jadi kami terpaksa letak meja makan dekat dgn heater...bla bla bla...

Lama2 perbincangan jadi makin hangat...habis dia tanya kenapa org Islam kena puasa, tutup aurat, macammana solat, macammana nak solat kalau sakit, tak menyusahkan ke, apa kita dapat bila baca quran, kena baca satu quran ke sehari, pasal poligami, hak isteri yg dipoligami dan macam2...

Kalaulah sy boleh bercakap dlm bahasa Melayu banyak yg saya boleh explain pada Nicky (yealah 5 thn sy sekolah agama & degree pulak bidang Syariah)...tapi masalahnya camnolah sy nak explain...banyak yg tersangkut sbb tak tahu vocab...kadang2 Najwa terpaksa tolong translatekan (anak sy punya English dah jauh mengalahkan sy)...sampai sy terpaksa demo macammana solat org yg sakit...he he

Nicky banyak jugak bercerita ttg ketuhanan...tak tahulah sapa dia punya tuhan...kadang peliklah diaorg ni...tak tahu sapa tuhan diaorg...tapi nampak Nicky ikhlas beragama cuma dia tidak mendapat petunjuk yg benar...dia rasa dia betul...dia jugak takut ke mana dia akan dihantar sesudah mati...

Macammana saya nak terangkan pada dia???...saya cuma mampu berdoa semoga Allah memberikan dia petunjuk dan mendapat hidayah dariNya...

Nicky Moran
Najwa & Sam buat jualan air lemonade
Arif & Lian
Najwa & Sam
di hadapan rumah kami

3 comments:

  1. K.Asna cuba cari info. kat website FIANZ (Federation Islamic Association in NZ). banyok maklumat asal Islam kat website tu. Lain kali bulih tunjuk Nicky tu website tu.

    ReplyDelete
  2. org macam ni senang nak dakwah, kak asna..sbb dia sedia nak fikir pasal ketuhanan..selamat berdakwah..

    ReplyDelete
  3. To Nur & Hamizah...akak ingat nak suruh dia jumpa dgn Jamal (tabliqh kat masjid tu)...nak berdakwah sendiri takut tak sampai maksud...laman web FIANZ tu ok gak)

    ReplyDelete