Friday, October 16, 2009

New Zealand oh New Zealand

Bunga2 kelihatan di mana2 (ni rumah org) design rmh di NZ ni lain berbanding M'sia
Sekarang Musim Spring (Bunga)... cuaca mulai okey... kebanyakan pokok berbunga- bunga even rumput pun ada bunga... kat NZ ni cuacanya terbalik dgn UK... kalau tak silap Sept - Nov (Spring), Dec - Feb (Summer), Mac - Mei (Autumn) & Jun - Ogos (Winter)... Oh ni aku nak share antara yang pelik kat NZ ni ialah

1) Orang kat sini biasalah jalan berkaki ayam, kat mana2 kita boleh tengok... contohnya kat Pasaraya, kat jalan2 raya...even kat sekolahpun ramai budak berkaki ayam... tapi yg peliknya bila masuk rumah diaorg pakai kasut pulak... terbaliklah dgn budaya kita.

2) Kat sini toilet tak ada sumber air... so bila anak2 ke sekolah kenalah bekalkan dengan botol air mineral... sebab orang kat sini pakai lap2 je... kat rumahpun macam tu... bilik air diaorg sentiasa kering... tak macam kita mewah dengan air.

3) Oleh kerana cuaca di sini terbalik dengan Malaysia... kat Malaysia masuk rumah kena buka kipas, kat sini pulak masuk rumah kena buka heater (pemanas).

4) Aku rasa NZ ni kaya dengan kayu kayan sebab kebanyakan benda dibuat dgn kayu contohnya taman permainan, rumah, pagar rumah dll.

5) Kat Auckland ni rumah banyak dibuat di lereng- lereng bukit (rumah aku sendiri pun di lereng bukit)... memang nampak cantik, tapi ngeri gak... agaknya bukit kat sini keras kot strukturnya.

6) Buang sampah guna plastik prepaid. Haru jugak kami kena tunggu semingggu sekali nak bung sampah. Hanya hari selasa aje boleh buang sampah. kena letak jam 7 pagi tiap2 hari selasa. TETAPI kena guna plastik khas yang berharga $ 1.70 satu. Plastiknya menarik lah warna oren dan ada cop North Shore Municipal Council (macam MPK la kot). Plastik oren tu dijual di banyak tempat macam pasaraya, stesen minyak , kedai runcik dll. Kalau buang sampah tanpa guna plastik tu, kirim salam memang dia tak angkut. Kalau di Kuarters Lepar dulu, wah mewah kami buang sampah kadang2 3 kali sehari. Datang Auckland, seminggu sekali hu hu hu.

7) Lagi cerita tentang sampah/ bahan buangan. Tiap tiap depan rumah memang ada tong recycle, siap ada cop nombor rumah lagi. Setiap dua minggu kami boleh buang botol botol plastik dan kaca. Akan dipungut untuk di recycle. Memang agak praktical sebab tong tu kita park depan rumah. Bahan kaca dan botol plastik masukkan aje di situ. Setiap dua minggu tarik aje then park depan jalan.
Mesin basuh (beli secara trade me) $219 (RM 547), Peti Ais $100 (RM 250)

8) Lagi cerita tentang bahan buangan. If ada benda benda yang tak boleh di lupuskan secara organic, contohnya sofa lama, tilam, kerusi, meja, pasu pecah or apa apa saja, setahun sekali boleh buang benda tu, istilah digunakan ialah 'inorganic'. Ada jadual tertentu dalam setahun boleh buang benda benda tadi, dan jadual tu akan ikut kawasan tertentu. Yang seronoknya, if kawasan orang kaya, perabot yang masih elok dibuang macam tu aje. Kami ada jugak dapat kerusi 'lazy boy' yang masih elok dan rak TV yang tiada ada masalah. Cuma agaknya benda tu makan ruang di rumah mereka, dibuang aje. Tapi kami macam risau jugak, nanti bila dah nak balik macamana nak lupus benda dalam rumah ni. Yang boleh dijual oklah, yang tak ada nilai, nak buang mana. Buang sebarangan ada kang kena saman. Oleh itu, bestnya duduk Malaysia, boleh buang aje kat lubang sampah belakang rumah dan bakar aje jika tiada orang nak ambil barang terbuang kita. Umumnya, masyarakat New Zealand ini dilatih agar berhemah bila membuang sampah, buang paling sedikit paling jimat (sebab plastik tu kena bayar) dan tiada istilah humban aje dalam semak/ tepi longkang/lubang belakang rumah.

TV tu sebiji harga $20 (RM50), Heater gas $35 (RM87.50)
Kerusi tu kutip tepi jln je.

9) Jual beli barang ikut website @ Trademe.co.nz atau Trade and Exchange. Sungguh efficient bila kita boleh beli barang second hand secara online. Yang paling popular disini ialah trademe.co.nz. Ala ala lelong kalau di Malaysia. Konsepnya ialah boleh bid atau 'buy now'. Kami beli mesin basuh pun dengan tengok website trade and Exchange, dapat nombor owner terus telefon dan pergi ambil aje. Quality? Nasiblah, tapi asasnya disini ialah konsep 'trust', sebab dalam trade me kalau pembeli tidak puas hati dengan penjual, kita boleh bagi nilai (macam remark, positive, nuetral dan negative) dan akan memberi kesan bila kita ingin membuat bid atau bila kita ingin menjual di trademe sebab orang lain akan baca komen tentang kita. Jadi kalau nak test harga barang sini, masuk website trademe.co.nz dan taip aje barang yang dikehendaki. Boleh tengok harga barang dan bandingkan dangan harga di Malaysia (currency 2.5, hu hu.. seronok duduk Malaysia tanahairku.. ;))


Ada rezeki, kami akan attach untuk semua perkara diatas. Sabauu

No comments:

Post a Comment