Wednesday, January 13, 2010

Jalan2 dan Makan2 Palmy

Masih lagi cerita tentang lawatan kami ke Palmeston North minggu lepas (Sabtu - Isnin)

JALAN2 PALMY

Sebelum tiba di Palmy...kami bayangkan Palmy ni cuma sebuah bandar kecil dan tak banyak rumah...rupa2nya andaian kami salah...masuk je bandar Palmy terkejut kami tengok Mitre 10 yang besar, Pak n Save, Countdown, Warehouse dan macam2 lagi...kat sini jugak ada Muslim Centre untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat...aku rasa kalau kat Malaysia...lebih kurang macam bandar Kuantan atau mungkin kecil sedikit... sepanjang berada kat sana kami bermalam di rumah Ziad & Ila (kawan Nan kat UMP)...antara tempat yang kami lawati....

1) Main Campus Universiti Massey...Uni Massey ada 3...Palmy adalah Main Campus & ada 2 lagi cawangan iaitu di Albany (tempat Nan belajar sekarang) dan di Wellington

2) Wind Farm...terletak di kawasan berbukit...terdapat banyak kincir angin yang digunakan untuk janakuasa lektrik...Kami dapat lihat kincir angin ni dari dekat...kebetulan waktu kami pergi angin agak kuat...so, dapat dengar kipas berpusing...kalau nak tahu tentang wind farm klik di sini

Al kisahnya...waktu kami kat wind farm...terserempak dengan family mat salleh...suami isteri, anak & menantu...ingatkan menantu dia tu Filipine..rupa2nya orang Melayu (Segambut, KL)...dia baru dua minggu datang Palmy sebab ikut suami...tengah homesick lagi...katanya ni first time dia jumpa orang Melayu...dia tak tahu pun ada jugak Melayu kat sini...Alhamdulillah jumpa dengan Ziad (kebetulan Ziad orang lama kat Palmy ni)...so lepas ni kalau ada apa2 perjumpaan orang Malaysia, Ziad akan jemput dia...Alhamdulillah3) Victoria Esplanade Park...Sebuah taman yang agak besar...ada taman rose, keretapi kecil, giant slide, trampoline, flying fox...pasukan hoki Malaysia pernah berlawan hoki kat taman ni

4 ) Pusing2 bandar Palmy...Bandar Palmy agak besar...lengkap semua pusat beli belah...ada mitre 10, Pak n Save, Warehouse, Countdown, Hospice dan lain2

MAKAN2 PALMY

Sewaktu berada di Palmy...kami bertemu ramai student PhD dari Malaysia...Alhamdulillah kami dilayan dengan begitu baik sekali...lihatlah cerita dan gambar2 berikut :

Sabtu...makan malam di rumah En Zabidi & Shamsinar (Zabidi adalah junior aku masa kat Nilam Puri, UM)...kami di jamu dengan bermacam lauk pauk...sweet sour ikan snapper, gulai daging, udang masak petai, ayam, hot dog bakar, puding roti dan pelbagai kek...kebetulan pulak hari tu majlis hari jadi anak2 diaAhad...makan pagi di rumah En Zaidi & Hazza (kawan Nita)...menunya mee goreng, pizza dan roti sup cendawan...lepas tu berjalan kaki ke rumah En Khairul & K.Yatie...ambil najwa sebab dia sleep over kat sini...sarapan lagi buat kali kedua...MakanTengahari kat rumah Ziad & Ila...Ziad Masak Snapper masak stim, Ikan Merah masak lemak, sambal bilis dan sayur bayam...

Minum Petang di rumah En Izzat & Linda...makan Yong Tau Fu & Mee Bandung (teringat kat pasar malam kat Malaysia)

Makan Malam pulak di rumah En Saifuddin & Nina...kami dihidang dengan ayam bakar, salad, ayam butter dan puding caramel

Isnin...waktu bertolak balik Ziad & Ila bekalkan kami dengan nasi dan lauk pauk & Nina pulak bekalkan kami dengan Roti Sandwich dan Pan Cake

Begitulan meriahnya jalan2 dan makan2 sepanjang kami berada di Palmerston North...Terima kasih kepada semua warga Palmy kerana memberi layanan yang begitu istimewa sepanjang kami berada di sana...jasa kalian tetap dikenang...

4 comments:

  1. rupanya zabidi pursue study situ gak ekk...

    ReplyDelete
  2. Kak Asna..

    Seronoknya dpt jalan2 dan kenal kwn2 baru..

    ReplyDelete
  3. To Tinta Pendeta...
    Zabidi buat ttg leadership..seronok kat rmh dia...sekeliling semua org Malaysia...sewapun murah sgt banding dgn kitaorg...
    Saya tak bolehlah nak masuk blog Tinta pendeta...dia suruh register dulu...bila register tak lepas...

    ReplyDelete
  4. To Ummu Ammar...
    Alhamdulillah...bila jumpa ramai org Malaysia...hilanglah sikit rindu pd M'sia...byk dapat belajar dgn diaorg ttg selok belok hidup diperantauan

    ReplyDelete